Bab 11

220 45 5
                                    

Pintu wad dibuka perlahan. Kakinya perlahan mendekati Aiyla yang terlena di kerusi sebelah katil pesakit. Matanya redup menatap sekujur tubuh yang terbaring kaku atas katil pesakit itu.

Siapa lagi kalau bukan Aysar, abang kembarnya.

Dia membuka sweaternya lalu diletakkan pada belakang tubuh Aiyla. Risau adik perempuannya itu kesejukkan.

Terukir senyuman nipis di bibirnya tatkala melihat tangan Aiyla menggenggam tangan Aysar. Sayang sungguh Aiyla pada Aysar.

Memandangkan hanya ada satu kerusi sahaja dalam wad itu, Aydin duduk atas lantai tanpa lapik. Tidak peduli lantai itu kotor atau pun tidak. Matanya dipejam. Dia mahu tidur sebentar. Letih.

"Aydin..."

Saat dia hampir lena, bahunya ditepuk lembut. Dia mencelikkan matanya.

Aiyla mengukir senyuman nipis padanya.

"Kau tidur lah atas kerusi tu."

Aydin menggeleng kecil.

"Takpe aku okey je. Kau duduk jelah situ. Aku nak tidur kejap, penat." Jawabnya dengan mata terpejam. Dia terlalu penat dan mengantuk saat ini.

Tidak mahu mengganggu Aydin, Aiyla duduk di sebelahnya lalu menarik lembut kepala Aydin agar lentok di bahunya. Tercelik mata Aydin seketika.

Aydin mengukir senyuman kecil. Kepalanya dilentok atas bahu Aiyla dengan posisi yang selesa.

"Aku nak tidur sepuluh minit je nanti kejut aku."

"Tidur je aku tahu kau penat. Semalaman kau tak tidur kan?" Aiyla menyandar tubuhnya pada dinding wad dengan menatap lurus tubuh Aysar yang sedang terbaring kaku atas katil bagai tiada tanda-tanda tubuh itu mahu berjaga.

"Hmmm sekejap je..."

Aiyla tergelak.

Sekejap saja Aydin sudah pun lena. Suasana dalam wad ini kembali sunyi. Aiyla termenung jauh.

Semalaman Aydin langsung tidak tidur kerana terlalu risau dengan keadaan Aysar yang agak kritikal. Qaisha pula terduduk lemah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dikhabarkan pula Blade dalam perjalanan pulang ke Malaysia sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada Aydin. Kemungkinan Blade akan tiba petang nanti.

Asyik dia termenung, pintu wad dibuka secara tiba-tiba. Terus Aiyla menoleh ke arah pintu. Satu susuk tubuh yang dinantikan mereka sudah pun tiba. Dia tercebik-cebik menahan diri daripada menangis.

"Everything will be okay." Tutur Blade perlahan dengan senyuman nipis. Blade mengusap lembut kepala Aiyla. Pandangannya beralih kepada Aydin yang lena di sebelah Aiyla. Terserlah wajah kepenatan pada anak lelaki kembarnya itu.

Aiyla menahan diri daripada mengalirkan air matanya. Lagi pula Aydin sedang lena jadi dia tidak mahu mengejutkannya dengan tangisannya.

"Papa baru sampai?"

Blade mengangguk dengan senyuman.

"Ya."

"Kesian papa mesti terkejar-kejar ke sini."

Blade senyum segaris.

"Mana mumma?" Soalnya apabila kelibat Qaisha tidak kelihatan.

"Mumma balik sekejap ambil pakaian sebab mumma nak tidur sini sampai Abang Aysar bangun. Aiyla pun nak tidur sini tapi mumma tak bagi sebab Aiyla kena pergi sekolah esok." Tuturnya dengan sedih.

"It's okay, Aiyla dengan Aydin balik rumah dengan mumma. Papa jaga Aysar." Putus Blade.

"Tapi..."

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now