"Alicia, hati-hati!"
"Hah!"
Boom!
Serangan droid MATA sebentar tadi hampir sahaja terkena pada Alicia yang tidak fokus. Nasib baiklah Iman ada di situ untuk membantu, "Awak okey, Alicia?"
"Aku rasa.. ada benda yang tak kena. Aku rasa, Ali dengan Rudy dalam bahaya," balas Alicia resah. Entah kenapa dia tiba-tiba berasa risau. Dia tidak pernah risau seperti ini.
Iman memandang lantai sambil menggosok-gosok lengan kanannya, "Saya pun rasa benda yang sama."
Ting!
Alicia memeriksa telefonnya. Dia baru sahaja mendapat mesej daripada Ali!
Rindu aku? Hehe, jangan risau. Aku okey. Ada sesuatu untuk kau dekat rumah aku.
-Ali
"Tamatkan latihan!" jerit Alicia. Lengan Iman ditariknya lembut."E- eh? Kita nak pergi mana ni, Alicia?"
"Rumah Ali."
❀❀❀
Alicia mengeluh perlahan apabila terjumpa telefon Ali di dalam laci meja solek jejaka itu, "Mesej tu dah dijadualkan. Diorang pergi mana sebenarnya? Takkanlah tak bawa telefon pergi bercuti?"
"Err, Alicia. Awak kena tengok ni."
Alicia bergegas pergi pada Iman. Di tangan Iman, ada satu kotak yang pada mulanya berbalut kemas, namun sudah terkoyak. Nama Alicia juga tertulis cantik di atas kotak tersebut, "Kotak ni untuk awak. Isinya dah tak ada. Yang peliknya, Doktor Ghazali outstation selama sebulan. Ali pulak-"
"Takkanlah ada pencerob-"
Piu!
Tindakan refleks, Alicia menembak balas peluru yang ditembakkan tadi. Pelurunya dan peluru orang misteri tadi bertembung menyebabkan letupan yang agak besar dan asap yang agak tebal.
"Mengagumkan. Betullah kata orang. Super ejen muda tak boleh dipandang rendah. Mereka lebih bagus dari yang disangka."
"Kamu siapa?! Munculkan diri kalau masih sayangkan nyawa." Alicia dan Iman sudah bersedia dengan kekuda masing-masing.
Si dia tergelak kecil, "Maaf. Biadapnya aku sebab tak kenalkan diri dan terus terjah macam tu. Aku, Ejen Aiman, super ejen inviso."
Apabila asap tersebut semakin hilang, dapat mereka lihat tubuh seorang lelaki di usia awal dewasa sedang tertunduk hormat.
"Saya Ej-"
"Tak perlu perkenalkan diri. Satu MATA tahu siapa korang," celah Aiman.
Alicia nampak tidak puas hati, namun hanya disimpan dalam hati. Sedap-sedap sahaja lelaki itu mencelah kata-kata Iman. Huh! Berlagak!
Aiman mula serius, "Aku perlukan bantuan korang. Kita kena selamatkan Ali dan Rudy."
Satu robot berbentuk serangga dikeluarkan sebelum beberapa rakaman ditayangkan. Alicia dan Iman menerkup mulut mereka apabila menonton video-video tersebut.
"Ke- kenapa jadi macam ni? Bukan ke diorang sepatutnya pergi bercuti?" Iman cuba menahan airmatanya dari mengalir.
"Kau percaya dengan apa yang diorang bagitau korang? Korang bijak, tapi lembab." Aiman berpeluk tubuh.
"Diorang.. pergi misi? Tapi atas arahan siapa? Mentor takkan senang-senang bagi misi terlalu bahaya pada kami. Lagi satu, diorang selalunya akan bagitau kami semua benda, termasuklah tentang misi." tanpa menghiraukan kata-kata Aiman yang setajam pedang tadi, Alicia mengeluarkan fakta yang dilihatnya.
"Diorang pergi misi sulit persendirian, atas arahan Dato' Othman. Tak ada sesiapa patut tahu tentang misi tu, termasuklah pasukan diorang sendiri," balas Aiman.
"Dato' Othman? Ali takkan terima misi dari-"
"Dato' tak tahu malu tu gunakan nama kau untuk buat Ali setuju. Rudy pula, sebagai kawan yang setia, dia terima misi tu sebab tak nak Ali sorang-sorang."
"Mana kamu tahu tentang semua ni?" soal Iman, ragu-ragu pula mahu percaya pada orang yang tidak dikenalinya ini.
"Aku ada dekat Briefing Room waktu Ali terima misi tu. Aku ada juga waktu Rudy dipanggil. Cuma tak ada sesiapa yang sedar. Oh ya. Maaf sebab pinjam tanpa kebenaran. Hadiah yang comel daripada Ali."
Robot serangga yang dicampakkan oleh Aiman tadi disambut baik oleh Alicia. Pada mulanya, dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Aiman. Kemudian, dia sedar. Isi kotak yang sudah terkoyak itu adalah robot kecil ini!
YOU ARE READING
MATA : FAMILY [C]
FanfictionMeta Advance Tactical Agency atau lebih dikenali sebagai MATA merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut. Dah nama pun agensi rahsia, sudah semestinya penuh dengan rahsia...