Bab 22

236 41 1
                                    

Aiyla tidak tahu apa yang perlu dia rasakan saat ini. Dia gembira tapi dalam masa yang sama dia sedih.

Gembira kerana keputusan SPM kedua-dua abang kembarnya cemerlang straight's A+.

Sedih kerana Aysar akan bertolak ke Turki pada pagi esok.

Serta merta air matanya jatuh mengalir.

"Oit, kut ya pun gembira kitorang straight's A, tak payah menangis. Hodoh siot muka kau macam katak puru." Kata Aydin sambil ketawa kecil.

Wajah Aiyla terus berubah masam. Hilang terus rasa sedihnya apabila dia disamakan dengan katak puru. Tak guna betul!

"Kalau muka aku macam katak puru, kau pun sama juga." Balasnya dengan jelingan maut. Hilang rasa sedihnya.

"Eh, mulut kau baik sikit. Muka aku yang kacak ni takkan boleh disamakan dengan katak puru. Malah tidak layak sama sekali. Muka aku ni setara dengan muka bidadara syurga."

Aiyla membuat muka jijik.

Bidadara acik dia.

Aysar geleng kepala melihat tingkah mereka berdua. Dia dan Aydin baru saja pulang daripada sekolah mengambil keputusan SPM. Tak sangka mereka berdua sudah pun menamatkan alam persekolahan. Rasa macam baru semalam dia dan Aydin bertungkus lumus ulang kaji mata pelajaran hingga lewat pagi.

Bermakna hari ini hari terakhir dia bersama-sama dengan keluarganya sebelum dia bertolak ke Turki esok pagi. Rasa sedih menyelinap masuk ke sanubarinya.

"Alhamdulillah, bangga mumma dengan pencapaian anak-anak mumma." Qaisha tidak lekang dengan senyuman melihat result anak-anak kembar lelakinya itu. Terselit rasa bangga dalam hatinya sebagai seorang ibu yang tidak pernah penat untuk mendidik anak-anaknya.

"Berkat kena rotan dengan mumma juga." Ujar Aydin dengan sengihan. Pipi Qaisha dikucup sayang.

Qaisha ketawa besar.

Tahu Aydin mengusiknya tapi siapa suruh malas belajar? Memang mendapatlah dengan dia.

Antara mereka bertiga, Aydin paling liat nak belajar. Selagi tak kena rotan selagi tu lah takkan belajar. Sakit otak dia kadang-kadang. Dia bebel macam mana sekali pun bukannya di dengar. Hanger je lah yang mewakilkan perasaan geramnya. Mujur berkesan jadi orang.

"Malam ni kita keluar makan dekat luar." Ujar Blade dengan senyuman melihat satu per satu ahli keluarganya. Dah lama juga mereka sekeluarga tidak makan diluar bersama-sama.

Mendengar hal itu, mata Aiyla dan Aydin mula membulat teruja.

"Pukul berapa papa?"

"Dekat mana?"

Soal mereka serentak.

"I don't know. Uncle Asyraf yang arrange kan masa dan tempat."

Aydin memetik jarinya.

"Oh ya, Elvina pun straight's A juga. Mestilah Uncle Asyraf nak raikan si flora tu gila-gila. Anak kesayangan lah katakan."

Blade geleng kepala dengan tawa kecil.

Mentang-mentang nama Elvina ada nama bunga, di flora kan orang tu. Anak siapa lah ni.

"Keluarga Uncle Qayyum pun ada sama juga." Tambahnya.

"Uihhh dah macam buat reunion je."

Tergelak mereka sekeluarga mendengar ayat spontan Aiyla itu. Aysar turut ketawa sama. Dia mahu menikmati moment harini sebaik-baiknya. Walaupun hanya untuk beberapa tahun tapi dia tidak akan dapat merasai kemanisan dan kemesraan antara mereka sekeluarga sewaktu di Turki nanti seperti saat ini.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now