General Rama dan Ejen Djin sudah menghalakan gajet masing-masing iaitu payung dan pedang pada Dato' Othman sebelum dihalang oleh Ejen Zain dan Ejen Ganz. Ali pula hanya mendengus geram.
❀❀❀
Ali berdehem. Dia kembali fokus pada misinya, "Hmm. Nampaknya dia ni bijak mengatur strategi. Saya akan mulakan misi esok," putus Ali. Lebih cepat selesai, lebih cepatlah dia boleh lepas dari Dato' Othman.
"Saya tak benarkan kamu jalankan misi ni seorang diri. Jalankan dengan Ejen Rudy," tegas Ejen Zain.
"Tapi Ejen Zain, kalau boleh saya tak nak-"
"Saya tahu kamu tak nak libatkan sesiapa dalam misi ni sebab ni masalah kamu dengan Dato' Othman, tapi saya tak nak kehilangan satu-satunya super ejen muda tekno MATA. Sekurang-kurangnya kalau Rudy ikut sekali, kamu berdua boleh jaga satu sama lain. Ingat, Ali. Misi ni berbahaya, tak seperti misi-misi kamu yang lain. Kamu boleh terperangkap kalau silap langkah."
Ali berfikir sejenak, "Baiklah. Saya akan ajak Rudy sekali."
'Aku harap misi ni berjaya. Kalau gagal, ni semua salah aku.'
Tanpa mereka sedari, ada yang mencuri-curi dengar.
❀❀❀
"Riddin, adik kepada Komeng. Dia dengan kawan baik dia, Raziq, merupakan pelajar cemerlang di SMT Cyberaya 3, sebelum buat keputusan untuk sambung 'usaha' Komeng," jelas Ali dengan intel yang ada.
"Tch. Dah pandai, tapi sambung buat jenayah pula. Gelap terus masa depan," komen Rudy.
"Disebabkan gajet kita rosak, kita cuma akan pergi dengan WATCH dan Healer. Gajet lain aku tak sempat baiki lagi. Ejen Dayang tengah baiki yang lain, tapi takkan sempat siap sebelum kita bertolak esok. Aku ada upgrade sikit Healer. Dah boleh tembak peluru. Ada soalan?"
"Kejap. Kenapa terburu-buru sangat ni? Macam yang Ejen Zain cakap, misi kali ni agak berbahaya. Kita berdepan dengan kumpulan bijak yang merekrut bekas ejen MATA. Kita patut lebih bersedia sebelum bertentang mata dengan diorang." Rudy tidak begitu setuju dengan rancangan terburu-buru Ali.
"Apa yang kau katakan tu betul. Tapi sekarang ni, kita patut bertolak lebih awal sebelum diorang berjaya rekrut lebih ramai ahli. Kalau benda tu jadi, peluang kita untuk join diorang akan jadi makin tipis. Lagipun sekarang ni, diorang tengah cari ahli baru. Ni peluang untuk kita."
Rudy akhirnya bersetuju walaupun hatinya masih berasa bimbang.
❀❀❀
"Cuti? Berapa lama?" soal Alicia seperti tidak berpuas hati. Kenapa baru nak bagitahu?
"Dalam seminggu dua. Alah, jangan risaulah. Sekolah dengan MATA dah tahu. Kitorang rehat kejap dekat Harrison Town," jawab Ali tenang. Tak mahulah cepat sangat terkantoi.
"Hm, yalah. Hati-hati kat negara orang nanti. Jangan buat perangai. Jangan lalai sangat. Tahun ni ada ada exam besar. Nanti jangan lupa bawa balik oleh-oleh. Kitorang nak join, tapi nak buat macam mana. Ada terlalu banyak latihan dan assignment (misi)," pesan Iman panjang lebar.
"Aye aye, madam!"
❀❀❀
Piu!
"Kita dah kantoi! Cau!"
Piu!
Belum sempat mereka melarikan diri, satu das tembakan dilepaskan betul-betul melintasi depan mata mereka.
"Chill. Aku dengar, korang tengah rekrut ahli baru. Kitorang berminat," kata Ali sambil bermain-main dengan Healernya.
Mereka menghembus nafas lega. Selepas bertenang, Riddin berdehem, "Korang sedar yang korang masih budak sekolah kan?"
"Kau pun sama," balas Rudy selamba.
"Berani. Aku suka. Tunjuk kebolehan korang." Riddin memberi isyarat pada konco-konconya untuk menyerang Ali dan Rudy.
Seperti biasa, mereka sudah pun bersedia.
Piu! Piu! Psst.. boom!
❀❀❀
Riddin menepuk tangannya kuat, "Bagus. Korang memang berbakat."
Ali dan Rudy lega apabila usaha mereka membuahkan hasil. Susah juga mahu mengalahkan bekas ejen-ejen MATA ni.
"Mulai hari ni, korang dan Raziq merupakan orang kanan aku."
Raziq seperti tidak puas hati, "Din, apa ni? Kita-"
"Cukup, Raziq. Apa nama korang?"
Dengan dinginnya, Ali membalas, "Aliff."
"Ariffin."
"Baiklah, Aliff, Ariff. Selamat berkenalan. Aku harap, korang mampu buat yang terbaik untuk kumpulan kita."
'Apalah agaknya yang Iman dengan Alicia tengah buat sekarang ya? Harap-harap diorang okey.'
❀❀❀
Assalamualaikum korang! I'm backk! 😙 Rara baru habis exam, so yeah. Tolong doakan Rara dapat keputusan yang terbaik okey? Nah update baru. A little gift represents thank you ❤
YOU ARE READING
MATA : FAMILY [C]
FanfictionMeta Advance Tactical Agency atau lebih dikenali sebagai MATA merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut. Dah nama pun agensi rahsia, sudah semestinya penuh dengan rahsia...