Bab 44

167 25 2
                                    

Adam masuk ke dalam kondonya dengan wajah yang penat. Seharian dia berada di kolej membuat assigment secara berkumpulan membuatkan dia sangat letih.

Dia merebahkan tubuhnya atas sofa panjang. Begnya dicampak atas meja kaca. Penat!

Seketika matanya terpandang pada bagasi dan barang-barang milik Raisha yang terletak elok di tepi pasu bunga.

"Apa yang dia tengah buat?" Pintu biliknya dipandang.

Dia bangun menuju ke arah biliknya. Buka saja pintu, matanya tertumpu pada Raisha yang terlena di meja belajarnya. Keningnya terangkat. Dia mendekati isterinya tanpa ada rasa mahu mengejutkannya.

Wajah Raisha yang tidur dengan pulas menarik perhatian. Tangannya mahu mengelus wajah itu tapi terhenti tatkala dia terlihat lukisan pada sketch book miliknya.

Dia memang sedia maklum akan bakat isterinya itu. Raisha memang pandai melukis. Mungkin disebabkan Raisha merupakan student aliran designer. Jadi memang patut Raisha berbakat dalam melukis.

Baru saja dia mahu menyentuh sketch book itu, Raisha terjaga daripada lenanya. Cepat-cepat Adam menjauhi Raisha. Dia berdehem kecil.

"Siapa bagi kau tidur dekat sini?"

Wajah Raisha berkerut seketika.

"Kau memang macam ni erk?"

"Huh?"

Raisha mengemaskan ikatan sanggulnya yang hampir terlerai.

"Oh lupa kau macam ni dengan aku je. Whatever, kau baru balik?" Soalnya dengan wajah yang masih mengantuk.

"Kau sibuk hal aku apasal? Aku baru balik atau dah lama balik bukan urusan kau."

"Hmm.."

Adam merenung Raisha yang mengemas barang-barang yang dia guna untuk melukis tadi.

"Adam."

"Apa?"

"Aku nak beg pakaian dan barang-barang aku yang dekat luar tu. Aku nak ke kelas esok." Kata Raisha sambil menatap wajah Adam yang tegang.

Adam menyungging senyuman sinis.

Pergi kelas?

"Aku dah minta nama kau dibuang atas sebab kau isteri aku."

Raisha terkejut besar. Terus dia bangun berdiri menghadap Adam.

"Kau gila ke apa? Siapa suruh kau memandai-mandai buat keputusan ni tanpa bincang dengan aku?" Sumpah Raisha rasa nak mengamuk saat ini. Tangan dikepal kuat.

"Untuk apa aku kena bincang dengan kau? Pihak kolej pun tak berani nak mempertikaikan. Kau siapa nak pertikai keputusan aku?" Adam menghapuskan jarak antara mereka berdua. Dagu Raisha dicengkam agar mata mereka saling beradu.

"K-kau..."

Adam ketawa.

"Marah hurm?" Dia menyungging senyuman senget melihat mata Raisha sudah berkaca-kaca tapi pandangan itu penuh dengan api kemarahan.

"Shhh tak payah nak maki aku ke apa sebab aku dah buat keputusan dan sudah pun dipersetujui kedua-dua belah pihak. Kau duduk je dalam rumah ni jadi seorang isteri yang mendengar kata-kata suami. Okey sayang?" Pipi Raisha diusap lembut.

"Sampai macam ni sekali kau nak dera aku? Kau cuma nak jadikan aku hamba kau bukan isteri!"

"Wowww you're so clever honey."

Pedih!

Raisha menahan rasa.

"Kau jangan risau aku takkan kurung kau dalam bilik ni lagi. Kau boleh bergerak bebas dalam kondo aku ni dengan syarat kau tak boleh keluar daripada kondo ni tanpa izin aku. Kalau aku tahu kau lari mati kau aku kerjakan." Tuturnya dengan penuh amaran.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now