Hari ini merupakan hari ketiga selepas pembedahan dijalankan ke atas Ali dan Rudy, namun tiada tanda-tanda menunjukkan mereka akan sedar dalam masa terdekat.
Pembedahan yang dijalankan oleh Ejen Dayang, Ejen Geetha dan Ejen Jenny ke atas dua jejaka itu mengambil masa 36 jam. Menurut Ejen Dayang, ada terlalu banyak racun azurium dan dadah dalam badan mereka. Kalau lambat sedikit, memang mereka berdua takkan mampu bertahan.
Kelas 3 Avicenna sedang menjalani pembelajaran dan pengajaran subjek Sains. Namun ada dua orang gadis di dalam kelas tersebut yang tidak mampu fokus. Secara tiba-tiba, pengumuman dari mikrofon sekolah kedengaran.
"Perhatian kepada Alicia, Iman dan Viktor, Teacher Geetha mahu berjumpa dengan kamu bertiga di perpustakaan dalam kadar segera."
❀❀❀
Sampai sahaja di hadapan bilik rawatan Ali dan Rudy, mereka ternampak Ejen Geetha, "Apa yang berlaku, Ejen Geetha?"
"Rudy dah sedar."
Pintu cepat-cepat dibuka.
"Maaf, mentor. Saya memang tak ingat apa-apa. Mungkin pembedahan atau racun-racun azurium dan dadah tu dah beri kesan pada ingatan saya. Apa yang saya ingat, saya pergi misi tu dengan Ali, kemudian terkantoi. Lepas tu, semuanya kabur."
Ejen Dayang tersenyum, "Tak mengapa. Berehatlah ya. Tahniah kerana berjaya dalam misi. Oh. Nampaknya kamu ada pelawat. Saya keluar dulu."
Sebaik sahaja Ejen Dayang keluar, airmata Iman terus mengalir, "Hiks, awak ni kan. Boleh tak jangan buat saya risau? Sakit jantung saya bila dapat tahu awak buat misi berbahaya. Dahla tu. Kantoi lepas tu kena belasah teruk pula tu."
"Jantung awak okey tak sekarang ni?" Rudy tersengih.
Iman membaling lima biji bantal secara bertubi-tubi, "Saya serius, awak boleh buat lawak pulak? Ishh."
"Hahahaha. Aduh, aduh. Sakit, Iman."
"Haish. Nak sweet-sweet pun berpada-pada sikitlah bro. Ingat orang single kat sini ni," kata Viktor. Iman terus berhenti dari memukul Rudy menggunakan bantal. Selepas itu, dia terus berlari keluar dari wad tersebut akibat malu.
"Eh, kau ni! Tengok, Iman dah lari. Kacaulah. Huh!" marah Rudy. Merah terus mukanya. Viktor pula tergelak terbahak-bahak.
Alicia melayan perasaan sendiri, 'Ali, bila kau nak sedar?'
YOU ARE READING
MATA : FAMILY [C]
FanfictionMeta Advance Tactical Agency atau lebih dikenali sebagai MATA merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut. Dah nama pun agensi rahsia, sudah semestinya penuh dengan rahsia...