Bang!
Kolar sut Ejen Zain ditarik sebelum tubuhnya ditahan pada dinding. Ejen Zain hanya beriak tenang, "Kau gila ke apa?! Kau kacau otak budak tu? Kau tahu gajet tu belum diuji kan?"
"Zali tak mahu Ali ada kaitan lagi dengan MATA. Kita kena hormat keputusan dia. Ali anak dia," balas Ejen Zain tenang.
"Kau ikut cakap dia?! Budak tu aset terhebat MATA. Kau lepaskan dia macam tu je?! Kau-"
Piu!
Tanpa menoleh, peluru yang dilepaskan tadi ditangkap dengan tangkas. Pedangnya dikeluarkan sebelum mata pedang tersebut dihunus tepat menghampiri leher si penembak tadi, "Kau ingat tembakan budak mentah macam tu mampu kena aku?!"
"Saya tak benarkan sesiapa pun sakiti ayah saya, termasuk Ejen Djin. Dan adik saudara saya bukan benda untuk dijadikan aset MATA. Dia masih seorang budak dan dia merdeka." anak matanya menatap berani si lelaki dingin itu.
Belum sempat peperangan dingin itu bersambung, Ejen Zain mencelah, "Aiman, apa ayah cakap tentang perbincangan orang tua?"
Aiman mengetap bibir, "Jangan menyampuk perbualan orang tua. Aiman minta maaf, ayah."
Ejen Zain sekadar mengangguk sebelum memberi isyarat untuk Aiman keluar.
"Tentang Ali, kau jangan risau. Aku ada rancangan terbaik untuk dia. Aku juga akan tanggung segala risiko," putus Ejen Zain dengan tenang. Ejen Djin hanya mampu bersetuju. Apabila ketua teras neuro itu telah beri kata putus, tiada sesiapa mampu mengubahnya.
❀❀❀
"Berhenti dari MATA? Boleh kami tahu mengapa?" soal Ejen Dayang lembut.
"Saya dan Ali dah jadi rakan seperjuangan sejak kecil lagi. Kalau dia berhenti, saya pun akan buat benda sama. Besides, saya kena teruskan pembelajaran saya untuk jadi future king yang terbaik untuk Harrison Town," balas Tom yakin.
Selama beberapa ketika, ketua teras berbincang. Kemudian, Ejen Zain memberi kata putus, "Baiklah. Kami hormati keputusan kamu, Ejen Thompson. Bersurai."
Sebelum melangkah keluar, Tom sempat menoleh, "Apa yang ketua teras dan Ejen Zali lakukan pada Ali masih lagi merupakan satu kesalahan pada saya. Saya juga terlalu bodoh dan ikutkan sangat arahan mentor. Saya takkan pernah maafkan semua yang terlibat, termasuk diri saya sendiri lepas apa yang berlaku pada sahabat saya."
Mereka yang di dalam sekadar mendiamkan diri.
❀❀❀
Sorry semua, sebab ambil masa yang agak lama nak publish chapter baru 🙏🏻😞 Macam Rara cakap sebelum ni, Rara duduk asrama. Ni pun balik sekejap je.
YOU ARE READING
MATA : FAMILY [C]
FanfictionMeta Advance Tactical Agency atau lebih dikenali sebagai MATA merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut. Dah nama pun agensi rahsia, sudah semestinya penuh dengan rahsia...