BAB 5

6.9K 473 2
                                    

"aku nak jumpa kau dekat blok belakang. Cepat." Zeva bangun dari duduknya dan melangkah mengikuti langkah jejaka tu.

"Berani kau tengking aku kelmarin kan lepastu blah macam tu ja kau ingat kau tu siapa?" Elvio berpeluk tubuh dengan mata memandang tajam wajah Zeva.

"Manusia." Elvio mengetap bibir nya geram mendengar balasan Zeva.

"Dah rasa diri tu kuat sangat nak melawan aku hm?"

"Tak ada lah kuat mana tapi setakat nak lemahkan iman kau boleh ja." Elvio dah rasa macam nak cekik saja perempuan dihadapannya sekarang.

"Melawan kau eh. Nak aku pukul kau lagi?"

"Pukul guna bibir okeyh jugak tu." Tangan terus naik menekup mulut kerana terlepas cakap dan dipandang wajah miang Elvio.

"Nak?" Didekati Zeva.

"Dont dekat dekat." Ternaik kening jejaka tu. Mahu saja dia lepaskan ketawa melihat wajah cuak Zeva.

"Tadi kata apa?"Sengaja Elvio mahu mengusik.

"Terlepas cakap jelah." Memuncung bibir Zeva dan berpeluk tubuh.

"Kau ingat comel buat macam tu?" Memang comel pun tapi sengaja Elvio menidakkan.

"Aku memang comel kau je buta." Dijelirkan lidahnya. Siapa sangka Zeva yang terkenal seorang yang dingin sangat suka melawan.

"Kau, kalau aku cekik kau dekat sini boleh arwah kau sekejap lagi."

"Meh" baru saja Elvio mahu membuka langkah gadis tu sudah melarikan dirinya.

"Tak dapat wuu!" Elvio mengetap gigi nya kuat dengan tangan dikepal erat.

"Sini kau perempuan!" Dia mengejar Zeva. Pelajar lain sudah ternganga melihat gadis dingin dan jejaka badboy berkejaran di kawasan sekolah.

"Ingat sweet kot."Tergeleng kepala Izzian. Putra hanya mengangguk saja.

Langkah Zeva terhenti mengejut dan Elvio yang hampir melanggar gadis tu segera merangkul leher Zeva dari belakang. Zeva sedikit saja lagi mahu terhembam ke depan.

"Kamu berdua ni kenapa main lari lari dalam kawasan sekolah?" Mereka berdua meneguk air liur yang kesat bila guru disiplin memegang rotan.

"Aku bilang sampai tiga kita lari."bisik Elvio dan Zeva menganguk perlahan.

"TIGA!" Serentak mereka berdua melarikan diri dari cikgu Zainab.

"Tak guna punya anak murid."

Termengah mengah Zeva kerana penat dan dia bercekak pinggang.

"Wah wah kau. Kemain peluk aku eh!" Kata Zeva dengan nafas turun naik kerana penat. Elvio menjulingkan matanya.

"Kalau tak disebabkan kau berhenti mengejut tak ada nya aku peluk kau." Dipaling kan mukanya ke arah lain dan sedar tidak sedar bibirnya mengukir senyuman.

"Cakap jelah kau nak peluk aku kan! Herh dasar lelaki miang!" Vio pandang Zeva tidak berperasaan.

"Mulut kau tu nak aku cium ke hah?" Bengang Elvio dan Zeva menjelirkan lidah nya tidak kesah.

"Tachodnyeee" ejek Zeva dan dipandang sekeliling. Takut juga kalau cikgu Zainab tiba tiba muncul.

"Cuba toleh." Zeva menoleh dan

Chup.

Laju tangan Zeva naik memegang pipi kirinya. Dipandang wajah Elvio. Bibir jejaka tu menguntum senyuman sinis.

"Eyy sial lah!"

"Mulut tu. Jangan nak mencarut sangat eh kalau kau taknak aku ragut keperawanan bibir kau tu." Keras amaran diberi oleh Vio.

"Eish!" Zeva mendengus kasar.

"By the way pipi kau.."

"Lembut." Sambungnya dan diukir senyuman nakalnya. Zeva menjauhkan diri nya dari Elvio.

"Kalau aku nak lagi boleh?" Pinta Vio dan gadis tu perlahan lahan menjauhkan diri.

"Nak pergi mana tu hm? Nak lari lari macam tadi?"

"Sudah sudahlah dengan perangai miang kau tu!" Zeva terus melarikan dirinya dan Vio tergelak kecil. Geram dengan kecomelan Zeva.

PSYCHO HUSBAND [C]Where stories live. Discover now