Raziq

127 11 4
                                    

Warning: Watch the GIF above on your own risk

❀❀❀

"Erhh.. le- lepaskan kami."

"Heh." sebelum keluar dari bilik tersebut, Riddin berpesan pada Raziq, "Kau jaga diorang. Aku akan urus business dengan yang lain. Pastikan diorang masih hidup masa aku balik. Bukan kau sorang saja yang ada dendam dengan diorang."

"Baik, bos." Raziq tersengih.

Sebaik sahaja Riddin keluar, Raziq memandang mereka berdua dengan senyuman sinis, "Best tak rasanya ada azurium dalam badan? Lepas ni korang boleh jadi tikus dadah kitorang pulak."

"Kau letak racun azurium dalam badan kami! Kau ingat kitorang tikus makmal ke hah?!" jerkah Rudy.

"Heh. Macamlah MATA tak pernah buat," balas Raziq selamba.

"Apa maksud kau? Kalau tak kenal MATA, baik diam!" marah Ali pula. Suka-suka hati dia saja mahu menuduh MATA.

"Hahahahaha. MATA tak macam yang kau fikirkan." Raziq mendekati Ali. Dagu jejaka itu dicengkamnya kuat, "Kau sendiri pernah jadi tikus makmal, cuma kau saja yang tak ingat."

"Erhh. Berhenti merepek!"

"Merepek? Heh. Kau dah lupa aku? Ahli pasukan kau sendiri yang kau tinggalkan lepas kau keluarkan arahan protokol gegas, tujuh tahun lepas. Bila aku balik semula kat HQ MATA, aku ingat aku akan disanjung lepas pengorbanan aku. Muka aku cacat sebab kau, kau tahu tak?! Tapi kau kata kau tak kenal aku sebab muka aku sebelum tu lain. MATA pun ikut cakap kau dan halau aku. Lepas tu kau cakap, 'Aku tak perlu orang lemah macam kau untuk masuk dalam pasukan aku, termasuklah budak yang dah mati tu. Apa nama dia? Ejen Ziq ya? Aku dan Tom dah memadai.' Lupa ke?! Hahaha, mestilah kau lupa. MATA yang buat semua tu!"

"Berhenti. Berhenti bercakap! Arh, kepala aku!" Ali sudah tidak tentu arah. Kepalanya terasa sakit. Lebih sakit daripada sebelum ini.

"Apa yang kau cuba buat ni?! Berhenti sakitkan Ali! Berhenti reka cipta mengarut!"

"Hahaha, lawak betullah. Bukan aku yang sakitkan dia, tapi MATA. Korang masih belum sedar, tapi MATA hanya pergunakan korang untuk kebaikan Cyberaya. Tak lebih dari tu. Kalau korang dah tak berguna, korang akan dibuang. Sama macam aku pernah kena dulu." Raziq menjauhkan semula dirinya dari Ali.

"Sudahlah. Korang bukan nak percaya pun apa yang aku cakap kan? Jadi lebih baik aku jalankan 'tanggungjawab' aku. Selamat malam~"

"AARGHHH!!"

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now