Bab 28

240 44 1
                                    

"Allah, aku lupa!" Misyah menepuk dahinya apabila dia lupa untuk pergi bank mengeluarkan duit untuk membayar yuran pada esok hari.

Jam sudah menunjukkan pukul 11pm. Tak sangka pula harini agak busy di kedai hingga terpaksa over time. Dia tak sampai hati mahu pulang awal jadi dia turut membantu untuk menyiapkan order customer last minit.

Kawasan bank yang lengang itu membuatkan dia rasa sedikit takut. Tambahan pula dia perempuan lagi lah buat dia rasa tak selamat.

Misyah memakirkan keretanya di depan dobi yang tidak jauh daripada kawasan bank. Dia takut kalau dia pakir di depan bank, dia menjadi perhatian. Risau lepas dia keluar dari bank dia menjadi mangsa. Sekurang-kurangnya bila di dobi ada orang. Takde lah dia rasa terancam sangat.

"Haish, nauzubillahiminzalik... Ya Allah, permudahkanlah urusan aku. Aku nak bayar yuran belajar aku Ya Allah." Doanya sebelum keluar daripada kereta.

Dia memerhati kawasan lorong bank itu. Sunyi.

"Bismillah..." Dia jalan dengan laju tanpa memandang kiri dan kanan. Masuk saja dalam bank terus dia menyelesaikan urusannya di situ tanpa membuang masa.

Siap keluarkan amount duit yang diperlukan terus dia keluar daripada bank setelah yakin tiada sesiapa yang memerhatikannya.

Line clear!

Dia pun jalan menuju ke keretanya semula dengan perasaan berdebar-debar. Entah kenapa dia rasa seperti dirinya di ekori.

Tiba-tiba dia ditarik masuk ke dalam laluan gelap dan mulutnya ditekup saat ingin menjerit. Tubuhnya menggigil ketakutan.

"Shhh it's me."

Jantung Misyah berhenti berdegup untuk seketika. Dia menoleh memandang belakang perlahan-lahan.

"Ay-aysar..."

Aysar mengisyaratkan agar dirinya untuk diam. Tubuh Misyah ditarik hingga hampir mereka berpelukan.

Bunyi derapan kaki yang berlari ke arah mereka membuatkan jantung Misyah berdegup laju. Kerana terlalu takut, Misyah merapatkan tubuhnya dengan belakang badan Aysar. Aysar hanya diam tidak bersuara. Matanya tajam melihat di depannya.

"Tch, laju pula perempuan tu jalan. Melepas!" Rengus suara garau itu dengan bengang sebelum beredar meninggalkan kawasan itu.

Misyah yakin lelaki itu telah memerhatikannya sewaktu dia berada dalam bank mengeluarkan duit.

Ya Allah, terima kasih kirimkan seseorang menyelamatkan aku daripada menjadi mangsa ragut.

Setelah yakin keadaan mereka selamat, Aysar menjarakkan diri sebelum pusing menghadap Misyah. Matanya tajam menikam merenung mata Misyah.

"Kenapa pergi bank waktu macam ni?" Soalnya dengan tegas.

Misyah menelan liurnya dengan payah. Takut pula dia melihat Aysar seperti ini. Automatik wajahnya menunduk ke bawah. Takut nak pandang wajah bengis Aysar.

"Lupa nak pergi petang tadi sebab kerja. Tahu-tahu dah malam." Jawabnya perlahan.

"Kenapa tak pergi esok pagi?"

"Tak sempat. Duit ni nak bayar yuran. Ya aku tahu boleh bayar pakai transfer je tapi ni duit dalam bank simpanan aku. Takde transfer. Kena manual. Aku bukan sengaja cari penyakit tapi aku betul-betul terlupa."

Aysar diam merenung Misyah yang kelihatan takit-takut itu.

"Balik. Jangan buat lagi. Bahaya." Tuturnya dengan nada yang mulai mengendur. Tidak tegas seperti tadi.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now