Beban

270 25 0
                                    

Pulang sahaja dari sekolah, Ali ternampak bapanya dan keluarga bapa saudaranya berbincang. Tanpa mengambil tahu isi perbincangan orang tuanya, dia menuju ke arah abang saudaranya. Dia masih ingat pesan mamanya dahulu. Tak elok pasang telinga sewaktu orang tua berbicara.

"Bang. Nanti bagitau papa, Ali pergi latihan dulu tau."

"Tak payah. Kita bertolak sama-sama kejap lagi," balas abang saudaranya.

"Oh, okey. Erm, Abang Aiman. Ali.. ada satu soalan."

"Soalan apa?" soal Aiman kembali.

"Papa.. tak sayang Ali ke? Ali ni membebankan papa ke? Yalah, mama kan dah takde. Mesti-"

"Kau jangan nak cakap benda mengarut. Papa Zali sayangkan kau. Kalau dia tak sayang kau, dah lama dia buang kau. Dia cuma.. agak sibuk sejak kebelakangan ni. Dia tu super ejen. Banyak benda dia kena uruskan, lagi-lagi sejak Mama Aliya tak ada. Ni aku nak nasihatkan kau. Kau tak payah nak push diri sangat untuk banggakan Papa Zali. Jauh dalam sudut hati dia, kehadiran kau dalam hidup dia pun dah buat dia bangga." bahu Ali ditepuk perlahan tanda memberi semangat.

Ali sekadar mendiamkan diri. Kata-kata abang saudaranya masih belum dapat meyakinkannya. Sejak mamanya meninggal dunia, papanya tidak pernah bangga dengan prestasinya sama ada di sekolah mahupun MATA.

Ali tersentak dari lamunannya apabila bapanya menegurnya, "Ali, jom gerak."

"Err.. Abang Aiman?" soal Ali.

"Uncle Zain akan ikut dari belakang. Kita dah lambat. Cepat sikit."

Ali berlari-lari anak sebelum masuk ke dalam kereta.

❀❀❀

Lepasni mungkin Rara lambat sikit nak update sebab harini dah kena balik asrama. Sorryy yea..

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now