03

315 48 0
                                    

"Nah," Jaehyun menghulurkan botol air mineral kepada Yoori.

Gadis itu menyambutnya lalu meneguk minuman sejuk itu. Jaehyun hanya memerhati Yoori dari sisi. Dia tersenyum.

"Penat sangat nampaknya. Mesti dah lama tak berjogging kan?" soal Jaehyun.

"Takde masa lah Oppa. Lagipun Yoori mana berani nak jogging sorang-sorang," kata Yoori sambil menutup kembali botol air tadi.

"Ajaklah Jaemin. Dia mesti nak teman. Dia kan sanggup buat apa je untuk Yoori," kata Jaehyun sambil ketawa perlahan.

Memang Jaemin itu akan buat apa sahaja untuk Yoori. Teringat pula saat Yoori memecahkan pasu kesayangan Puan Bae sewaktu mereka kecil. Akibat takut Yoori dimarah, Jaemin mengaku dia yang memecahkannya.

"Hish, tak baik cakap macam tu," peha Jaehyun dicubit.

"Tapi kan, macam tak percaya je kita semua dah besar panjang. Dulu semua budak-budak je waktu kita baru jumpa. Sekarang dah besar dah adik-adik Oppa," rambut Yoori diusap manja.

"Adik?" soal Yoori.

Jaehyun mengangguk.

"Ya lah, adik-adik Oppa. Yoori dengan Jaemin," kata Jaehyun sambil tersenyum.

"Oppa, ingat tak-,"

Drrttt!!!

"Sekejap," Jaehyun menahan Yoori dari meneruskan ayatnya.

Dia mencapai telefon bimbit yang berada di sisinya. Sebuah senyuman terukir di bibirnya saat melihat nama si pemanggil.

"Hello sayang," Jaehyun bangun dan berjalan menjauhi Yoori.

Gadis itu mengetap bibirnya.

"Oppa tak ingat dah ke janji Oppa dulu?"

Kenangan hampir sebelas tahun lalu Kembali bermain di fikirannya.

"Oppa, cantik tak?" Yoori yang memakai dress bewarna putih itu memusingkan badannya di hadapan Jaehyun.

Jaehyun yang sedang membaca buku di taman mini milik Puan Bae itu memandang Yoori. Kepala kanak-kanak perempuan itu diusapnya.

"Cantik. Macam princess," pujinya.

"Yeay!" Yoori bersorak gembira.

Dia kemudian mengambil tempat di sisi Jaehyun.

"Oppa, nak tak kahwin dengan Yoori nanti?" soal Yoori.

Jaehyun yang waktu itu berumur 15 tahun ketawa.

"Hish, Oppa ni," Yoori mencebikkan bibirnya.

"Mestilah nak," ujar Jaehyun bila melihat bibir Yoori yang memuncung itu.

"Janji?"

Jaehyun mengangguk lalu mengusap kepala Yoori perlahan.

"Penipu," Yoori meremukkan botol di tangannya tanpa sedar.

Di taman itulah, malah di kerusi yang sama dia dan Jaehyun mencipta janji 11 tahun lepas.

14 tahun lepas semuanya bermula di situ. Bae Yoori merupakan anak bongsu kepada pasangan Bae. Dia mempunyai seorang abang, Bae Jinyoung. Namun umur anak sulung pasangan Bae itu tidak panjang kerana terkorban dalam satu kemalangan. Sejak itu, Yoori sentiasa sunyi memandangkan dia sudah tiada adik-beradik lain ditambah dengan pasangan Bae yang sentiasa sibuk bekerja. Sehinggalah suatu hari, ketika dia berusia sembilan tahun, Tuan Bae membawa pulang seorang kanak-kanak lelaki.

Jung Jaehyun. Kanak-kanak malang yang menjadi mangsa sindiket peminta sedekah kanak-kanak setelah dia lari dari rumah anak yatim. Nasibnya baik kerana dia bertemu dengan Tuan Bae yang kemudiannya mengambil dia sebagai anak angkat. Dia diterima dengan baik di dalam keluarga itu.

Beberapa bulan selepas itu, Jaemin pula menyertai keluarga itu. Dia juga bernasib malang kerana bapanya yang merupakan satu-satunya ahli keluarga dia, meninggal kerana ditikam saat cuba membantu Tuan Bae yang dirompak.

Sejak daripada itu, mereka bertiga membesar bersama. Jaehyun yang tua tiga tahun dari Jaemin dan Yoori amat menyanyangi dua adiknya itu. Dia tidak pernah mengatakan tidak buat mereka. Pasangan Bae juga tidak pernah membezakan kasih saying buat Jaehyun dan Jaemin walaupun mereka cuma anak angkat.

Yoori mengeluh perlahan bila mengingati kembali kenangan lama itu.Matanya memandang Jaehyun yang masih bercakap di telefon itu. Bibir lelaki itu tidak lekang dengan senyuman.

Tidak tahan melihat itu, Yoori bangun dan berlalu masuk ke dalam rumah. Hatinya perlu dirawat. Dia risau jika dia berlama di situ, kenangan-kenangan indahnya dahulu akan mengganggunya lagi dan membuatnya sakit hati.

My Heart Where stories live. Discover now