'Aduh, penatnya. Dahlah kena lawan ejen MATA. Haih,' keluh Rudy dalam hati. Mereka sekarang berada di rumah penginapan yang disediakan MATA. Dari luar nampak macam rumah usang, tapi dari dalam, fuh, mewah habis!
Sebentar tadi mereka baru sahaja menguruskan proses jual beli senjata haram. Supaya tak nampak saspen sangat, General Rama masih menghantar ejen untuk menghalang mereka. Namun, ejen-ejen tersebut tetap diingatkan untuk memberi peluang pada mereka untuk menang. Kalau kalah, mereka akan gagal dalam 'ujian' Riddin ini.
Perhatian Rudy dialihkan pada Ali yang seperti tidak kenal erti penat, "Kau buat apa tu?"
"Update laporan," balas Ali pendek.
"Apa yang kita dah dapat setakat ni?"
Ali mengeluh perlahan. Perhatiannya dialihkan kepada Rudy, "Aktiviti yang diorang jalankan adalah pencurian dan penjualan senjata haram. Diorang juga ada jual dadah. Kegiatan perdagangan manusia pun diorang ada jalankan. Tapi buat masa sekarang, diorang fokus pada pencurian dan penjualan senjata haram sebab nak tarik perhatian MATA dan balas dendam pada Dato' Othman sebab dah sebabkan Komeng dipenjara."
Rudy terkejut, "Tapi, kita yang-"
"Aku tahu apa yang kau fikirkan. Dia dah salah faham. Kitalah yang dah sebabkan Komeng dipenjara. Tambah teruk lagi, dia akan dapat hukuman gantung dalam masa terdekat. Kalau kita kantoi, aku tak dapat fikirkan apa yang dia akan buat. Lagi-lagi dengan bekas ejen MATA di sekeliling dia."
"Jadi, apa rancangan kau? Masih nak teruskan misi ni? Maklumat yang kita dah dapat sekarang ni dah cukup untuk kita tangkap diorang."
Ali menggeleng, "Masih belum cukup. Motif utama, lindungi Dato' Othman. Kalau diorang masih berdendam dengan dia, misi kita masih belum selesai. Kelemahan diorang pun kita belum dapat kenalpasti. Aku cadangkan, kita bersedia dengan IRIS sepanjang masa. Cuba kawal tenaga badan sendiri. Jangan guna banyak sangat, takut nanti kalau saat-saat genting kita tak mampu nak bersedia."
"Hmm. Okeylah. Jom gerak sekarang. Riddin suruh kita join parti lepas menang besar hari ni."
❀❀❀
"Peliklah. Diorang tak mahu 'minum'. Aku offer 'sebatang' pun diorang tak nak. Diorang tak.. liar," kata Riddin, meluahkan persoalannya tentang Ali dan Rudy.
"Hmm. Mungkin sebab diorang ex-nerd," balas Raziq acuh tidak acuh. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena tentang mereka berdua. Rasa macam pernah kenal dan pernah nampak. Namun dia sendiri tidak ingat di mana.
Agak jauh dari mereka, Ali dan Rudy menghadap satu sama lain di tepi tingkap, "Diorang tengah cakap fasal kita kan?"
"Kaulah. Mati-matian tolak offer 'minum' dia."
"Walaupun aku ni tak bijak, tapi aku masih tahu halal dan haram. Fuh~" balas Ali sebelum menghisap lagi rokoknya.
"Rokok kau buat ni sedaplah. Aku suka perisa epal ni. Bahan-bahan yang kau guna pun selamat. Macam mana kau buat? Sempat siap pulak tu sebelum kita bertolak."
"Heh. Ini Ali bin Ghazali lah. Super ejen muda tekno MATA. Apa saja yang aku tak boleh buat?"
"Ceh. Berlagak. Buat habis air liur aku saja puji kau."
Kembali pada Riddin dan Raziq. Raziq teringat akan laptop Komeng yang mempunyai semua maklumat bisnes termasuklah biodata pengacau (ejen) yang pernah mengacau bisnes mereka, "Hmm. Din, laptop bisnes abang kau dulu tu ada lagi tak? Aku nak pinjam kejap."
"Hm? Oh. Ada lagi dalam bilik dia. Dalam laci kat meja solek. Ambillah."
❀❀❀
Ha, dah start misi diorang jadi jahat 😆
YOU ARE READING
MATA : FAMILY [C]
FanfictionMeta Advance Tactical Agency atau lebih dikenali sebagai MATA merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut. Dah nama pun agensi rahsia, sudah semestinya penuh dengan rahsia...