Bab 4

428 67 15
                                    

Aiyla terjaga daripada tidur apabila penggera handphonenya berdering kuat.

"Astaghfirullah, kerja sekolah!" Aiyla turun daripada katilnya dengan tergesa-gesa. Seketika dia berhenti melangkah. Otaknya jammed.

Bukan semalam dia dekat ruang tamu ke? Macam mana dia boleh ada dalam bilik pula? Takkan dia tidur berjalan pula? Ke dia mamai?

Kepalanya digaru. Mukanya blur seketika. Lama dia termenung sebelum dia tersentak dengan ketukan pintu di biliknya.

"Oiii budak masam membuta lagi ke? Bangun subuh oiii!!!" Laung Aydin sambil membetulkan kain pelikatnya.

Aiyla menjulingkan matanya ke atas.

"Shut up you!" Balas Aiyla dengan menyampah. Tak reti nak panggil elok-elok ke?

Aydin mencebik. Tak reti bersyukur punya adik. Susah payah dia melangkah ke bilik Aiyla untuk kejut budak pendek tu dibalasnya 'shut up you' what?

"Acele et lütfen!" Laungnya sebelum beredar pergi. Malas nak tunggu. Buang masa, tenaga dan air peluh dia je.

(Hurry up please!)

Aiyla memekakkan telinganya. Tak reti menyabar betul. Segera dia menyisir rambutnya dan disanggul rendah. Sanggul tinggi-tinggi buat apa? Nak mengalahkan bonggol unta ke apa?

Bilik air di tuju. Dia mencuci muka dan menggosok gigi terlebih dahulu sebelum mengambil wudhuk. Nak menghadap Allah kena lah wangi-wangi dan bersih-bersih.

Siap saja terus dia memakai anak tudung dan telekung. Sedar dirinya agak lama, dia berlari anak menuju ke bilik solat.

"Lambat betul macam kura-kura." Kata Aydin apabila Aiyla duduk di sebelah Qaisha. Qaisha menggeleng kecil.

Aiyla mencebik. Bising je.

"Mana Abang Aysar mumma?" Soal Aiyla apabila tidak melihat Aysar di dalam bilik ini.

"Aysar ambil wudhuk kejap. Dia terlelap dekat sini. Tak tahu lah Aysar memang daripada malam tadi tidur sini ke apa." Jawab Qaisha. Terkejut dia apabila melihat Aysar tidur lena dalam bilik solat tanpa berlapik. Tak sejukkah tidur tanpa sebarang lapik?

Tak lama kemudian, Aysar pun masuk dengan pakaian yang sama dipakai oleh Aydin. T-shirt hitam lengan panjang dan kain pelikat. Rambutnya yang basah diraup ke belakang sebelum memakai songkok.

"Sorry lambat." Ujar Aysar apabila mumma dan dua adiknya menunggu kedatangannya.

"It's okay, kau jadi imam tau." Kata Aydin dengan sengih.

"Bila je kau jadi imam?" Sindir Aiyla.

"Shut up you." Jeling Aydin.

"Ehem." Qaisha berdehem kecil mematikan perbalahan mereka berdua. Nak solat pun sempat lagi nak bergaduh. Haih lah anak-anak.

Tanpa banyak bicara, Aysar mengambil tempat untuk mengimamkan mereka sekeluarga. Sudah menjadi kebiasaan jika Blade tidak ada, dia lah yang akan jadi imam.

"Rapatkan saf." Suara Aysar yang sedikit kuat itu terus menghentikan tingkah Aiyla dan Aydin.

"Allahu Akhbar!"

Mereka pun menunaikan solat subuh berjemaah sehingga selesai. Setelah bersalaman sesama mereka, Aydin keluar terlebih dahulu untuk bersiap-siap pergi ke sekolah.

Tak lama selepas itu, Qaisha turut keluar untuk menyediakan makanan anak-anaknya di dapur sebelum mereka gerak ke sekolah. Tinggallah Aiyla dan Aysar sahaja.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now