Bab 47

210 41 4
                                    

Bunyi pagar dibuka menyentakkan Raisha. Dia membetulkan posisi duduknya sambil cuba memfokuskan matanya pada kaca televisyen. Drama yang ditayangkan di lihat.

Tombol pintu terbuka.

Susuk tubuh Adam yang melangkah masuk diperhati daripada hujung ekor matanya. Rasa pelik pula apabila Adam langsung tidak mengeluarkan sebarang suara.

Elok dia memandang Adam, matanya bulat terkejut. Wajah Adam yang lebam dan berdarah membuatkan dia kerisauan. Terus dia bangun.

"Adam, are you okay?"

Adam merenung Raisha dengan tajam sebelum dia melabuhkan punggungnya atas sofa panjang.

"Nampak aku okey ke? Buta dah mata tu?"

Raisha menjuling matanya ke atas. Tanya pun kena marah. Entah apa-apa. Nak prihatin pun salah. Dia melangkah pergi meninggalkan Adam di sofa sendirian.

"Lahanat mana yang cari pasal dengan aku? Tak guna! Kalau aku dapat memang mampus aku kerjakan." Dia mengetap giginya. Bengang apabila dia tidak tahu angkara siapa yang memukulinya sehingga parah sebegini.

Raisha yang menghilangkan diri seketika muncul dengan membawa kotak first aid dan bekas kecil. Dia duduk disebelah Adam setelah meletakkan barang-barang yang dibawanya atas meja.

"Sini i letak ubat."

Adam tidak membantah. Dibiarkan saja Raisha mahu merawatnya.

Lembut Raisha menyapu ubat pada kawasan lebam dan lukanya. Marah macam mana pun dia pada Adam tapi dia tidak sampai hati mahu menyakiti suaminya itu.

"You gaduh dengan siapa sampai teruk macam ni?" Soal Raisha ingin tahu. Ini bukan gaduh biasa-biasa. Luar biasa sangat ni.

"I'm not."

"Then?"

"Aku tak tahu jembalang mana yang belasah aku tiba-tiba. Kalau aku dapat tahu siapa yang serang hendap aku memang mati dia." Tuturnya dengan penuh kemarahan.

Raisha tidak lagi bertanya apa-apa. Risau dia tanya lebih-lebih dia pula kena caci maki dengan Adam. Entah kenapa terdetik di hatinya mengatakan itu balasan Adam sebab menyakiti dan menzaliminya.

"Ish sakitlah!" Dia tertepis tangan Raisha apabila lukanya yang masih segar disentuh dengan kapas yang sudah basah dengan cecair ubat.

"Memanglah sakit. Tak pernah lagi i tengok orang sapu ubat rasa geli." Balas Raisha dengan nada geram. Sakit apabila Adam menepis tangannya dengan kuat. Terpelanting sudah kapasnya. Haihhh...

Adam jeling Raisha dengan tajam.

"Menjawab."

"Ish, diamlah mulut tu." Geram punya pasal dia tekan sedikit lebam yang berada di tepi bibir lelaki itu.

"Raisha!"

Raisha buat tak peduli.

Adam merengus.

Tiba-tiba dia rasa pipinya sejuk. Terkejut dibuatnya. Rupa-rupanga Raisha sedang menuam ais yang dibalut dengan kain pada pipinya. Lama dia merenung wajah isterinya itu tanpa lepas.

Raisha perasan Adan asyik merenungnya tanpa lepas. Dia buat-buat tidak nampak sedangkan hatinya tidak keruan. Berdebar laju.

"Cantik..."

"I know."

"But i not love you."

"I know that too." Balas Raisha bersahaja.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now