Bab 1

1K 83 18
                                    

"Abang Aysar~..."

Tubuh sasa abangnya itu di dakap erat tidak mahu lepas. Aysar hanya membiarkannya saja tubuhnya dipeluk. Bukan orang lain pun yang peluk dia, adik sendiri. Tapi agak menggelikan apabila yang peluk dia bukan adik perempuannya tetapi-...

" Eğer hasta olmak istemiyorsan, gitmeme izin verin." Tuturnya perlahan tetapi agak keras bunyinya.

(Kalau kau tak nak sakit, lepaskan aku.)

Terus dia meleraikan pelukannya. Bibirnya dicebik menyampah.

"Sikit-sikit nak marah. Bizar ediji."

(Annoying.)

Aysar hanya buat tidak endah sahaja. Buku novel yang berada di tangannya diletakkan atas meja kaca di depannya.

"Kau ingat kau perempuan nak peluk-peluk Abang Aysar macam tu? Geli aku tengok. Serupa gay." Sampuk Aiyla yang baru saja turun daripada tingkat atas. Mimik muka geli ditunjukkan pada Aydin. Dia yang perempuan pun takde nak peluk-peluk abang sulungnya itu. Bukan tak nak tapi dia segan, ehehehe...

"Shut up you, little shit." Jeling Aydin pada Aiyla. Eh, suka hati dia nak peluk siapa pun. Bukannya berdosa. Peluk perempuan lain hah tu lain cerita.

"Aydin, watch your mouth." Aysar menjeling Aydin dengan tajam. Adik kembarnya itu suka sangat bermulut celupar. Rasa nak rabak-rabakkan aje mulut adik kembarnya itu.

Aiyla mengukir senyuman sinis apabila Aysar membelanya.

Aydin mencebik. Menyampah!

"Kau ni memboringkan, Aysar. Dengan aku kemain tegas tapi dengan Aiyla boleh pula kau berlembut. Mana boleh. Aku pun adik kau juga walaupun kembar. Nak juga manja-manja dengan kau." Kata Aydin dengan nada sedikit kesal. Sebenarnya lebih kepada mengada-ngada.

Aiyla menayang muka toya. Mula dah perangai mengada-ngada abang keduanya itu. Dia menggeleng kecil.

"Aiyla perempuan, kau lelaki. Beza." Jawab Aysar tanpa perasaan.

"Setakat beza jantina apa lah sangat. Samson tu elok je layan adik-adik kembarnya yang perangai macam lelaki. Takde jadi isu pun. Dengan aku pun nak jadi isu ke?"

Aysar berkerut. Apa yang kembarnya itu melalut? Tiba-tiba kaitkan dengan sepupu mereka. Terus dia melekapkan tangannya pada dahi Aydin. Mana tahu kut-kut demam ke kan?

"Tch, men kesel däl!" Aydin menepis tangan Aysar dengan kasar.

(Tch, i'm not sick!)

Aysar tertawa kecil. Ada yang makan penampar sulung dia ni karang.

"Marah huh?"

Aydin buat tidak endah. Malas nak layan. Merajuk!

Tak berkata apa-apa terus dia merangkul tubuh Aydin dengan kasar. Bibirnya menguntum senyuman nipis. Mengada betul kembarnya ni.

Aydin tersenyum lebar.

Aiyla menggeleng kecil. Pelik-pelik je lah perangai abang-abang kembarnya itu.

Sorang pendiam, sorang lagi banyak cakap plus mengada sampai tahap rasa nak cepuk-cepuk kepala Aydin bagi betul sikit.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam..." Serentak mereka adik-beradik menoleh ke arah pintu. Kelihatan susuk tubuh Blade yang baru saja masuk ke dalam dengan wajah yang penat.

Aiyla melonjak gembira.

"Papaaaa...." Dia berlari ke arah Blade lalu memeluk tubuh tegap Blade dengan senyuman lebar.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now