Sahabat

329 21 10
                                    

3 tahun kemudian

Baru mencapai umur lapan tahun, Ali sudah mempunyai ramai peminat, tidak kira di sekolah mahupun di MATA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baru mencapai umur lapan tahun, Ali sudah mempunyai ramai peminat, tidak kira di sekolah mahupun di MATA. Rupa parasnya, statusnya, kecerdikannya malah kehebatannya menjadi faktor utama gadis-gadis muda menyukainya. Malang bagi mereka, jejaka ini tidak dididik untuk melayan perasaan-perasaan yang 'sia-sia'. Apa yang penting dalam hidupnya hanyalah membuatkan ayahnya bangga.

(note; waktu ni dia baru berumur 8 tahun. Jadi, tinggi dan rupa paras dia ideal dengan umur. Kira handsome la tu kan? Dahla anak peneraju, hehe)

"Ali, awak suka coklat? Saya ada belikan untuk awak. Jom makan sama-sama."

"Ali, jomlah makan dengan saya. Awak nak apa? Saya belanja."

"Ali, wangi kan bunga ni? Special untuk awak."

Ali menghampiri meja paling hujung seperti biasa, tidak mahu menjadi perhatian. Kelihatan seorang pemuda sudah pun duduk di situ. Pemuda itu menegurnya, "Lambat betul kau. Kena kacau lagi?"

"Macam biasalah," balasnya selamba. Bunga-bunga, coklat-coklat dan makanan-makanan yang dia dapat sebentar tadi diangkat sebelum langkahnya menuju ke arah tong sampah berdekatan. Malas sebenarnya mahu ambil kisah terhadap perkara atau orang yang tidak penting baginya.

"Ehh. Kau nak buat apa tu? Suka sangat membazir. Bagi aku."

Tanpa membantah, Ali menyerahkan kesemuanya kepada sahabatnya. Sempat lagi dia membebel, "Bukan PA kau tak kasi kau makan sweets ke? Ha, kau allergic bunga kan? Nak cari fasal lagi?"

"Alah, diam-diam sudahlah. Aku tak se-famous kau. Bukan selalu dapat benda-benda macam ni. Alang-alang dapat kawan famous dan diminati ramai, kenalah ambil peluang yang ada." jejaka itu tersengih.

Ali sekadar menggeleng perlahan. Jaket merahnya dibetulkan. Mengikut kod pemakaian sekolahnya, jaket menjadi faktor utama yang membezakan jawatan yang disandang setiap pelajar. Warna merah membawa maksud dia adalah ahli jawatankuasa badan kepimpinan pelajar, atau lebih dikenali sebagai pengawas.

"Weh, kenapa kau tak layan budak-budak perempuan tu? I think they're quite pretty. Kau memang suka bazirkan peluang eh?"

"Tom," panggil Ali. Soalan sang sahabat tidak dibalas.

"Apa?"

"Aku bukan buaya macam kau. Royals pun ada perangai macam ni eh?" ujar Ali selamba.

"Apa kau cakap?" soal Tom geram. Eh, sedap-sedap sahaja si bilis ini mengutuknya.

"Tak ada apa. Aku dah siap makan. Nak pergi tandas kejap. Jumpa kat HQ," ucap Ali. Baru sahaja mahu melangkah, lengannya ditahan. Sebelah keningnya dijongketkan tanda tanya.

"Eh, tunggulah aku. Ni mesti nak betulkan rambut pacak kau tu kan? Temanlah aku. Aku ke rambut kau yang lagi penting?" wajah sahabatnya ditatap penuh harapan.

Senyuman nakal diukir kecil pada bibir, "Rambut akulah yang lagi penting. Tak mungkin aku akan kalah pada seorang Tom Junior."

"Ali!! Jahatlah kau ni!"

"Sejak bila aku baik?"

❀❀❀

Korang lagi suka Ali yang dingin atau yang ramah? 🤔

MATA : FAMILY [C]Where stories live. Discover now