Bab 7

557 58 8
                                    

"Oit, kau tak mandi lagi?"

Elvina yang sedang menyiapkan kerja sekolah mengangkat wajahnya memandang Aydin yang sedang menjinjit plastik bag yang penuh dengan barang dapur.

"Aku dah mandi lah." Balas Elvina dengan mencebik. Dia punyalah wangi dikatakan tak mandi? Cis, tak guna betul Aydin Da Eser.

"Yeke dah mandi? Baju tak tukar pun?" Soal Aydin dengan kening terangkat. Elvina yang masih memakai baju sekolah di pandang.

Elvina terdiam. Kepalanya yang tak gatal di garu. Perlu ke dia terangkan? Tapi erkkk...

Aysar yang berada di belakang Aydin memandang Elvina yang terdiam.

"Give your any sweatshirt at her." Kata Aysar separa berbisik. Cukup hanya Aydin sahaja yang dengar.

Mula-mula Aydin tak faham kenapa dia perlu beri sweatshirtnya pada Elvina tapi bila dia tenung Elvina lama baru dia faham kenapa.

Dia berdehem kecil. Telinganya memerah sedikit.

Aysar yang perasan perkara itu hanya menyungging senyuman senget. Lambat pick up betul. Dia membawa barang-barang yang dibelinya tadi menuju ke dapur. Pasti Qaisha ada di dapur atau pun di belakang rumah melihat pokok-pokok bunga yang sedang tumbuh segar.

Aydin turut mengekori langkah abang kembarnya itu untuk meletak plastik bag yang sarat dengan barang-barang yang dibeli oleh mereka sebelum naik ke atas menuju ke bilik tidurnya.

Pintu almari bajunya dibuka. Dia mencapai sehelai sweatshirtnya yang tergantung elok lalu ditutup semula pintu almarinya sebelum keluar daripada bilik tidurnya. Ruang tamu di tuju.

Elvina yang khusyuk membuat kerja sekolahnya tersentak apabila Aydin meletakkan sweatshirt berwarna hitam atas bahunya. Wajahnya berkerut hairan.

"Kau tukar lah baju dulu, takkan sampai malam kau nak pakai baju sekolah? Tu sweatshirt aku, pakai lah." Tutur Aydin sambil berpeluk tubuh.

"Oh, aku ingatkan apa lah tadi." Dia membelek sweatshirt milik Aydin. Besar. Dia melorek senyuman kecil. Lebih besar daripada baju milik Aiyla tadi.

"Hmmm, kau buat kerja apa?" Soal Aydin sambil duduk di sebelah Elvina.

"Kimia. Jap aku tukar baju." Cepat-cepat dia bangun lalu menuju ke bilik tetamu untuk menukar pakaian.

Sementara menunggu Elvina tukar pakaian, Aydin melihat kerja yang di buat oleh Elvina tadi. Hmmm subjek kimia. Budak pandai boleh lah. Kalau dia yang belajar subjek kimia mahu meletup kepala dia. Susah gila!

Eh bukan dia tak pandai cuma dia lemah bahagian kimia. Cita-cita dia bukannya nak jadi doktor so tak perlu dia belajar subjek tersebut. Tak penting untuk dia tahu.

Tak sampai lima minit Elvina pun keluar daripada bilik setelah memakai sweater milik Aydin. Tak ketat dan longgar terutama pada bahagian dadanya. Baru lah dia selesa nak buat kerja. Dia melihat Aydin yang sedang membelek-belek buku latihannya.

"Kau tengok apa?" Tegurnya sambil duduk di sebelah Aydin memandangkan Aydin duduk di tempatnya membuat kerja.

"Tengok kau buat kerja."

"Hmmm dah tepi aku nak siapkan homework ni, esok nak kena hantar." Halaunya apabila merasakan kehadiran Aydin mengganggunya membuat kerja.

Aydin buat tidak endah. Bukannya dia bangun beredar pergi tetapi dia duduk menongkat dagu melihat Elvina membuat kerja.

"Kau takde kerja ke nak buat?"

"Takde..."

"Pergi lah tolong mumma kau masak ke apa."

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now