Bab 8

246 39 4
                                    

Tok tok tok

Elvina tersedar daripada lenanya tatkala ketukan pintu yang kuat mengganggu lenanya. Rambut yang menutupi wajahnya diraup ke belakang. Dia menutup mulutnya sebelum menguap besar.

"Kak Vina, dah bangun ke?" Suara Aiyla sayup-sayup kedengaran di halwa telinganya.

"Dah Aiyla. Kejap akak cuci muka dulu." Jawabnya dengan kuat. Suaranya agak serak kerana baru bangun tidur.

"Okey baik kak. Akak nak solat dengan kitorang ke sorang-sorang?" Tanya Aiyla ingin tahu.

"Hah sekali je. Dekat tingkat atas kan?"

"Betul sekali!!! Kitorang tunggu akak tau."

"Okey..." Tidak mahu membuang masa, cepat-cepat dia bangun daripada katil untuk ke bilik air. Dia tak terkejut pun dia berada dalam bilik sebab semasa dia terjaga jam 3 pagi kerana ingin membuang air kecil, dia sudah pun terkejut kerana telah berpindah tempat. Mustahil dia tidur berjalan.

Dia amat yakin yang membawanya ke sini adalah Aydin. Hanya Aydin sahaja yang berani mati menyentuhnya. Takkan Aysar pula kan? Aiyla? Lagi lah tak logik.

"Bang, kau tak nak ke bawa motor pergi sekolah? Aku tengok basikal kau tu tunggu masa je nak arwah."

Aysar memandang Aydin yang asyik menggentel bajunya. Buang tabiat apa entah budak ni. Habis renyuk bajunya.

"Dah arwah beli baru." Sampuk Aiyla yang sedang memakai telekung.

Terus Aydin pusing belakang menghadap Aiyla. Qaisha tidak ada memandangkan mummanya itu 'cuti'.

"Kecoh arrr luuu..."

Aiyla menjelir lidah.

"Sorry lambat." Tutur Elvina sebaik sahaja masuk ke dalam bilik solat. Dia yang sudah siap bertelekung cepat-cepat menuju ke sebelah Aiyla yang sudah senyum padanya.

"Takpe, tak lambat pun Kak Vina."

Aydin yang mahu bersuara terkelu tatkala melihat Elvina yang mengukir senyuman pada Aiyla. Bertelekung pula tu . Ya Allah, bidadari mana yang datang ni? Cantik sangat ni!

Aysar yang perasan tingkah Aydin itu lantas menekan paha Aydin dengan kuat untuk bangun.

"Aduhhh sakitlah bang. Itu tangan ke batu?" Kerut Aydin seraya mematikan lamunannya.

"Bangun dan rapatkan saf." Malas nak layan Aysar segera bangun dan mengangkat takbiratul ihram.

Aydin, Aiyla dan Elvina cepat-cepat berdiri dan membaca niat solat sebelum takbiratul ihram.

"Bismillahi rrahmani rrahim..."

Mereka berempat solat subuh berjemaah dengan suasana yang tenang. Tetapi tidak pada Aydin. Susah untuk dia khusyuk disebabkan kehadiran Elvina.

Ya Allah, ampun aku... Huhuhu...

"Vina, wait."

Elvina yang mahu turun ke bawah berhenti melangkah apabila namanya disebut oleh Aysar.

"Ya? Kenapa?"

Aysar menghulurkan beg kecil pada Elvina sebelum bersuara.

"Your things. Uncle Asyraf suruh bagi dekat kau." Katanya senada.

"Ohhh okey thanks." Elvina menyambut huluran beg tersebut dengan senyuman nipis. Alhamdulillah, dia terselamat!

I love you lah papa!

Aysar mengukir senyuman segaris sesaat.

"He said sorry, terlalu lewat malam dia habis urusan."

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now