"Saya kembali kerana rindu pada Ali, bukan kerana sudah memaafkan. Apapun, terima kasih sebab jemput saya ke sini."
❀❀❀
"Sekarang, kamu akan menerima mesej yang mengandungi koordinat ke lokasi rahsia. Sila hafal secepat mungkin kerana mesej ini akan padam selepas 30 saat."
"Pertandingan?" soal Ali dengan sedikit rasa kagum.
Entah dari mana, susuk tubuh seorang remaja lelaki turun tepat di hadapan Ali, "Akhirnya kita bertemu."
"Kau budak yang masuk MATA sebab dapat gajet super ejen tu kan? Tapi sekarang dah kena tarik balik," perli si dia.
"Kayaknya, dia biasa-biasa aja deh."
"Tch. Cakap melayu pun tak betul, ada hati nak hina orang lain." jelingan tajam dihulurkan Rudy kepada ejen muda antarabangsa tersebut.
Sebelum pergaduhan tercetus, Ali menyampuk, "Sudah-sudahlah korang. Kita sama-sama ejen muda. Kenapa mesti bergaduh?"
"Perkenalkan, ejen muda antarabangsa. Teras neuro, Ejen Sam. Teras Inviso, Ejen Aleks. Teras Kombat, Ejen Rizka dan akhir sekali dari teras tekno, Ejen Kim. Baiklah. Bermula esok petang, ejen-ejen muda Cyberaya akan bertanding dengan ejen-ejen muda antarabangsa."
'Aku tumpang gembira dengan kehidupan kau sekarang, Ali. Walaupun aku tak ada lagi dalam hidup kau yang baru ni. Nampaknya, tak perlu tunggu Ejen Zali bangga kan?'
❀❀❀
"Serang!" jerit Roza bersemangat, memberi arahan pada pasukan ejen-ejen muda Cyberaya untuk mula menyerang.
"Heh. Sudahlah bro. Kau tak boleh lepas ni. Baik kau balik saja, dan menangis dalam pelukan mama kau. Oops, terlupa. Mama kau dah takde," ejek Sam bagai menyimbah minyak pada api yang panas.
Ali menggenggam penumbuknya ketat, "Kau dah melampau!" serangan bertubi-tubi dihalakan pada ejen muda antarabangsa itu.
❀❀❀
"Jangan harap kitorang akan biar kau menang," dengus Sam sebelum meninggalkan Ali di situ.
Ali buat tidak tahu. Tanpa Ali sedari, Sam tersenyum dengan senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.
"Fuyoo. Hebatlah kau kalahkan ejen kerek tadi tu. Cukup-cukup kau belasah dia tadi. Puas hati aku!" ucap Jet teruja.
"Apa yang buatkan kau tiba-tiba bersemangat?" soal Alicia ingin tahu.
Ali menarik nafas dalam sebelum menceritakan apa yang dikatakan Sam kepadanya sebentar tadi.
"Dia cakap apa?!"
"Kena bagi ni!"
"Ini soal maruah, Ali!"
"Terima kasih korang. Aku rasa, dah cukup dah apa yang aku bagi pada dia tadi." Ali tersenyum.
❀❀❀
Pertandingan masih perlu diteruskan. Pasukan ejen muda Cyberaya terbahagi kepada tiga pasukan. Alicia, Ali, Chris dan Rudy berada dalam satu pasukan. Pasukan ini sahaja yang berjaya bertahan sehingga ke pusingan terakhir. Sam seorang sahaja yang berlawan dengan mereka setelah membenarkan rakan pasukannya berehat. Keyakinan lelaki ini terlalu tinggi ya~
Ali sedikit terganggu, 'Muka dia. Macam pernah nampak. Erhh. Kepala aku.' kepalanya terasa berdenyut-denyut. Hanya dia sahaja yang tahu betapa peritnya menanggung sakit tersebut.
"Fokus, Ali!" jerit Alicia sambil bertungkus-lumus melemahkan Sam yang tidak henti-henti menyerang mereka.
Secara tiba-tiba, Chris menyerang Rudy. Nasib baiklah dia sempat mengelak, "Sampai hati kau khianati kitorang, Chris."
"Ambo dok penah ghoyak ambo denge pasuke Cyber. (Aku tak pernah cakap aku dengan pasukan Cyber.)" Chris berdiri bersebelahan Sam. Sam tersenyum sinis melihat riak terkejut dari ketiga-tiga ahli pasukan ejen muda Cyberaya yang tinggal.
"Iman, masuk!" tanpa melengahkan masa, Alicia memberi arahan. Perlawanan masih perlu diteruskan.
Iman mengangguk mantap. Bersedia dengan kekudanya.
"Ali, Rudy! Uruskan budak sikat tu!"
"Aku tak mampu tanpa IRIS!"
"Jangan jadi lemahlah! Ingat siapa yang belasah dia hari tu? Aku ke? Kau, Ali! Sedar! Ingat latihan-latihan kau selama ni. Usaha-usaha keras kau untuk bagi kemenangan pada pasukan ejen muda Cyberaya. Percaya pada diri kau macam yang Ejen Bakar pesan!" tanpa disangka, kata-kata tersebut datang dari seorang Rudy.
Terkesan dengan kata-kata tersebut, Ali bersemangat semula.
❀❀❀
"Ejen Ali menang!"
"Tunggu! Saya takkan berjaya capai intel tu tanpa bantuan ahli pasukan saya." Ali memandang Alicia, Rudy dan Iman. Mereka bertiga tersenyum, terharu.
Ejen Zain tersenyum kagum, "Baiklah kalau itu yang kamu katakan. Dengan ini, kamu berempat dikurniakan pingat super ejen muda. Tahniah. Jadilah pasukan ejen muda terhebat dan contoh terbaik kepada ejen-ejen muda yang lain. Teruskan pupuk semangat berpasukan dalam diri." Ejen Zain menyerahkan pingat kehormatan pada keempat-empat remaja tersebut yang sememangnya layak.
"Baik, ketua teras!"
'Banyak benda yang berlaku hanya dalam satu acara. Terima kasih kerana mengajar aku untuk menjadi lebih baik. Mama, Ali kuat kan?'
'Tahniah, Ali. Aku tahu kau masih boleh jadi hebat macam dulu. Cuma perlu sikit 'kata-kata semangat', hehe. Maafkan aku sebab tak boleh berada di sisi kau sekarang.' Dia berlalu pergi dengan senyuman tanda puas kerana berjaya melaksanakan 'misi'nya.
❀❀❀
Ada sesiapa yang nak spill rahsia yang dia rasa dah tahu jawapannya? 👀😝
YOU ARE READING
MATA : FAMILY [C]
FanfictionMeta Advance Tactical Agency atau lebih dikenali sebagai MATA merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut. Dah nama pun agensi rahsia, sudah semestinya penuh dengan rahsia...