Bab 32

256 47 6
                                    

Berasap je telinga Misyah apabila dirinya menjadi bahan perbualan Azri dengan keluarga Aysar di ruang tamu. Adilah turut join membawang sama. Bertuah punya kawan!

Kejadian pagi tadi membuatkan dia melekat terus kat dapur. Tak nak keluar. Tak nak jumpa sesiapa. Uwarghhhh malunyaaaa!!!

"Sya, jangan diramas-ramas bawang tu. Habis lunyai kamu kerjakan. Haihh budak ni."

Misyah tersedar. Dia tersengih apabila dia telah membuat Mak Su Ina bercekak pinggang. Dia kembali membuat kerjanya dengan fokus.

Nyah kau, nyah!!!!

"Lain kali tengok dulu siapa yang datang. Sekarang sendiri malu." Mak Su Ina ketawa kecil kerana dia turut geli hati dengan kejadian tadi. Tak boleh lupa, hahahaha...

Makin memuncung Misyah jadinya. Mujur lah hanya mereka berdua saja di dapur. Qaisha mahu tolong sama tapi ditegah oleh Mak Su Ina. Tidak enak hatinya tetamu ikut menolong masak sama.

Pak Su Ramli yang pelawa mereka untuk makan tengah hari bersama-sama dengan mereka alang-alang mereka sudah sampai ke sini.

"Mak su ni... Sya tak tahu pun keluarga Aysar yang datang. Mak su pun takde cakap apa-apa. Sya mati-mati ingat Mak Cik Senah yang datang. Tak pun Mak Cik Zainab bestfriend mak su tu. Diorang kan suka datang sini tak kira waktu."

"Hahahaha tapi kelakar sungguh muka kamu masa tu. Eeiiii kenapa lah mak su tak tergerak hati nak rakam kejadian tu ya. Boleh tunjuk dekat cucu cicit."

Makin panjang muncung Misyah apabila tiada tanda-tanda Mak Su Ina mahu berhenti ketawa. Apasal lah harini juga Aysar nak datang? Datang lah esok ke lusa ke. Macam takde hari lain nak datang.

Malu punya pasal habis dimarah tunangnya itu.

Ah tunang tak tunang. Jatuh air muka dia tau. Harap saham dia jangan jatuh sekali. Huhuhu...

Relax Sya benda dah jadi. Diorang pun dah nampak. Enjoy je lah ya urmmm...

"Sya, angkat botok-botok tu. Dah masak rasanya tu." Mak Su Ina yang sedang goreng ayam dipandang. Cepat-cepat dia basuh tangan untuk melihat botok-botok. Penutup pengukus dibuka. Berkepul-kepul asap. Baunya amat mengancam. Perutnya terus berbunyi. Lapar!

Pinggan yang sudah beralas daun pisang di ambil lalu dia meletakkan botok-botok tersebut di atasnya. Makanan tradisional orang Johor. Tak semua orang tahu makanan ini. Hanya orang-orang tua saja yang tahu. Orang zaman sekarang entah tahu entah tidak kewujudan makanan tersebut.

"Mak su, okey tak? Cuba rasa kejap. Sya dah lama tak buat botok-botok ni. Takut pula nak hidang kalau tak sedap." Misyah menyuakan sudu yang sudah dia letakkan sedikit botok-botok untuk dirasa oleh ibu saudaranya itu.

"Bismillah..." Mak Su Ina mengunyah perlahan. Dia tidak menjawab sebaliknya tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya tanda sedap.

Misyah sengih. Masih berbakat lagi rupanya.

Terus dia hidang atas meja makan. Makan panas-panas memang sedap!

"Tinggal apa je lagi mak su yang belum siap?" Tanya Misyah.

"Air dah buat?"

"Belum, nak buat air apa?"

"Buat air sunquick je Sya untuk air sejuk. Air panas buat kopi. Mak su tak tahu tekak diorang nak air apa."

Misyah angguk.

Pergerakannya lincah saja menyediakan air. Orang yang dah biasa duduk dapur memang sekejap je hidangan siap.

Mak Su Ina pun sudah siap memasak. Tinggal hidang atas meja je.

"Fuhhhh dari depan bau sedap. Masak apa mak? Sya? Buat orang bertambah lapar je." Azri muncul di muka pintu dapur. Dia turun ke bawah dengan wajah kelaparan. Bila bertentang mata dengan Misyah dia terus ketawa mengekek.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now