Bab 26

242 38 11
                                    

"Dekat sini rupanya dia kerja." Bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Kak Vina, Abang Aydin senyum-senyum dekat awek kedai bunga tadi."

Terus mati senyumannya apabila si budak masam mula mencari gaduh dengan dirinya. Elvina yang duduk di sebelahnya dipandang.

"Aku senyum sebab aku jumpa bakal kakak ipar kau ngek. Kau jangan nak memandai-mandai tabur fitnah. Kau jangan mudah nak percaya apa yang budak ni cakap ya sayang. Aku ni setia tau."

Elvina menjongket bahunya. Dia takde cakap apa-apa pun. Aydin je yang gelabah.

Aiyla ketawa mengekek. Tahu takut, hahahaha...

"Oh ya siapa nama perempuan tu? Misyah ek?"

"Ha'ah tak sangka pula aku dia kerja dekat sini. Setahu aku dia masih belajar lagi."

"Part time maybe? Yelah, hidup ni terlalu keras untuk rakyat marhaen macam kita ni. Mungkin Kak Misyah banyak benda nak kena bayar sebab tu terpaksa kerja."

Dua beradik mula membuat andaian mereka sendiri. Yelah dengan ekonomi negara yang makin lama makin teruk. Barang makin naik haihhh boleh pening kepala.

"Kut ya pun bawa lah kereta ni." Tegur Elvina apabila Aydin masih tidak bergerak.

"Eh hahaha lupa. Ada nak singgah mana-mana lagi tak sebelum balik rumah?" Soal Aydin.

"Takde semua dah beli. Susah betul nak cari bunga ros hitam dekat sini. Nak beli biji benih dia pun tak jumpa. Kalau tak boleh tanam dengan bunga-bunga mumma sekali." Aiyla memegang bouquet bunga ros hitam itu dengan senyuman kecil.

Sebetulnya Aiyla yang meminta Aydin carikan untuknya. Sebagai abang yang baik walaupun mulut macam longkang, Aydin turutkan jua kemahuannya.

Elvina pula sengaja ikut sama kerana segan mahu tinggal di rumah Blade tanpa Aiyla disebabkan kepulangan Aysar.

Ayaz pula sedang memberanikan diri mendekatkan diri dengan Aysar walaupun dari jarak jauh. Bila Aysar nak dekat terus dia mencicit lari. Puas Qaisha membebel pada Ayaz yang sering melarikan diri apabila Aysar mendekat.

"Kak Vina jangan lupa tau datang esok. Ajak uncle sekali." Pesan Aiyla sebaik saja mereka tiba di hadapan rumah Elvina.

"In Shaa Allah, takde buat tema apa-apa kan?"

"Takde, akak datang je. Setakat nak sambut birthday tak perlu bertema bagai. Lain lah kalau hari nikah akak. Hah tu memang wajib bertema." Gurau Aiyla.

Memerah wajah Elvina apabila Aydin mengeyit mata padanya. Ish, gatal betul!

Sengih-sengih saja Aydin apabila membayangkan tema perkahwinan mereka berdua nanti. Biru putih. Auwwhhh mesti cantik!

Tak sabar nak kahwin!

Apabila Elvina sudah selamat masuk ke dalam rumah, Aiyla berpindah ke hadapan sambil memegang bouquet bunga ros hitam.

"Kau takde nak belikan apa-apa untuk Abang Aysar ke?" Soal Aiyla apabila Aydin langsung tidak membeli sebarang hadiah untuk Aysar.

"Urmm aku tak tahu lah nak bagi apa. Kau dah belikan dia bunga takkan aku nak bagi benda sama pula kan? Nak belikan barang pun setiap tahun aku bagi barang yang berlainan." Baju, topi, jam semua sudah dia hadiahkan pada Aysar. Dia pun dah tak tahu nak bagi apa lagi pada abang kembarnya itu.

"Kau ada idea?"

"Why not kau masak untuk Abang Aysar? Kau kan jarang masak. Tak pernah lagi Abang Aysar rasa masakan kau." Cadang Aiyla.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now