IRIS

167 17 4
                                    

"Kamu gila ka?! Kamu tak patut cipta IRIS semula! IRIS dihapuskan untuk keselamatan MATA dan keamanan Cyberaya!" marah Ejen Ganz. Meja yang tidak bersalah ditumbuknya kuat.

"Ishh!" Ejen Djin bergerak laju sebelum mencekik leher Ali. Ali masih beriak tenang kerana dia sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Program yang aku masukkan dalam IRIS tu boleh bahayakan Cyberaya! Kau sengaja nak buat aku rasa bersalah ke apa?!" meja perbincangan di dalam Briefing Room tersebut dibelah dua menggunakan pedang azuriumnya. Nampaknya, Ejen Djin betul-betul marah.

Semua orang terkejut. Mereka mahu membantu, namun awal-awal lagi dihalang oleh Ali. Mereka hanya mampu menonton.

"Djin, bertenang. Alihkan tangan kau tu." Ejen Zain cuba menenangkan keadaan.

"Mentor.. tak perlu- uhuk- risau. Saya dah.. berjaya.. buang program- uhuk uhuk- tersebut. Sekarang, IRIS dah- uhuk! 100% selamat," jelas Ali bagi meyakinkan ketua teras yang sedang naik angin itu.

Perlahan-lahan, leher Ali dilepaskan. Anak muda itu tercungap-cungap mengambil nafas semula, "Bi- biar betul? Kau.. betul-betul berjaya?"

Ali tersenyum kecil. Dia tahu bahawa dia bukan sahaja sudah berjaya mencipta IRIS yang lebih selamat, malah berjaya 'mengeluarkan' Ejen Djin dari 'sangkar rasa bersalah' yang diciptanya sendiri, "Ya, Ejen Djin. Mentor boleh percayakan kata-kata saya."

Tak tahulah apa yang dah merasuki Ejen Djin, Ejen Djin memeluk Ali dengan erat, "Terima kasih, Ali. Kau dah berjaya bantu aku hilangkan rasa bersalah."

Tak tahu mahu respon apa, Ali sekadar membalas ucapan tersebut, "Err.. sa- sama-sama, Ejen Djin."

Setelah keadaan kembali reda, Ejen Dayang mula berbicara, "Tahniah kerana berjaya mencipta semula IRIS, Ali. Walau bagaimanapun, kamu sepatutnya beritahu saya dahulu sebelum mencipta apa-apa gajet atau senjata. Boleh saya tahu, apa lagi gajet yang kamu berjaya cipta tanpa pengetahuan MATA?"

"Err..." Ali memandang Rudy. Rudy memberi isyarat, 'Kalau kau tak nak bagitau, aku akan bagitau.'

Ali mengeluh perlahan, "Saya.. dah berjaya cipta Cloth Changer atau kami panggil CC, dan Healer. CC ni berbentuk macam guli. CC boleh tukar pakaian biasa kepada sut ejen. Setakat ni, itu saja yang CC mampu buat. Saya masih dalam proses buat program untuk tukar sut ejen kepada pakaian harian. Healer pula adalah pistol yang ada peluru pemulih macam Ejen Leon punya. Cuma yang saya buat ni, ada peluru pemulih saja. Hanya bertahan untuk tiga jam."

Ejen Dayang mengangguk faham, "Semua ciptaan kamu ni, kamu pasang sistem sync?"

"Ye, Ejen Dayang." seperti yang dijangkakan. Tindakan yang sama seperti ibunya.

"Hmm, baiklah. Kamu dilepaskan untuk kali ini sahaja, Ali. Pastikan perkara ini tak berlaku lagi lepas ni, atau saya sendiri akan ambil tindakan ke atas kamu. Oh ya. Tahniah atas kejayaan kamu semua dalam menangkap Komeng dan konco-konconya. Kamu semua boleh bersurai," kata Ejen Dayang.

"Baik, ketua teras!"

❀❀❀

"Macam mana kau boleh cipta semula IRIS? Bukan ke blueprint dah dihapuskan?" soal Rudy hairan.

"Pendrive mama aku," balas Ali ringkas.

"Bukan ke ketua teras-"

"Kau ingat, mama aku ada satu pendrive saja ke? Rumah aku penuh dengan pendrive, cuma kena pandai cari saja. Kalau kau rasa aku penuh kejutan, mama dua kali ganda lebih baik dari aku."

"Jadi selama ni, kau cipta sistem sync berdasarkan maklumat dari pendrive mama kau?" soal Rudy semula.

Ali sekadar mengangguk.

"Aku dah agak dah. Kau tak adalah hebat mana. Tak mungkin kau boleh cipta sistem sync yang complicated tu tanpa bantuan sesiapa. Ejen Dayang pun akui yang sistem ni agak susah. Jadi, aku menang. Aku masih lagi hebat dari kau, hahaha." Rudy kembang hidung.

"Ceh. Pergi sanalah kau. Ingatkan nak support member, last-last kembang hidung sorang." Ali menolak Rudy dengan perlahan atas niat menyakat. Rudy turut berbuat sama. Akhirnya pecah tawa mereka berdua menghiasi malam yang indah.

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now