Bab 17

266 46 2
                                    

Aiyla senyum senang sambil kedua-dua tangannya menggenggam erat tangan abang-abangnya. Diayun-ayun tangan mereka berdua dengan perasaan gembira. Bukan senang nak keluar seperti ini.

Seperti yang dijanjikan, Aysar membawa Aiyla ke mall untuk menonton wayang yang mahu ditonton oleh Aiyla. Tatkala melihat mereka berdua ingin keluar, Aydin turut mahu ikut sama. Bosan katanya duduk rumah.

Qaisha pula tidak kisah mereka bertiga mahu keluar bersama-sama. Memandangkan mereka bertiga mahu keluar, Blade dapat meluangkan masa bersama Qaisha berdua-duaan. Biasalah dua merpati sejoli tu, pantang ada peluang terus disambar. Hahahaha...

"Tangan tu duduk diam lah budak. Kau ingat buaian nak diayun-ayun?" Tegur Aydin apabila sejak mereka masuk mall, Aiyla asyik mengayun-ayun tangannya. Tak lenguh ke?

Terus mati senyuman Aiyla.

Aydin ni memang suka bikin spoil mood betul. Sengaja cari pasal dengan dia.

"Ha'ah kalau boleh nak ayun sampai tercabut tangan kau. Biar cacat." Balas Aiyla.

Membuntang mata Aydin. Terus dia merentap tangannya daripada pegangan Aiyla. Digosok-gosok lengannya seakan-akan tangannya mahu dicabut.

"Otak kau, jatuh saham aku nanti bila aku cacat."

"Biar saham kau jatuh, biar Kak Vina lari cari lelaki yang lebih sempurna daripada kau." Aiyla mengukir senyuman senget.

Melihat Aydin mahu mencepuknya cepat-cepat dia melangkah ke sebelah Aysar meminta perlindungan daripadanya.

Aysar hanya menggeleng kecil tetapi bibirnya mengukir senyuman kecil. Tangan kirinya memaut bahu Aiyla dengan lembut.

"Heleh sikit-sikit Aysar. Kau ingat aku tak boleh cepuk kau?"

"Werkkkkkk...."

"Eh eh budak ni."

"Siapa budak? Kau lah budak. Tak matang."

Aydin bercekak pinggang.

"Eh sedar diri tu sikit. Kau tu 16 tahun aku 17 tahun, hormat sikit ehhh..."

"17 tahun serupa budak 7 tahun buat apa? Tak matang."

"Aysarrr kau tengok Aiyla tu...." Rengek Aydin sambil menggoyang-goyang tangan kanan Aysar dengan wajah simpati.

Mana boleh Aiyla je dapat pembelaan daripada Aysar. Dia pun nak pembelaan daripada Aysar juga.

Aysar pening. Kiri kanan tangannya dipegang oleh kedua-dua adiknya. Sudahnya dia paut saja bahu Aydin dengan Aiyla rapat dengannya. Diam terus.

"Diam pun." Tuturnya.

Dalam kesempatan itu, Aydin mengukir sengihan. Dia menjeling Aiyla sebelum dia mencium pipi Aysar sekilas.

Aysar hanya redha saja. Dia tak pelik orang lain menganggap dia dan Aydin gay kalau begini perangai Aydin di khalayak orang ramai. Penat dia bagi amaran dan nasihat pada Aydin tetapi adik kembarnya itu langsung tidak peduli. Jenis yang tak makan saman. Buat bazir air liur je.

Sampai saja di kawasan wayang, Aysar meleraikan pautannya pada mereka berdua. Topinya dibetulkan agar tidak mendedahkan seluruh wajahnya. Berbanding Aydin, dia lebih gemar menayang wajah kacaknya. Rambutnya digayakan dengan gaya quiff sesuai dengan rambutnya yang tebal dan lembut.

"Nak pop corn dengan air tak?" Tanya Aysar pada mereka berdua.

"Of course lah nak! Mana lengkap tengok wayang tanpa pop corn. Lagi-lagi kau dengan Aiyla  first time tengok wayang so korang kena nikmati suasana tengok wayang ni macam mana." Jawab Aydin dengan semangat. Dia dah banyak kali keluar tengok wayang jadi dia sangat semangat apabila dapat tengok wayang dengan mereka berdua. Asyik dengan member je jemu juga, hehehehe...

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now