Misi: Komeng

175 19 4
                                    

"Komeng dan konco-konconya dah semakin ganas walaupun tanpa pimpinan Abang Bear. Setiap kali ada alatan atau senjata baru yang sampai, mereka akan cuba curi. Perkara ini semakin lama semakin menggugat keamanan Cyberaya. Jadi misi kamu kali ini adalah untuk menghalang mereka. Kalau dapat tangkap, lagi bagus. Penjara kita dah lama sepi. Niki dan Abang Bear pun perlukan 'teman'. Sudah. Bertindak segera!"

"Baik, general!"

❀❀❀

"Sasaran dah makin hampir. Korang sedia macam biasa. Rudy, kita sama-sama serang dari atas. Kalau ada apa-apa yang berlaku, terus laporkan," arah Alicia. Yang lain mengangguk mantap.

"Korang sedia dengan benda yang aku bagi haritu. Kita mesti tangkap diorang hari ni juga. Aku dah penat hadap muka diorang hari-hari." secara tiba-tiba, Ali mengukir senyuman sinis. Semua berasa ragu, namun diikutkan sahaja arahan Ali.

"Diorang dah sampai. Ali, Iman. Isyarat korang!"

Ali dan Iman terjun turun dari kontena tadi, "Bro, rajin bangun pagi-pagi ni. Baru lepas tahajud ke? Tengah cari apa ni? Lailatulqadar? Sorry-lah sebab kecewakan harapan kau, tapi raya pun dah lepas."

"Tch. Pengacau ni dah sampai. Bro-bro sekalian, belasah!!" jerit Komeng memberi arahan pada konco-konconya.

Walaupun tanpa bantuan Alicia dan Rudy, Iman dan Ali berjaya mengalahkan hampir kesemua konco-konco Komeng, "Erhh. Bro-bro sekalian, cabut!!"

Dengan menggunakan senjata baru, Komeng dan konco-konconya berjaya memecut pergi meninggalkan pasukan super ejen muda kita terpinga-pinga di situ. Gajet mereka semua dah tak boleh pakai!

"Alicia, Iman. Cuba selesaikan yang lain. Rudy, kita mesti tangkap Komeng hari ni juga! Cuba kejar," ujar Ali. Yang lain mengangguk setuju.

"HAHAHAHA. Korang budak mentah takkan mampu kejar kitorang," kata Komeng yakin.

Mereka berempat berhenti berlari akibat kepenatan, "Diorang dah lari jauh tu! Tanpa gajet kita, kita takkan ada peluang." kata-kata Rudy mendapat sokongan dari Alicia dan Iman. Mereka juga sudah penat.

"Kita tak boleh mengalah. Haish, tak ada pilihan lain. Aktifkan benda tu!" dengan itu, Ali mengeluarkan satu gajet berbentuk jam tangan. Ditekannya butang yang berada di tengah-tengah jam tersebut. Yang lain juga ikut sama perbuatan Ali.

"IRIS, diaktifkan," kata Ali. Secara tiba-tiba, sepasang cermin mata muncul dan terletak elok pada matanya dan yang lain.

Semua terkejut beruk, "I- IRIS?!"

"Atlas mode, aktif! Ikut rancangan tadi. Jom, Rudy." Ali mula berlari mengejar Komeng dengan bantuan arahan IRIS.

"Tsk. Kau memang degil, Ali," kata Rudy. Menyesal dia mendengar kata Ali. Kalau Ejen Djin dapat tahu, confirm malam ni juga dia akan hilang nyawa.

Ali tidak menghiraukan kata-kata Rudy, sebaliknya hanya fokus pada misi.

❀❀❀

IRIS dah kembali 😏. Tapi sekarang bukan satu je, ada empat ya.

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now