Bab 25

270 39 4
                                    

Keluhan panjang dilepaskan sekian kalinya. Kepalanya serabut memikirkan yuran pengajian yang perlu dia langsaikan dengan segera. Surat daripada pihak kolej ditenung dengan fikiran yang kosong.

Ada lagi lima ribu ringgit yang perlu segera dia langsaikan sebelum hujung tahun ini. Bermakna hanya tinggal tidak sampai tiga bulan saja lagi.

Mana dia nak cekau duit ni?

Gaji dia bekerja part time di kedai milik Syuhada bukannya banyak mana. Dia part time bukannya full time. Nak buat dua kerja sekali gus agak sukar untuk dia lakukan.

Sedang dia termenung tiba-tiba kertas dalam pegangannya dirampas seseorang. Dia tersentak. Wajahnya terus berubah kelat melihat wajah orang yang paling dia menyampah duduk di depannya.

"Bagi balik kertas tu." Pintanya mendatar. Suka hati je ambil tanpa izinnya.

"Lima ribu huh? Aku boleh tolong kau. Tak payah bayar balik pun takpe."

Misyah mencebik. Memang anak-anak orang kaya macam ni ek? Money is nothing. Petik jari je semua selesai.

"Terima kasih tapi takpe aku boleh bayar sendiri." Serentak itu kertasnya diambil semula dan disimpan dalam beg sandangnya. Menyibuk je.

"Bayar sendiri? Setakat kerja part time, dapat ke kumpul sampai lima ribu? Paling busuk pun dua ribu je kau dapat kumpul." Balasnya dengan nada sinis.

Sakit pula hati Misyah apabila dirinya diperlekehkan.

"Sekurang-kurangnya aku ada usaha nak bayar sendiri. Tak macam kau, semua benda family yang uruskan. Bukan begitu Adam?" Balas Misyah turut menyinis.

Adam mengetap bibirnya daripada mengeluarkan kata-kata kesat.

"At least family aku berduit dan mampu tanggung hidup aku. Tak payah susah-susah fikir pasal duit. Why not kau kahwin dengan aku je? Aku mampu sara kau sampai beranak pinak."

"Tak nak aku." Tolaknya tanpa perasaan. Belajar pun tak habis gatal nak kahwin. Setakat harapkan harta keluarga je baik tak payah.

Adam merengus.

"Terima je lah aku Misyah bukannya susah mana pun. Aku jamin aku mampu bahagiakan kau. Dari zaman sekolah aku kejar kau takkan kau tak nampak lagi? Takde orang yang sanggup kejar orang yang sama bertahun-tahun selain aku. Tak nampak lagi kesetiaan aku?"

"Tak."

"Kau-..."

"Aku gerak dulu, bye!" Terus Misyah melarikan diri apabila melihat tanda-tanda Adam nak naik angin. Seberani apa pun dia tapi dia tetap seorang perempuan. Risau kalau Adam mengapa-apakannya.

"Arghhhh tak guna punya perempuan! Susah sangat nak terima aku apasal?" Dia memaki hamun apabila Misyah selalu saja menolak dirinya.

"Baby, kenapa you tak bagitahu i yang you ada dekat sini? Puas i tunggu you dekat cafe tau."

Wajah Adam yang bengis tadi beransur hilang tatkala seorang gadis yang berpakaian seksi duduk di sebelahnya tanpa dipinta. Lengannya dipaut mesra oleh gadis itu.

"Sorry, i ada urusan tiba-tiba dekat sini tadi. You lapar? Jom kita pergi makan? I belanja." Tutur Adam dengan manis. Langsung tidak menepis tangan si gadis malah dia mengusap lengan gadis itu dengan mesra.

Sebut saja perkataan belanja, makin menggeletis gadis itu dengan Adam.

"Let's go baby."

Adam angguk dengan senyuman. Mereka berdua melangkah pergi meninggalkan kawasan tersebut. Tak peduli dengan mata-mata yang memerhati tingkah mereka berdua.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now