Berubah (ii)

248 22 6
                                    

Sebaik sahaja memasuki Briefing Room, Ali duduk seperti yang diarahkan oleh Bruce. Tiba-tiba, tangannya ditahan.

 Tiba-tiba, tangannya ditahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ergh.. apa semua ni?! Perangkap! Lepaskan akulah!" Ali meronta-ronta.

Di luar...

"Kamu pasti ini sahaja jalan penyelesaian yang ada? Kalau kamu bimbang dengan keselamatan Ali, dia ada MATA. MATA ni keluarga dia. Diri dia sendiri dah cukup kuat untuk-"

"Apa lagi yang abang tak faham? Musuh MATA dah semakin berani. Ketua teras yang hebat macam abang pun mereka berani untuk rancang pembunuhan. Kalau abang tak selamat tadi macam mana? Zali dah tak ada sesiapa lagi dah dekat dunia ni selain Ali. Ali ni satu-satunya harta berharga yang Aliya bagi pada Zali lepas dia pergi. Libatkan Ali dalam MATA adalah keputusan paling bodoh pernah Zali buat. Sebelum ni Aliya, sekarang abang. Lepas ni Zali nak hilang siapa lagi? Ali pula?"

Ejen Zain mati kata. Ada betulnya juga apa yang diucapkan oleh Ejen Zali. Namun kematian Ejen Aliya bukanlah disengajakan. Ejen Aliya berkorban demi keselamatan dan keamanan Cyberaya.

"Zali pasti nak buat benda ni? Gajet ini masih dalam ujian. Kalau tak berjaya-"

"Akak tolong jalankan sahaja. Akak ada kebenaran saya. Saya ayah dia. Saya tahu apa yang terbaik untuk anak saya," kata Ejen Zali kepada Ejen Dayang.

Ejen Dayang memandang Ejen Zain sebelum melepaskan keluhan perlahan. Dengan langkah yang berat, Ejen Dayang melangkah masuk ke dalam Briefing Room di mana Ali telah pun berada di situ, 'Maafkan aunty, Ali.'

Setelah ternampak Ejen Dayang, Ali berhenti meronta. Dia lega sedikit, "Aunty! Eh, maaf. Ejen Dayang. Syukurlah Ejen Dayang selamat. Saya rasa ada penceroboh yang cuba nak sabotaj kita. Tolong lepaskan saya. Saya akan pantau dekat kawasan sekitar. Saya yakin penceroboh tu masih berada dalam HQ."

"Jenny, mulakan," ucap Ejen Dayang sambil menahan sebak.

Ejen Jenny sekadar mengikut arahan. Pada mulanya, dia teragak-agak. Namun siapalah dia untuk melawan ejen berpangkat tinggi. Dia kemudiannya menaipkan sesuatu pada tabletnya.

Seperti tahu apa yang akan berlaku, Ali sedikit panik, "Aunty. A- apa semua n- AAARGHH!"

Serta-merta, Ali pengsan. Tidak semena-mena, airmata Ejen Dayang menitis. Dia terus berlari keluar dari Briefing Room tersebut, 'Akak betul-betul minta maaf, Aliya. Akak gagal. Akak tak mampu pertahankan hak Ali.'

Apabila ternampak Ejen Dayang yang berlari keluar dari Briefing Room, Ejen Zain dan Ejen Zali masuk ke dalam, "Jenny, status."

Jenny kelihatan teragak-agak untuk membacakan status keadaan Ali sekarang, namun digagahkan juga diri, "Seperti motif utama, kita berjaya padamkan memori Ali tentang MATA. Namun seperti yang kita sedia maklum, gajet ini masih belum diuji. Jadi, terdapat kesan sampingan. Ali tidak akan ingat apa-apa langsung tentang MATA, termasuklah tentang Ejen Zain, Ejen Dayang dan Aiman, walaupun kamu semua satu keluarga. Namun kita bernasib baik. Gajet tersebut tidak mengganggu memori Ali tentang Ejen Aliya dan Ejen Zali."

"Itu saja?"

"Selain itu... Ejen Ali yang dikenali dengan tahap IQ-nya yang tinggi akan berubah sedikit selepas ini. IQ-nya telah berkurang secara mendadak, kesan daripada gangguan gajet tersebut pada otaknya. Dia berkemungkinan besar akan dibuang dari SRT Cyberaya 3." Ejen Jenny meminta diri untuk membawa Ali ke bilik rawatan.

Ejen Zali dan Ejen Zain terkejut. Sampai begitu sekali kesan sampingan gajet yang belum diuji itu?

Lama kemudian, Ejen Zali menyatakan kata putusnya, "Zali juga akan berhenti dari MATA."

"Dan ikut telunjuk Dato' Othman? Kalau Aliya masih ada-"

"Abang nak Zali buat apa lagi? Sekurang-kurangnya, nyawa Ali tak terlalu terancam kalau Zali jadi peneraju Cyberaya. Musuh MATA takkan cari kami lagi. Keputusan Zali muktamad. Zali minta diri dulu. Oh ya. Walau sebijak manapun abang, jangan sesekali libatkan Ali dalam MATA lagi. Itu sahaja permintaan Zali." Ejen Zali mula melangkah ke bilik rawatan HQ.

Ejen Zain hanya mendiamkan diri.

❀❀❀

Hambar ke? I know 😭 Sorry semua

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now