Latihan

383 24 3
                                    

Kelihatan seorang kanak-kanak berumur lima tahun sedang menjalani latihan sambil diperhati mentor-mentornya. Bukan latihan biasa-biasa, tetapi latihan ejen perisik rahsia negara!

Ejen Ali
80%

Markah yang dipaparkan membuatkan kanak-kanak itu menghembuskan nafas lega. Dia lega walaupun termengah-mengah akibat kepenatan. Namun begitu, salah seorang mentornya tidak berpuas hati.

"Tambah lagi 10 droid," arahnya tegas.

Mentor-mentor yang lain terkejut, "Zali, prestasinya dah cukup bagus. Tadi pun dia dah lawan 20 droid dan 5 buster droid. Masih tak cukup ke? Ali perlukan rehat."

"Prestasinya masih belum memuaskan. Saya ayah dia. Saya berhak buat keputusan ke atas dia. Jenny, tambah lagi 10 droid." lelaki yang diberi gelaran Ejen Zali itu masih tegas dengan pendiriannya.

Baru sahaja mahu mengikut arahan super ejen Tekno itu, perbuatannya dihalang, "Jenny, berhenti."

Ejen Jenny teragak-agak sama ada mahu mengikut kata super ejen Tekno yang juga merupakan bapa kepada ejen muda itu ataupun mengikut kata ketua teras Neuro.

Ejen Zali mendengus kasar. Arahan mudah pun tak boleh nak ikut. Dia juga yang perlu selesaikan semuanya sendiri. Baru sahaja mahu set semula aturcara latihan simulasi tersebut, sebilah pedang sudah terpacak kemas betul-betul di hadapan matanya. Mujur sahaja tidak kena.

"Kau gila ke? Nak bunuh anak sendiri? Tom dah pun rehat. Ali pun patut buat benda yang sama," ujar Ejen Djin yang dikenali dengan kedinginannya.

Dengan berat hati, Ejen Zali menamatkan latihan. Kalau mengikut kata hati, tak fasal-fasal nanti menemui ajal di awal waktu pula. Langkahnya diatur ke arah anak mudanya.

Kanak-kanak bernama Ali itu berdiri tegak tanda hormat sebaik sahaja ternampak super ejen yang dihormatinya menghampiri. Tanpa amaran, lengannya ditarik.

Sampai sahaja di kawasan yang diingini, lengan anaknya dilepaskan. Tanpa memandang wajah anaknya, dia bertanya, "Ali nampak budak perempuan tu?"

Ali meneguk liur kesat. Pasti bapanya tidak berpuas hati dengan prestasinya sebentar tadi. Dia sudah lali mendapat soalan begitu dari bapanya, "Na- nampak, papa."

"Berapa banyak droid yang dia lawan?" soal Ejen Zali lagi.

"Se- seratus," balas Ali takut-takut.

"Untuk pengetahuan Ali, dia sendiri yang set latihan tu."

Ali memandang gadis muda itu dan bapanya bergilir-gilir tanda tidak percaya.

Memahami isyarat mata anaknya, Ejen Zali menyambung, "Ali baru lawan 25 droid. Ali nak mengaku kalah pada perempuan ke?"

Ali menggeleng laju, "Dah tentu tak, papa!" tegasnya.

"Bagus. Ali tahu apa yang perlu Ali buat kan?" wajah anaknya ditatap serius.

Mendapat bahasa isyarat dari bapanya, Ali terus berlari semula ke arena latihan bagi memulakan latihan simulasi.

Tanpa disedari sesiapa, seseorang memerhati adegan sebentar tadi dengan penuh dendam dan amarah.

❀❀❀

Hai and Assalamualaikum semua! Amacam story baru ni? Kali ni Rara buat story santai-santai je, so chill ya semua. Rara dapat ilham waktu trailer EAm3 keluar tahun lepas. Lama dah kan? Hahaha. Actually idea tu ada, cuma masa tu yang hmm busy memanjang. Tu yang sekarang baru dapat publish tu 😅. Hope semua enjoy!

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now