Misi: Tumbang

141 11 0
                                    

"Aliff, Ariff. Riddin panggil korang," beritahu salah seorang konco Riddin.

Ali memandang Rudy, manakala Rudy pula memandangnya. Mereka memikirkan perkara yang sama sekarang, "Erm. Kitorang balik rehat kejap bol-"

"Riddin nak jumpa sekarang. Ada hal mustahak."

Ali mengeluh perlahan, "Okey. Lima minit."

Setelah memastikan konco Riddin tadi pergi, Ali bertanya, "Tenaga kau tinggal berapa?"

"40%. Kita baru saja habis urus mencuri tadi. Jadi macam mana sekarang?"

"Hm, apa yang kita mampu buat sekarang hanyalah berdoa. Doa supaya tak ada apa-apa buruk yang berlaku. Kita takkan mampu bertahan dengan tenaga sesikit ni."

"Hm."

❀❀❀

Apabila Ali dan Rudy masuk ke dalam bilik tersebut, semua orang telah pun duduk. Fikir mereka, mereka sudah terlambat. Oh ya. Viktor tak ada sebab dia dan beberapa orang lain tengah urus penjualan senjata haram yang baru sahaja dicuri sebentar tadi.

"Maaf sebab lambat. Kami-"

"Tutup pintu," arah Riddin dengan serius. Salah seorang konco Riddin mengangguk sebelum mengikut arahan yang diberikan.

'Ada benda tak kena ni.' Ali senyap-senyap mengimbas ancaman kawasan sekeliling dengan menggunakan IRIS.

Rudy cuba meredakan ketegangan suasana dengan berdehem, "Kenapa kau panggil kitorang? Meeting apa ni?"

"Atlas mode, aktif! Sambung, Rudy!"

Rudy juga mengaktifkan atlas mode IRISnya, "Cis! Macam mana boleh kantoi ni?"

Riddin tergelak jahat, "Korang betul-betul berani. Lepas apa yang korang dah buat pada abang aku, korang masih berani tunjuk muka kat sini. Hahaha, mengagumkan. Baiklah. Korang patut menyerah sekarang. Dah tak ada jalan keluar. Daripada bazirkan tenaga korang yang sememangnya dah nak habis sebab guna IRIS, baik kita selesaikan dengan cara yang elok. Pilihan di tangan korang.. Ejen."

"Jangan harap! Rudy, bersedia! Ikut IRIS!"

"Hm!"

Mereka semua mula berlawan sementara Riddin dan Raziq duduk dengan tenang sambil memerhati. Ramai konco Riddin telah kalah, namun dia seperti tidak kisah. Dia ada rancangan lain. Perlawanan Ali dan Rudy bersama konco-konconya hanyalah umpan untuk menghabiskan tenaga mereka.

Apabila Ali dan Rudy semakin penat, "Diorang dah lemah. Kau boleh mulakan benda tu," kata Raziq.

Riddin mengangguk tanda setuju, "Aktifkan benda tu sekarang!"

Alat yang pernah digunakan Komeng untuk merosakkan gajet mereka sebelum ini diaktifkan (Misi: Komeng, chapter 10). Tiada apa yang berlaku.

Ali tersenyum sinis, "Kau fikir aku takkan prepare lepas apa yang berlaku sebelum ni? Alat kau tu dah tak berguna."

Riddin membalas kata-kata Ali dengan senyuman sinis, "Jangan terlalu yakin."

Riddin, Raziq dan konco-konconya memakai topeng gas. Secara tiba-tiba, asap berwarna hijau keluar dari alat tersebut.

Skrin IRIS kini memaparkan amaran tentang gas yang boleh menyebabkan mereka pengsan itu serta tenaga mereka yang semakin berkurangan dengan mendadak. Tinggal 15% sahaja!

"Ergh..! Cuba tahan nafas kau, Rudy!"

"Aku tengah berlawan ni!"

"Erhh..! Tak ada pilihan lain! Rudy, kosongkan jalan aku!"

Rudy hanya mengikut arahan Ali. Dengan kudrat yang ada serta penglihatan yang semakin kabur, "Override mode, aktif!"

"Ali, jangan!"

Click!

Ali tersenyum kepenatan, "Aku.. percayakan kau, Rudy. Jalankan.. protokol gegas."

Buk!

Ali tidak lagi sedar. Rudy termengah-mengah akibat kepenatan. Dia cuba sedaya upaya untuk kekal sedar dengan tenaga yang semakin berkurang dan gas racun yang sudah banyak disedutnya itu.

Kalau nak diikutkan hati, dia tidak mahu meninggalkan Ali keseorangan di situ. Namun arahan tetap arahan. Ali juga sudah mengorbankan dirinya untuk membuka kunci pintu tersebut.

Apa yang dia perlu buat sekarang hanya keluar dari situ dan selamatkan Ali apabila keadaannya stabil semula, 'Aku akan datang balik, Ali. Aku janji.'

Baru sahaja menapak keluar dari bilik tersebut, dia dipukul dari belakang. IRIS ada memberinya amaran, namun disebabkan tenaganya yang semakin berkurang, dia tidak sempat mahu elak. Perlahan-lahan, penglihatannya semakin kabur dan akhirnya semua jadi gelap gelita.

"Aku dah kata tak ada jalan keluar, tapi korang degil. Nak juga seksa diri sendiri dengan melawan. Haih. Sudah. Sediakan bilik kurungan. Kita kena 'jaga' dua 'tikus' ni sekarang."

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now