Berubah (i)

271 22 2
                                    

Sebaik sahaja latihannya tamat, Ali berehat di Restoran Mamak Maju bersama Tom.

"Weh, Ali. Malam ni join aku undercover dekat club."

"Itu misi kau kan? Aku baru habis misi malam semalam. Malam ni aku nak study," balas Ali sebelum menghirup minumannya.

"Alah, kau ni. Cuba enjoy sikit. Asyik study je. Kalau tak study, latihan. Bila hidup kau ni nak ada warna-warni?"

"Sebaik sahaja Ejen Zali bangga dengan aku," balas Ali selamba.

Tom mengeluh, "Tunggu kiamat lah maknanya kan?" kata-katanya hanya mampu diungkapkan perlahan bagi menjaga hati sahabatnya, namun tanpa disedarinya, Ali masih mampu mendengarnya dengan jelas.

Ali hanya mendiamkan diri. Dia kembali fokus pada berita yang disiarkan bagi menyibukkan diri dari perasaan sedihnya yang sedang berleluasa. Dia tahu sahabatnya itu tidak sengaja.

Satu berita yang disiarkan seterusnya menarik perhatian semua pelanggan.

"...Beralih kepada berita seterusnya. Kemalangan mengejut dilaporkan berlaku di jalanraya menuju ke Bangunan Perdana. Kereta yang dinaiki mangsa dilaporkan meletup. Namun, jasad mangsa dilaporkan hilang..."

Ali terkedu. Tom serta-merta bertanya bagi mendapatkan kepastian, "Itu kereta ketua teras kan?"

Serta-merta, Ali berdiri, "Aku kena balik."

"Aku pergi HQ untuk dapatkan kepastian."

❀❀❀

"Papa!" panggil Ali. Akhirnya, dia menemui bapanya di dapur sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon. Riak wajahnya sungguh cemas. Ali terus keluar dari rumah bagi mengelakkan dirinya dari terdengar perbualan orang tuanya.

"Alhamdulillah, nasib baik semua selamat. Punca meletup? ... Saya akan bawa Ali ke HQ. Kita akan gunakan gajet terbaru tu. Selepas apa yang berlaku pada Aliya, saya takkan ambil risiko untuk hilang keluarga saya lagi. Ini tindakan yang saya patut ambil sejak dulu lagi. Bukannya libatkan Ali dengan MATA. ... Keputusan saya muktamad. Sudah. Kita sambung perbincangan di HQ."

"Ali!"

"Y-ye papa."

"Kita ke HQ. Sekarang."

Ali sekadar menurut perintah.

❀❀❀

"Ali, kau kena pergi Briefing Room. General Rama nak jumpa. Kau duduk je dulu sebab dia ada meeting dengan.. Ejen Djin sekarang," ucap Tom sebaik sahaja Ali menghampirinya.

Ali hanya mengangguk tanda faham dengan arahan yang diberikan. Dia ada mengesyaki tindak-tanduk pelik rakan ejennya, bapanya serta semua ejen MATA, namun perasaan tersebut dibuangnya jauh-jauh.

Dia dididik daripada kecil untuk sentiasa mengikut arahan tanpa mempersoalkan apa-apa. Kerana itulah dia merupakan aset terpenting MATA.

'Maafkan aku, Ali.'

❀❀❀

Agak-agak apa akan jadi? 😏

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now