"Maaf mengganggu, ketua teras. Saya nak maklumkan, Ejen Faiz dah hantar Ejen Vik ke Pelabuhan Cyberaya untuk misinya melindungi (cover) Ejen Ali dan Ejen Rudy di sana. Katanya, misi tersebut merupakan arahan Ejen Djin dan Ejen Zain."
"Sejak bila-"
Ejen Zain mengangkat tangan kanannya tanda meminta Ejen Djin mendiamkan diri buat sementara waktu, "Baiklah. Terima kasih atas makluman."
Ejen yang memaklumkan sebentar tanda mengangguk kecil sebelum menunduk hormat dan pergi.
"Kau ada hantar ejen untuk cover Ali dengan Rudy ke?" soal Ejen Zain kepada Ejen Djin.
"Mestilah tak. Kau juga yang suruh aku percayakan budak-budak tu. Kau ke yang hantar?" soal Ejen Djin semula.
"Confirm-lah tak. Hmm.." Ejen Zain cuba memikirkan siapa yang mengarahkan Ejen Faiz untuk menghantar anak murid terbaiknya ke misi.
Tiba-tiba, suara Ejen Jenny yang jelas cemas menyentakkan lamunannya, "Ejen Djin! Ejen Zain! Ada mesej tentang Ali dan Rudy!"
❀❀❀
"Hai ejen! Rindu dekat Ejen Ali dan Ejen Rudy tak?" Riddin menghalakan kamera tersebut pada Ali dan Rudy yang sedang meronta-ronta cuba melepaskan diri. Semakin lebar senyuman sinis Riddin dibuatnya.
"Setakat ni selamat lagi, tapi kalau tak nak diorang 'ek' awal, Ejen Alicia dan Ejen Iman datanglah ke koordinat ni ya? Aku tahu korang pandai hacking. Tak perlulah datang ramai-ramai. Aku tak buat parti pun kat sini. Berdua pun dah cuku-"
"Jangan nak mengarut! Alicia, Iman. Kitorang okey saja kat sini." Ali cuba menghulurkan secalit senyuman, "Jangan datang cari kitorang! Jalankan- ark!"
Raziq memukul Ali menggunakan rod besi elektrik, rod besi yang sama digunakan pada Rudy sebelum ini, "Kau diam!"
"Protokol gegas- ark!" sambung Rudy.
Riddin menggulingkan bola matanya, "Kalau tak sayang diri sendiri pun, tak perlulah suruh orang lain duduk diam tak bertindak." rakaman tersebut dimatikan.
"Apa kita nak buat?" soal Ejen Jenny risau.
"Hmm..."
Bang! (pintu dihempas)
"Alicia, Iman dan Aiman tak dapat dihubungi! Alat pengesan pada sut mereka juga dah dipadamkan!" sebaik sahaja merempuh masuk, General Rama terus menyampaikan berita.
Pung! Pung! Bang! (pintu dan gerbang tertutup secara tiba-tiba)
"Apa yang berlaku?"
"Ada yang dah hack sistem dan jalankan protokol kubu. Kita sekarang terperangkap!" Ejen Jenny cemas. Dia cuba beberapa kali untuk buka semula semua pintu.
Access denied!
Access denied!
"Berapa jam diperlukan untuk buka semula semua pintu?"
"Err.. mungkin 24 jam, mungkin juga lebih," balas Ejen Jenny, sedaya upaya berusaha untuk membaiki semula sistem. Kalau Ejen Dayang ada, mesti sekejap sahaja masalah ini boleh diselesaikan.
Ejen Zain mengeluh perlahan, "Tak apa. Ambil masa kamu."
"Anak kau.."
"Aku tahu. Dia dalang semua ni."
❀❀❀
Story ni dah nak sampai ending~
YOU ARE READING
MATA : FAMILY [C]
FanfictionMeta Advance Tactical Agency atau lebih dikenali sebagai MATA merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut. Dah nama pun agensi rahsia, sudah semestinya penuh dengan rahsia...