"Aliff, Ariff. Kenalkan. Ini Viktor. Rekrut baru kita. Viktor, ini Aliff dan Ariffin. Antara orang kanan terbaik aku setakat ni."
Ali tergamam, 'Vik- Viktor? Tak- takkanlah.'
Melihatkan Ali yang mendiamkan diri, Rudy berdehem. Dengan dinginnya, dia berbicara, "Salam perkenalan."
Ali sekadar menyambung, "Hem."
"Okeylah. Korang boraklah dulu. Aku ada meeting dengan Raziq untuk projek besar kita minggu depan."
Sebaik sahaja Riddin meninggalkan mereka serta memastikan tiada sesiapa di sekeliling, Ali menarik Rudy dan Viktor ke depan rumah mereka yang MATA berikan itu.
"Apa kau buat kat sini, Viktor?" soal Ali dengan nada yang sedikit tinggi.
"Haiya, aku yang patut tanya kau orang soalan tu maa," balas Viktor. Riak wajahnya juga terpancar sedikit kekecewaan. Adakah rakan-rakannya yang dikhabarkan pergi bercuti datang ke sini untuk menjadi penyangak?
"Dah kenapa pulak?" soal Rudy pula dengan kedua-dua belah tangannya disilangkan. Dia dan Ali datang ke sini kerana misi, apa pula alasan Viktor?
"Aku.. erkk..." Viktor mengeluh perlahan. Tiada gunanya dia menyimpan rahsia dari rakan-rakan karibnya. Dia tahu dia perlu percayakan mereka, "Kau dan Arif jangan beritahu sesiapa ya?"
Ali dan Rudy mengangguk kecil, "Aku sebenarnya bertugas untuk satu agensi rahsia yang melindungi bandar dari-"
"Kau.. MATA?" akibat terkejut, Ali menyampuk awal-awal.
Viktor lagilah terkejut, "Macam mana kau tahu?"
Tanpa menghiraukan soalan Viktor, Rudy menyoal, "Kau bertugas kat mana? Tak pernah nampak kau pun sebelum ni?"
"Aku bertugas di Sektor C-9, atau lebih dikenali sebagai penjara MATA," terang Viktor tanpa selindung. Yakin sangat yang sahabatnya ini bukan orang jahat.
"Patutlah." Rudy memeluk tubuh, "Aku Ejen Rudy, super ejen muda inviso. Kitorang kat sini sebab ada misi untuk halang Riddin dan konco-konconya dari serang Dato' Othman."
"Aku pulak Ejen Ali, super ejen muda tekno. Eh, kejap. Misi kita tu kan sulit, kenapa kita bagitau dia? Alicia dan Iman pun tak tahu fasal misi ni."
"Takkanlah kita nak biar dia tertanya-tanya? Lagipun, dia memang ejen dan misi kita dengan dia mungkin sama. Tak adalah berat sangat hukuman membocorkan rahsia MATA kepada ejen MATA sendiri. Err, kan?" Rudy kelihatan teragak-agak.
Ali awal-awal lagi sudah tarik diri. Tangannya diangkat ke udara tanda tidak mahu masuk campur, "Aku tak tahu dan aku tak nak bertanggungjawab."
Rudy membalas dengan memutarkan bola matanya. Cis! Kurang asam punya kawan baik.
"Fuyoo! Korang super ejen? Tak sangka aku dapat jumpa super ejen yang disebut-sebut tu depan mata aku sendiri. Dahla kawan baik aku sendiri pula tu!" Viktor teruja.
Ali sekadar tersengih, tak tahu nak balas apa selepas dipuji sebegitu rupa. Rudy pula beriak biasa, "Oh ya. Kau buat apa kat sini? Apa misi kau? Dengan siapa?"
"Aku kat sini sorang-sorang saja maa. Misi aku pula untuk cover ejen dari Sektor C-3. Aku rasa ejen yang dimaksudkan tu korang."
"Err, kita Sektor C-3 ke, Rudy?"
Rudy menepuk dahinya. Itulah, panjang lebar ketua teras beri taklimat, dia boleh tidur pula. Nasib hebat, "Yalah. Takkan kau tak tahu? Siapa yang arahkan kau buat misi ni, Viktor?"
"Kalau tak silap aku, ketua teras inviso dan ketua teras neuro. Itu apa yang mentor aku sampaikan beberapa hari lepas."
Ali tersengih sambil memandang Rudy. Rudy pula tersenyum kecil, "Ouhh."
"Sayang juga mentor kat kita ea?" Ali masih dengan sengihannya. Boleh guna peluang ni untuk menyakat mentor-mentor yang mereka sayangi, hehe.
❀❀❀
Viktor join the mission~
YOU ARE READING
MATA : FAMILY [C]
FanfictionMeta Advance Tactical Agency atau lebih dikenali sebagai MATA merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut. Dah nama pun agensi rahsia, sudah semestinya penuh dengan rahsia...