Wusshh~ (pintu terbuka)
"Maafkan saya sebab terlambat, ketua teras. Saya ingat, kita nak jumpa di safehouse akademi," pamit Ali sopan.
Ejen Dayang sekadar tersenyum, "Tak mengapa, Ali. Silakan duduk."
Ali tunduk hormat sebelum duduk, "Ada apa ketua teras nak jumpa saya? Ada misi baru ke?"
"Sebenarnya, bukan kami-"
Wusshh~
"Bukan mereka yang nak jumpa kamu, tapi saya."
Semua orang berdiri sebelum menunduk hormat pada Dato' Othman sementara Ali masih lagi duduk dengan tangan yang disilangkan ke dada dan riak bertukar dingin.
Dato' Othman mengalihkan perhatiannya kepada Ali seraya tergelak, "Masih berlagak seperti dulu ye, Red Cyber."
"Saya ada nama. Ali. Nama ejen saya pun masih lagi Ali. Saya tak perlukan kod nama. Sampai bila-bila. Sebab saya takkan pernah setuju untuk jadi bodyguard Dato'. Saya bukan askar atau bahan ujikaji," balas Ali dingin.
Sekali lagi, Dato' Othman tergelak. Entah apalah yang kelakar baginya, "Kamu masih lagi terlebih yakin macam dulu. Saya suka. Rama, teruskan dengan intel yang saya bagi pagi tadi."
General Rama sekadar menurut arahan, "Baik Dato'. Kumpulan gangster terkuat Cyberaya dilihat mengganas pagi tadi berdekatan Cyber Perdana dalam cubaan menyerang Dato' Othman."
"Kumpulan gangster terkuat Cyberaya? Bukan ke kami baru saja tangkap mereka semalam?"
General Rama membalas, "Betul. Tapi sekarang, adik Komeng pula yang ambil alih."
"Hmm. Motif serangan?" soal Ali serius. Apabila berkaitan misi, dia tidak pernah main-main. Sejak dia berubahlah 😂.
"Masih belum dapat dikenalpasti. Berdasarkan intel yang ada, semua ini berkaitan balas dendam. Menurut intel juga, terdapat ramai bekas ejen MATA yang bekerja di bawah mereka sebagai pertahanan."
Semua termasuk General Rama yang membaca intel tersebut terkejut sebelum menoleh ke arah Dato' Othman.
Ejen Zain berkata, "Dato', misi ni agak berbahaya untuk Ali. Kalau terbongkar-"
"Kamu juga yang bagitau saya bahawa budak hingusan ni dah jadi super ejen muda tekno. Takkan misi begini pun tak mampu nak selesaikan?" soal Dato' Othman sinis.
"Na-ah. Ada ramai lagi ejen MATA yang lain, kenapa saya juga yang Dato' nak pilih? Bukan ke kita saling membenci satu sama lain?" balas Ali semula.
"Ini misi yang saya namakan sebagai 'misi bukti bukan lagi pengkhianat'." Dato' Othman tersenyum sinis.
Ali mendengus perlahan, "Saya tak setuju dan saya takkan sesekali buat misi ni. Muktamad. Maaf general, ketua teras. Saya pergi dulu."
Ali berdiri sebelum berjalan keluar.
Belum sempat Ali keluar, Dato' Othman berkata, "Tiga tahun lepas, kamu langgar arahan protokol gegas. Budak yang patutnya dah mati tu ejen neuro kan?"
General sudah menggenggam penumbuknya manakala Ali berhenti tanpa menoleh, "Dato' tak ada kuasa nak hapuskan sesiapa."
Dato' Othman tergelak, "Kamu ingat, siapa yang beri kebenaran pada MATA untuk hapuskan penyibuk Cyberaya? Tanpa saya, MATA bukan siapa-siapa! Dan budak yang kamu jaga sangat tu akan mati disebabkan kamu. Pilihan dalam tangan kamu, Red Cyber. Eh, tak. Nyawa dia dalam tangan kamu." sekali lagi, dia tersenyum sinis.
Ali mengetap bibir serta menggenggam penumbuknya. Dia berpusing dan kembali duduk semula, "Apa misinya, General?"
General Rama sedikit tergamam, "Ali, kamu pas-"
"Teruskan, General."
General Rama mengeluh perlahan. Dia tahu dia takkan mampu mengubah fikiran anak muda itu sekiranya sudah serius, "Misi kamu kali ni adalah untuk mengenal pasti dan mengumpul maklumat secukupnya tentang kumpulan gangster terkuat Cyberaya sebelum menghalang mereka dari menyerang Dato' Othman. Misi utama, lindungi Dato'."
"Baiklah. Saya ada hal lain sekarang. Saya serahkan perkara ni pada Rama dan ketua teras. Kalau kamu tak boleh selesaikan sendiri, boleh ajak budak Pinggiran tu. Saya tak kisah, asalkan kamu dapat buktikan diri kamu. Ingat, Red Cyber. Nyawa gadis tu dalam tangan kamu."
General Rama dan Ejen Djin sudah menghalakan gajet masing-masing iaitu payung dan pedang pada Dato' Othman sebelum dihalang oleh Ejen Zain dan Ejen Ganz. Ali pula hanya mendengus geram.
❀❀❀
Macam yang Rara cakap sebelum ni, Rara buat story ni selepas trailer EAm3 keluar, bermaksud lebih kurang 9 bulan yang lepas. Jadi masa tu, Rara tak tahu lagi yang Dato' Othman dah tak de dan digantikan dengan Dato' Hisham. So, story Rara ni tak de Dato' Hisham dan masih ada Dato' Othman. Understand? 😅
YOU ARE READING
MATA : FAMILY [C]
FanfictionMeta Advance Tactical Agency atau lebih dikenali sebagai MATA merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut. Dah nama pun agensi rahsia, sudah semestinya penuh dengan rahsia...