Bab 34

234 44 7
                                    

"Aydin Da Eser."

Aydin yang baru mahu naik ke atas untuk mandi tidak jadi apabila nama panjangnya disebut oleh Aysar. Setahunya apabila Aysar menyebut nama panjang seseorang pasti ada sesuatu yang membuatkan abang kembarnya itu marah atau geram.

Gulp!

Dia ada buat salah apa-apa ke? Takkan pasal buah pula? Okey memang banyak gila dia petik buah mangga susu, mangga muda dan rambutan. Benda free memang dia petik banyak-banyaklah. Azri pula tak kisah dia nak petik banyak mana. Hah lagi lah dia petik tak reti ingat dunia. Habislah dia kena bebel dengan Aysar.

Aiyla awal-awal sudah masuk ke dalam bilik tidurnya sebaik saja mereka berempat selamat sampai rumah. Ayaz pula sibuk menempel dekat Qaisha yang sedang menyiram pokok-pokok bunganya di laman belakang.

Blade daripada pagi sehingga mereka pulang masih berada di markas. Mungkin lewat malam baru dia pulang.

"Urmm apa? Kalau pasal buah tu sorry okay? Abang Ri tak cegah aku daripada petik banyak-banyak. Abang Ri makin galakkan aku petik banyak-banyak adalah. Alaaa nanti kau bagilah Namjoon dengan Natsu tu kalau banyak sangat. Hah aku nak bagi Vina sikit."

Wajah Aysar berkerut seketika sebelum dia menghembus nafas perlahan.

"It's not about fruits. Come here." Panggil Aysar dengan tegas.

"Habis tu pasal apa?" Aydin garu kepala tapi kakinya tetap melangkah menuju ke arah Aysar. Dia berdiri tepat di hadapan abang kembarnya itu. Wajahnya jelas tidak faham. Kalau bukan pasal buah pasal apa?

"Who taught Ayaz the word 'bitch'?" Soal Aysar dengan tegas. Matanya tajam menikam merenung anak mata Aydin.

Wajah Aydin terkejut.

"Hah? Bila Ayaz cakap? Dekat Misyah ke?" Wajah Aydin sudah berubah pucat lesi. Aduh, Ayaz ni mulut tu eeiii tak reti nak behave sungguh.

Makin tajam renungan Aysar. Jadi, Aydin membenarkan tekaannya.

Sedar dengan renungan Aysar, Aydin mengangkat tangan ke atas.

"Eh bukan aku ajar. Sumpah!"

"Bukti?"

Aydin menguis-nguis bulu karpet yang dipijaknya itu. Takut nak berhadapan dengan Aysar. Aysar kalau marah sangat menakutkan.

"Aku tunggu ni."

Aydin menghela nafas berat.

"Ayaz terdengar aku sebut perkataan tu." Jawab Aydin perlahan.

Ternaik kening Aysar.

"Kenapa kau sebut perkataan tu?"

"Sebab aku tengah marah masa tu. Masa tu Aiyla takde dia ada kelas petang. Aku nak pick up Vina dekat kolej sekali nak ajak makan luar sama-sama. Ayaz je yang ada aku angkut je lah budak kecik tu.

Short of the story, Ayaz ajak aku beli ais krim yang ada jual dekat tepi kolej Vina tu. Aku pun pergi pimpin tangan Ayaz. Entah dari mana minah tu datang dia langgar Ayaz. Ayaz terjatuh. Lutut dia calar. Without apologize she just go with her friends. Aku tersebut perkataan tu depan Ayaz. Macam tu ceritanya." Cerita Aydin dengan nada perlahan. Dia bukannya sengaja, tak sengaja! Benda dah terlepas cakap mana boleh undur semula hmmm...

Wajah Aysar berubah tatkala mengetahui lutut Ayaz cedera angkara orang luar.

"Kau tahu adik bongsu kita tu jenis yang suka bertanya kalau dia tak faham sesuatu perkara atau sesuatu perkataan tu. Dia akan tanya sampai dia faham dan puas hati. Sebab tu aku explain dekat dia bitch tu apa tapi aku dah pesan jangan cakap dekat orang lain macam tu. Dekat orang yang nampak jahat je boleh." Sengih Aydin.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now