Menyelamat

185 12 6
                                    

"Aku akan cuba alihkan perhatian Raziq dan yang lain. Korang ada lebih kurang 10 minit untuk cari dan selamatkan Ali dan Rudy. Sebelum tu, cari Ejen Vik. Aku ada bagi dia misi untuk cover Ali dan Rudy. Dia boleh tolong korang."

"Ejen Vik? Siapa tu?"

"Alah, kawan baik Ali. Err, Vikram kot nama dia. Aku pergi dulu." Aiman menarik hoodienya ke atas. Dia kini menyamar sebagai Riddin.

"Vikram?" soal Iman hairan. Siapa pula Vikram ni?

Alicia menepuk dahinya, "Mesti Viktor ni."

"Viktor ejen?"

❀❀❀

"Viktor!"

"Aa-"

"Shush!" Alicia menumbuk Viktor.

"Aduh! Alicia? Iman? Haiya, korang buat apa kat sini? Aduh, bertambah bala," rungut Viktor.

"Kitorang nak selamatkan Ali dengan Rudy lah."

"Tak boleh. Korang kena balik sekarang. Riddin memang nakkan korang. Lagipun, aku dah janji dengan Rudy untuk pastikan korang selam-"

"Kitorang takkan balik selagi Ali dan Rudy ada dekat sini," tegas Alicia.

Viktor mengeluh perlahan. Dia tahu dia takkan mampu mengubah fikiran anak General Rama ini, "Apa plan kau?"

"Pertama, ambil semula semua gajet diorang. Kau tekno kan? Hack dan kawal semua sistem keselamatan, termasuk pintu dan laluan masuk keluar, selama yang kau boleh. Berdasarkan laporan yang Ali hantar pada MATA, kat sini tak ada ejen neuro. Jadi kita ada masa yang sepatutnya cukup untuk keluar semula dari sini. Ada soalan?"

Viktor dan Iman menggeleng serentak.

"Bertindak segera."

❀❀❀

Raziq masuk ke dalam bilik kurungan Ali dan Rudy. Rudy bengang, "Kau nak apa lagi?! Kau baru saja keluar tad-"

Tiba-tiba Raziq menerkup mulutnya menggunakan tangannya, "Rudy, senyap sikit. Bukan senang saya nak sampai sini tau." 'Raziq' menanggalkan hoodienya menampakkan rupa sebenarnya.

"I- Iman? A- awak buat apa kat sini?"

Iman membaling selendangnya ke arah kunci tangan dan kaki Rudy menyebabkannya pecah, "Selamatkan awak dan Alilah. Nah. Gajet awak." Iman menanggalkan hoodie Rudy sebelum menghulurkannya kepada Rudy. WATCH dan Healer juga diberikan semula.

Macam mana Iman boleh ada hoodie Rudy? Dia sempat ambil masa dekat HQ MATA. Dia tahu bahawa CC Ali dan Rudy masih belum siap dibaiki sebelum mereka bertolak.

Iman kemudiannya membaling selendangnya pada kunci tangan dan kaki Ali pula.

"Kan kami dah cakap, jalankan protokol gegas? Kalau kita tak berjaya keluar dari sini macam mana? Musuh yang kita hadapi sekarang tak boleh dipandang ren-"

Dengan kudrat yang tinggal, Ali bertanya, "Mana.. Alicia?"

"Kalau Ali boleh langgar arahan protokol gegas untuk selamatkan aku dulu, kenapa kitorang tak boleh? Lagi satu, kau ragui rancangan aku ke?" Alicia menjongketkan sebelah keningnya.

"Err, tak, tak. Hehe."

Ali tersenyum lemah, "Terima kasih, Icha."

Pipi Alicia kemerahan sedikit. Dalam masa yang sama, sebuah penumbuk khas dihadiahkan pada Ali, "Bukan masa yang sesuai nak guna panggilan tu."

Ali tergelak kecil. Comel betul apabila Alicia malu, "Viktor.. macam mana?"

"Dia tengah cover. Kitorang pun dapat bantuan dari Ejen Aiman, jadi kau tak perlu risau fasal orang lain. Rehat. Diri kau sendiri pun dah terlalu lemah sekarang."

Akhirnya, mereka semua berjaya keluar daripada situ dengan selamat, termasuklah Viktor dan Aiman. Setelah berjaya mematikan protokol kubu, MATA terus menghantar bantuan sebaik sahaja mendapat pengesahan bahawa Ali dan Rudy berjaya diselamatkan. Riddin dan konco-konconya? Berjaya diberkas oleh Ejen Zain, Ejen Djin, Ejen Dayang dan Ejen Bakar. Berani sakiti keluarga mereka?! Hah, mendapatlah korang!

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now