Bab 23

253 40 2
                                    

"Babe bangun babe."

"Aduh, tidur mati ke dia ni?"

"Kesian pula aku dengan dia ni."

"Hmmm nak buat macam mana? Kehidupan pelajar B40 ni memang mencabar."

"Kannn haihhh mana nak belajar mana nak cari duit bayar yuran. Hidup ni keras."

Suara-suara yang sedang berbual membuatkan dia terjaga daripada lenanya. Dia mengeliat kecil seraya menguap.

"Hah bangun pun ingatkan nak tidur sampai esok pagi."

"Ish kau ni Yusuf, apa cakap macam tu. Kesian Misyah penat." Tegur seseorang apabila Yusuf mengeluarkan kata-kata seperti itu.

"Hehehe gurau je lah Kak Syu. Akak ni garanglah macam harimau." Sengih Yusuf apabila dirinya direnung tajam oleh Syuhada.

Misyah yang baru saja bangun daripada tidur langsung tidak mengendahkan sekelilingnya.

"Pukul berapa?" Tanyanya dengan masih mamai. Dia sangat mengantuk tika ini. Rasa nak sambung tidur semula.

"Nak pukul enam dah weh. Bangun-bangun pergi solat asar cepat." Kata Zuhairi sambil bercekak pinggang.

Terus celik mata Misyah.

"Pukul enam? Ya Allah, lamanya aku tidur!" Terus dia bangun mendadak menuju ke arah surau yang agak jauh daripada tempat dia duduk.

Syuhada senyum kecil.

"Kesian saya tengok Misyah tu kak. Penat sangat gayanya." Kata Zuhairi sambil berjalan masuk ke kaunter semula.

"Nak buat macam mana kalau dia sendiri yang sanggup ambil jalan macam ni tapi kan akak bangga lah dengan dia. Dia pandai manage dia punya masa. Mana nak belajar, mana nak buat kerja part time lagi. Bagus-bagus. Anak muda macam Misyah tu yang patut dicontohi."

Yusuf mencebik.

"Kemain puji Misyah tu, Yus takde pula akak nak puji. Yus ni adik akak tau. Kalau takde Yus hmmm tak menang tangan akak nak handle kedai ni."

Syuhada membuat muka toya. Mula dah tu.

Zuhairi hanya gelak saja melihat pertelingkahan dua beradik itu.

"Memang lah kau tu adik aku, takkan adik beruk mak yeh pula. Walaupun muka kau ada iras beruk mak yeh tapi takpe aku tetap mengaku kau adik lelaki aku yang terpaling function dalam kedai pastry aku ni hah. Anak kebanggaan ibu dengan ayah enn..."

Yusuf membuat muka. Nampak sangat tak ikhlas memujinya. Ceittt...

"Customer nama Sari tu datang pick up kek dia pukul berapa ek? Akak lupa lah." Soal Syuhada pada Yusuf yang sedang membelek buku yang mempunyai maklumat customer-customer yang membuat tempahan kek mereka.

"Pukul tujuh. Sejam lagi sampai lah tu. Kemain complicated dia punya request design kek. Kek aku pun takde lah complicated macam dia ni punya." Bebel Yusuf dengan keluhan kecil.

"Ish kau ni tak baik merungut, rezeki tu. Bagi kau makan, aku tepuk mulut kau tu kang." Bahu Yusuf ditepuk kuat.

Yusuf mencebik. Heleh, bukannya Syuhada tolong dia design kek tu pun. Dia yang kena handle sorang-sorang. Lima jam okey nak siapkan!

"Tapi betullah kata Yus tu kak. Kek customer Sari paling complicated nak kena buat. Saya setakat basic-basic boleh lah tapi kalau dah sampai tahap nak design pelik-pelik tak reti saya." Zuhairi turut menyatakan pendapat yang sama seperti Yusuf.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now