Extra Scene (ii)

309 12 3
                                    

"Hiks, Ali. Kau tak boleh putus asa. Kau kena bangun cepat. Ejen Dayang kata, kalau kau tak bangun juga sebelum esok, diorang terpaksa 'lepaskan' kau. Bangunlah, Ali. Kau suka ke tengok aku terseksa macam ni? Apa aku nak bagitau Doktor Ghazali lepas dia balik dari outstation nanti? Yang paling penting sekali, apa aku nak bagitau hati aku lepas kau 'pergi'? Selagi peluang masih ada, bukalah mata."

❀❀❀

Gelap gelita. Dia merasakan bahawa tiada harapan lagi buatnya untuk meneruskan hidup.

🎶 Kau bersinar, melangkah laju,
Walau, gelita, tanpa arah tuju,
Hidup ini, hidup ini, hidup ini satu,
Hanya kita, hanya kita, hanya kita mampu

Bukalah matamu,
Bukalah matamu,
Bukalah matamu,
Bukalah matamu 🎶

Cahaya yang terang tiba-tiba muncul sepanjang suara misteri itu menyanyi. Harapannya untuk terus bergerak datang semula dalam diri biarpun tinggal hanya sekecil zarah.

Sebaik sahaja nyanyian tersebut tamat, dia terdengar suara misteri itu mengomel, namun sayup-sayup sahaja kedengaran di telinganya. Keadaan sekelilingnya gelap gelita semula, namun tidak bagi dirinya. Dia sudah menemui cahaya yang diperlukannya. Ya! Harapan. Harapan masih ada.

Walau tiada hala tuju, dia berjalan dengan harapan dia menemui jalan keluar. Keluar dari tidur berpanjangan.

❀❀❀

Dia sedang berehat sebentar setelah mengharungi satu hari yang sangat panjang. Satu hari dia berjalan mencari jalan keluar tanpa petunjuk.

🎶 Bukalah matamu
Bukalah matamu

Kau bersinar, bermitra bintang,
Walau terpadam, jatuh dan tenggelam,

Bukalah matamu
Bukalah matamu
Bukalah matamu
Bukalah matamu 🎶

Jika sebelum ini jalan yang perlu dilaluinya bercahaya, kali ini dirinya sendiri yang bercahaya. Sekali lagi, setelah menamatkan nyanyian, suara misteri itu mengomel sendirian. Kali ini pun dia masih tidak dapat dengar dengan jelas. Nyanyian suara misteri itu sahaja yang dapat dia dengar, jelas sekali.

Menghayati maksud lagu tersebut, dia meneruskan perjalanannya yang entah bila akan sampai ke penghujung.

❀❀❀

🎶 Bukalah matamu, lihat pintu itu,
Peluang datang beribu, seluas laut biru,
Arah angin lalu, mana perlu tuju,
Sedia tuk diburu, tinggal kau isi peluru

Tak kisah berapa kali,
Ku bangkit walau semalam jatuh lagi,
Tak kisah kalau diri dalam terik,
Walau sakit takkan pernah aku serik,

Satu peluang takkan pernah berulang,
Dua mata ini juga pasti terpejam,
Tiga kali ucap untuk catat yang baru,
Empat ku percaya kau hanya satu,

Jadi ku buka mata,
Pabila masih ada,
Kini kau sudah tahu,
Bukalah matamu, masa kan berlalu

Bukalah matamu
Bukalah matamu
Bukalah matamu
Bukalah matamu
Bukalah matamu, masa kan berlalu 🎶

Nyanyian suara misteri itu menyebabkan tubuhnya bercahaya lagi. Kali ini lebih lama kerana suara misteri itu menyanyi agak lama kali ini, memberinya peluang untuk sampai lebih cepat ke arah jalan keluar.

Tinggal lima tapak sahaja lagi, namun cahayanya sudah terpadam. Dia tahu dia tidak boleh berputus asa. Berusaha meraba-raba kawasan tersebut, dia akhirnya berjaya mencapai sesuatu yang dia percaya merupakan tombol pintu untuk jalan keluarnya. Dengan rasa gementar, dia memulas tombol pintu sebelum menguak pintu tersebut. Cahaya di dalamnya membuatnya silau. Akhirnya! Dia berjaya!

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now