Bab 12

254 50 8
                                    

"Oiii..."

Aydin tidak berhenti melangkah. Seperti biasa dia hanya buat tidak endah dan meneruskan langkahnya hingga masuk ke dalam kelas.

Walaupun hatinya panas membara tatkala pelbagai gelaran yang dilemparkan pada dirinya atau lebih tepat pada Aysar, dia tetap bersabar daripada mengamuk. Kata-kata Aysar pagi tadi membuatkan dia terpaksa banyak-banyak bersabar.

Flashback

"Kau masih nak menyamar jadi aku?" Soal Aysar apabila dia memakai uniform sekolah milik Aysar sebelum menutupnya dengan sweater agar tidak diketahui oleh Qaisha.

"Of course lah bro, selagi kau tak sihat selagi tu lah aku akan menyamar jadi kau. Don't worry aku pakar dalam hal ni. Orang takkan perasan punya." Rambutnya dirapikan agar kelihatan kemas dan sempurna seperti gaya rambut Aysar.

Kedengaran Aysar menghela nafas berat tapi dia masih dengan pendiriannya. Dia mahu menuntut bela dengan apa yang berlaku pada Aysar.

"Don't do anything yang boleh attract orang ramai. Aku tak suka diberi perhatian. Keep silence and bawa banyak bersabar."

"Hmm aku tak janji."

"Aydin."

Dia sengih saja.

End flashback

"Oii pekak! Aku panggil ni kau tak dengar ke?" Jerkah Adam seraya mahu menumbuk bahu Aydin yang disangka semua orang adalah Aysar.

Aydin pantas mengelak ke tepi dan menyebabkan tumbukan Adam tersasar hingga hampir saja Adam tersungkur ke depan.

Kalau tak disebabkan tindakan pantas Wafi dengan menahan tubuh Adam daripada jatuh, pasti lelaki itu sudah jatuh tersungkur di kaki Aydin.

Aydin menyungging senyuman sinis sebelum dia kembali mengorak langkahnya yang terhenti seketika.

Ada hati nak pukul jaguh taekwando huh?

"Eh cikgu on the way, masuk kelas dulu weh."

Adam merengus geram. Sakit hati apabila tumbukannya tersasar.

Terkerbil-kerbil mata Aydin menatap kertas canvas di mejanya. Liur ditelan payah.

Mampus!

Bibirnya diketap.

Dia meraup wajahnya.

"Okey awak semua dah boleh mula. Saya ada hal sekejap nanti saya datang semula. Kalau saya lambat, Suzi kutip canvas dan letak atas meja saya ya." Ujar Puan Erni sebelum keluar daripada kelas 5 Perdagangan dengan tergesa-gesa.

"Baik cikgu." Jawab Suzi.

Sebaik sahaja kelibat Puan Erni hilang, kelas 5 Perdagangan mula riuh apabila murid-murid bangun dan bergerak menarik kerusi untuk duduk di tepi rakan-rakan mereka. Nak melukis bersama-sama.

Aydin memegang berus lukisan tanpa ada rasa mahu membasahkan bulu berus tersebut dengan sebarang pewarna.

Nak lukis apa ni?

Dia mana reti melukis.

Aydin menghela nafas berat. Walaupun dia pakar menyerupai Aysar dalam semua hal tetapi ada dua benda yang dia tidak boleh buat.

1. Bekerja dalam dunia mafia.
2. Melukis.

Aydin menjuling matanya ke atas sebelum mendengus. Kalau dia cakap subjek kimia susah, subjek seni lukisan lagi susah.

Nak lukis apa ni?

Ikan? Bunga? Rumah? Pokok kelapa? Orang lidi?

Asyik dia termenung tiba-tiba dia merasakan rambut dan bajunya basah. Cecair berwarna biru yang dah bercampur dengan warna ungu mengalir dari hujung helaian rambutnya yang terjuntai jatuh ke atas canvasnya.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now