33

222 40 0
                                    

"Ya sayang, saya dah ambil budak-budak. Pesan kat Jaemin jangan risaulah," Miyeon membetulkan
kedudukan telefon bimbit di telinganya.

Sambil itu matanya memerhati Jihoon dan Hyunmi yang sedang duduk di hadapannya.

"Okay sayang. Nanti Jaemin ambil Jihoon, tak perlu hantar dia ke rumah Omma," suara Jaehyun kedengaran di hujung talian.

"Baik. Jumpa nanti, I love you,"

"Love you too," selepas mendengar balasan Jaehyun, Miyeon mematikan panggilan.

"Mama, kita tak pergi rumah Halmeoni ke?" soal Jihoon.

"Tak sayang. Kita balik rumah Mama je okay kan? Nanti petang Appa jemput Jihoon,"

Jihoon mengangguk lalu kembali menikmati ais krim miliknya. Miyeon tersenyum lalu mengusap kepala Jihoon dan Hyunmi serentak.

Dan pada masa itu, matanya menangkap kelibat seseorang yang sedang duduk di meja bertentangan dengannya. Bila pandangan mereka bertemu, orang itu segera mengelak.

"Yoori," nama itu meniti di bibirnya.

Dilihatnya orang tadi segera bangun dan membetulkan topi miliknya lalu melangkah ke arah pintu.

"Jihoon, Hyunmi tunggu kat sini sekejap ya," Miyeon bangun lalu ikut keluar.

"Tunggu!" lengan orang yang berpakaian serba hitam itu ditahannya.

"Yoori, ini Yoori kan?" soal Miyeon.

Walaupun sudah hampir lima tahun tidak bersua muka, dia masih kenal sepasang mata milik Yoori itu.

"Bukan, cik salah orang," tangannya ditarik.

"Tipu, Unnie kenal Yoori," Miyeon mara ke hadapan gadis itu.

Dengan beraninya, topi milik gadis itu ditarik. Miyeon tergamam melihat wajah itu.

"Yoori,"

"Unnie," Yoori mengalah dan akhirnya dia memeluk tubuh Miyeon.

"Unnie rindu Yoori sangat. Yoori pergi mana selama ni?" belakang badan Yoori diusapnya.

"Nanti Yoori cerita," kata Yoori.

Dia meleraikan pelukan tadi dan mengelap sisa air matanya. Tangan Miyeon dicapai dan digenggam.

"Unnie, tadi tu Jihoon kan?"

Miyeon mengangguk.

"Boleh Yoori jumpa dia?" soal Yoori dengan penuh mengharap.

"Mestilah boleh," balas Miyeon sambil tersenyum.

---

"Aunty, kenapa Aunty pandang Jihoon dari tadi?" soal Jihoon.

Yoori tersentak.

"Sebab Jihoon comel," kepala kanak-kanak berusia lima tahun itu diusapnya.

Seperti yang diminta, Miyeon membawa Yoori untuk berjumpa Jihoon. Tetapi bukan di kafe tadi, sebaliknya di rumah miliknya.

"Gomawo. Aunty pun cantik," tangan kecil Jihoon menyentuh pipi Yoori.

Yoori hampir sahaja mengalirkan air matanya namun dia cepat mengawalnya.

"Jihoon seronok sekolah?"

Laju Jihoon mengangguk.

"Aniya," tiba-tiba dia menggeleng pula.

"Kenapa?" soal Yoori.

"Sebab kawan-kawan kat sekolah ejek Jihoon. Diorang cakap Mama Miyeon bukan Mama yang lahirkan Jihoon,"

Yoori mengetap bibirnya mendengar itu.

"Diorang cakap macam tu?" soal Yoori.

Jihoon mengangguk.

"Diorang semua tak nak kawan dengan Jihoon. Hyunmi dengan Nara je nak kawan dengan Jihoon," Hyunmi yang baru muncul bersuara sambil mengambil tempat di sisi Yoori juga.

"Appa Jihoon tahu?" soal Yoori lagi.

Jihoon menggeleng pula.

"Kalau Appa tahu, nanti Appa sedih," kata kanak-kanak itu.

Miyeon yang mendengar semua itu dapat merasakan perasaan Yoori saat itu.

"Berbual apa tu? Dah, jom makan. Mama dah masakkan sup ayam kesukaan korang," dia berjalan ke ruang tamu.

"Aunty jom. Mama masak sedap," tangan kecil Jihoon menarik lembut tangan Yoori.

Yoori tersenyum lebar. Buat pertama kalinya tangannya disentuh oleh anak kandungnya sendiri.

"Jom," dia hanya mengikut langkah Jihoon.

"Jihoon nak duduk sebelah Aunty boleh?" soal Jihoon.

Miyeon mengangguk lalu dia mengangkat Jihoon untuk duduk di sisi Yoori.

"Makan Yoori," pelawa Miyeon.

Yoori mengangguk. Dia mula mengisi nasi ke dalam mangkuk milik Jihoon. Fokusnya hanya pada anak kecil itu.

"Jihoon suka?" soalnya.

Jihoon mengagguk sambil tersenyum.
Yoori ikut tersenyum lalu kepala Jihoon diusap penuh kasih sayang. Pertama kali dalam lima tahun, dia berada di sisi anaknya itu untuk menyaksikan dia menikmati makanannya.

Sepanjang waktu makan, hanya beberapa suap makanan masuk ke mulutnya. Masa yang selebihnya dihabiskan dengan memerhatikan Jihoon.

My Heart Where stories live. Discover now