Bab 10

245 40 3
                                    

Seperti biasa dirinya akan sering menjadi bualan dan tatapan para pelajar. Tidak bosan mungkin mengata hal buruk tentangnya.

Basikalnya dipakir di tempat biasa. Langsung tiada sebarang suara yang keluar dibibirnya.

"Eh Aysar! Kejap!"

Langkahnya terhenti. Seorang pelajar perempuan menghalang laluannya dengan keadaan yang termengah-mengah. Wajahnya datar saja merenungnya.

Misyah mengatur nafasnya sebelum bersuara. Bibirnya mengukir senyuman pada Aysar saat mereka bertentang mata.

"Ni baju hujan kau. Thanks sebab bagi pinjam tapi kenapa kau tak tunggu aku? Kenapa kau redah hujan semalam? Risau aku kalau kau demam. Kau tak demam kan?" Soal Misyah bertubi-tubi meluahkan rasa risaunya. Semalam dia tidak lena kerana memikirkan keadaan Aysar sama ada demam atau pun tidak. Saat dia berpatah balik ke sekolah, kelibat Aysar sudah tiada. Dia yakin Aysar redah hujan walaupun hujan tengah lebat.

Degil!

Aysar diam tidak bersuara. Matanya tajam merenung Misyah hingga menyebabkan gadis itu gementar menatapnya. Baju hujan berwarna hitam yang dilipat kemas itu dipandang. Dia mengambil baju hujan tersebut tanpa berkata apa-apa sebelum menyambung langkahnya ke tapak perhimpunan.

Misyah menghembus nafas lega. Entah kenapa tatapan mata Aysar itu menakutkan dirinya.

"Kenapa dengan dia?" Soalnya sendiri. Tidak mahu berfikir bukan-bukan terus dia mengatur langkah menuju ke tapak perhimpunan. Belakang tubuh Aysar ditenung. Hurmmm...

"Weh, tu Aysar kan?" Naim menepuk bahu Kamal dengan kuat apabila dia ternampak Aysar duduk di barisan kelasnya. Matanya bulat tidak percaya.

"Hah? Aysar? Kau biar betul." Kamal tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Naim. Bukan dia saja tetapi Wafi dan Adam turut tidak percaya sama.

"Wehhh... B-betul ke tu dia?" Wafi menelan liurnya dengan payah. Jari telunjuknya lurus ke arah Aysar yang sedang menundukkan wajahnya.

Adam turut terkejut sama.

Mustahil!

Dia sangat yakin pukulannya semalam amat kuat. Bukan sekali tapi berkali-kali hingga tubuh Aysar lembik bagaikan nyawa-nyawa ikan. Mustahil lelaki itu mampu berdiri dengan gah pada hari ini! Sebarang balutan di kepala juga tidak ada.

Betul ke itu Aysar?

Zapppp

Mereka berempat terkedu apabila pandangan Aysar tepat ke arah mereka berempat. Pandangan tajam itu entah kenapa membuatkan Adam gementar.

"Ak-akku rasa... tu memang Aysar wehh..." Naim mula kecut perut. Fikirannya sudah terbayang mereka akan masuk ke dalam lokap disebabkan keganasan yang Adam lakukan pada Aysar.

"Chill lah kau ni pun tak payah takut sangat. Kalau dia buat report pasal semalam pun bukannya ada bukti. Chill je." Wafi cuba menyedapkan hati mereka.

"Huh ingatkan dah mampus, liat pula nyawa dia." Tutur Adam dengan sinis menutup rasa gementar dalam dirinya.

"Kau memang hati kental bro."

Mereka bertiga tergelak mendengar kata-kata Kamal itu. Hilang terus rasa takut dalam diri mereka.

Usai perhimpunan, para pelajar terus bangun dan menuju ke kelas masing-masing sambil berborak. Sepanjang menuju ke kelas, Aysar hanya tunduk membisu. Saat dia berselisih dengan pelajar lain hanya tatapan tajam saja dia berikan.

"Aysar, petang ni main bola jom?" Ajak Ishak dengan senyuman.

"Ha'ah jom lah bro. Kau jadi capt macam biasa hehehe..." Yusri turut mengajaknya.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now