Bab 29

248 41 10
                                    

Misyah turun ke bawah seusai saja menunaikan solat fardhu subuh. Jujur dia tidak dapat tidur mengenangkan keadaan Aysar yang tidak dia ketahui sejak Aysar dibawa masuk ke dalam bilik tetamu.

Dia tidur di bilik Aiyla manakala Aiyla tidur di bilik Aysar. Kata Aiyla dia tidak mahu mengganggunya untuk bersendirian.

Namun, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya sejak daripada dia menghantar Aysar ke sini. Mata kanan Aysar. Hitam penuh. Langsung tiada mata putih.

Imaginasi dia kah?

"Misyah?"

Misyah mengukir senyuman kecil pada Aydin.

"Aysar macam mana?" Soal Misyah ingin tahu.

"Alhamdulillah, Aysar okey. Sekarang dia masih tidak sedar disebabkan ubat bius mungkin sejam dua macam tu baru dia sedar."

Hati Misyah mula berasa lega. Syukur alhamdulillah...

Keadaan kembali sepi. Misyah agak janggal duduk berdua seperti ini dengan Aydin. Ini kali pertama mereka berdua duduk bertentang mata.

"Semalam, kau nampak?"

Misyah melihat Aydin yang sedang merenungnya.

"Hah?"

"Mata Aysar... Kau tak takut?" Soal Aydin tiba-tiba.

"A-aku... entah... Aku tak tahu nak cakap apa. Aku lebih kepada terkejut. Kenapa mata Aysar boleh jadi macam tu? Dia sakit ke?"

Aydin senyap.

Misyah menunggu Aydin untuk menjawab pertanyaannya. Pertanyaan yang membuatkan dia rasa sesak memikirkannya.

"Aysar takde cakap apa-apa pasal diri dia dekat kau?"

Misyah diam sejenak. Otaknya mula mengingati setiap bait perkataan yang pernah Aysar lontarkan kepadanya. Tiada apa-apa yang pelik melainkan...

"Masa jumpa dia haritu, dia cuma suruh aku lupakan perasaan aku dekat dia. Jangan letak harapan tinggi dekat dia. Cuma ada satu perkara yang buat aku tak faham sampai sekarang."

Aydin dengar tanpa menyampuk.

"Dia cakap walaupun nyawa aku jadi galang ganti adakah aku masih cintakan dia? Setia dengan dia? Aku tak faham. Kenapa sampai libatkan nyawa? Dia ada cakap juga kalau aku mati dalam tangan dia adakah aku masih cintakan dia? A-aku tak faham." Misyah menekup wajahnya.

"Kau jawab apa?"

"Aku cakap aku sanggup mati demi dia. Gilakan aku? Aku gila sebab aku terlalu cintakan abang kembar kau. Sorry kalau aku ni agak creepy tapi hmm aku tak boleh tipu perasaan aku sendiri."

Aydin tersenyum kecil mendengar pengakuan Misyah itu. Kalau Aysar dengar ni confirm kembang abang kembarnya itu.

Kan best Elvina ungkap kata-kata macam tu dekat dia. Memang dia ajak Elvina kahwin time tu juga, hikhik...

"Aysar so lucky because someone love him so much. Aku tak rasa kau creepy ke apa cuma aku kagum kau masih nakkan Aysar walaupun Aysar asyik reject kau." Aydin ketawa kecil sebelum menyambung kata-katanya.

"Cuma pertanyaan Aysar pada kau bukan pertanyaan yang saja-saja. Aysar betul-betul maksudkannya. Abang kembar aku takkan tanya soalan yang tak beri manfaat untuknya."

"Maksud kau?"

Wajah Aydin mula berubah serius.

"If one day dia acu pisau dekat leher kau atas niat membunuh, kau masih cintakan dia? Kau masih sayangkan dia?"

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now