"Va kau dah ready?" Soal Jeyya sambil melangkah masuk ke dalam bilik itu diikuti oleh Irene.
"Boleh tak aku lari? Aku taknak kahwin Jey, Rene." Kedua sepupunya segera memeluk Zeva.
"Pengantin lelaki dah sampai Va. Kalau kau lari mesti bonda dan ayahda kau akan marah teruk. Jom. Kitorang ada dengan kau." Digenggam kemas tangan Zeva dan dibawa keluar dari bilik tersebut.
Zeva hanya menunduk bermain tisu di tangannya. Dia langsung tidak peduli tentang akad nikah tersebut sehingga lah bahunya dicuit.
"Cepatlah bagi jari dekat suami kamu tu." Zeva menoleh ke arah kanannya. Terkejut dia melihat siapa yang menjadi suaminya. Benar benar bala kuasa 2.
Dia menunduk menyalam tangan kasar tu dan jejaka tu mencium dahinya.
"Jangan ingat rumah tangga ni akan bahagia." Dan Zeva pasti apa yang akan jadi selepas ni.
"Aku nak mengamuk. Asal kita tak rosakkan ja majlis ni tadi?" Rene mendengus kasar. Tidak disangka suami sepupunya ialah Elvio Xarendra!. Lelaki psiko tu!
"Sekarang aku dan dia jadi suami isteri dan akan tinggal sebumbung." Zeva menghela nafas berat. Jeyya mengusap belakang nya.
"Vio kau biar betul?" Jejaka tu menjongket keningnya menandakan apa sambil meneguk air sirap.
"Kau pernah cakap kan kalau Zeva jadi isteri kau, kau akan." Putra tidak menyambung kata katanya dan dia pasti Vio faham.
"What i say, i mean it." Selamba dia berkata dan putra serta ian berpandangan. Kawan mereka sorang ni gila!.
DIATUR langkah masuk ke dalam bilik. Zeva mengaru keningnya. Dia tidak sampai mahu membuka zip belakang bajunya.
Ditoleh ke arah pintu bila ada yang membuka dari luar. Vio mengangkat keningnya dengan wajah tidak emosi bila Zeva memandang nya.
"B.. boleh tolong?" Zeva menunjukkan baju belakangnya. Vio melangkah mendekati. Rambut panjang tu dialihkan ke hadapan. Zip tu ditarik ke bawah.
"T..terima kasih" gugup dia dengan Vio dan segera melangkah masuk ke dalam bilik air. Tanpa Zeva sedar, rahang Vio bergerak gerak menahan rasa bila nampak tubuh belakang milik isterinya.
Kaki mengatur langkah mendekati Vio yang duduk di katil. Jejaka tu yang sedang bermain telefon mengangkat muka.
"Ayahda bagi kunci rumah untuk kita dua." Sejujurnya Zeva takut bila mata kelabu tu memandang nya seakan ingin memakan dirinya. Vio mengambil kunci tu.
"Kita pindah malam ni." Mudah dia akan menyeksa Zeva bila tinggal berdua.
"Awalnya. Besok tak boleh ke?"
"Aku suami ke kau suami? Nak jadi isteri derhaka tak ikut cakap suami?" Dingin suaranya dan Zeva sudah kecut perut.
"B..baiklah." Zeva mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu.
"Ada aku suruh kau keluar?" Zeva menoleh ke arah nya.
"Zeva nak pergi makan boleh?" Vio memandang nya tajam dan Zeva melepaskan tombol pintu.
"Duduk dekat sofa tu diam diam." Zeva akur saja. Dia merebahkan badannya di sofa. Telefon dibuka dan discroll tiktok.
"Diamlah! Bising kau ni. Nak aku hempuk telefon kau ke hah?!" Tengking Vio. Zeva menutup telefonnya.
Zeva pandang ke arah Vio yang memejamkan mata. Perlahan lahan dia bangun dan berlari ke arah pintu.
Vio mencelikkan matanya apabila terdengar pintu ditutup. Gadis ni benar benar mahu diajar.
"Ha Vio sini lah makan sekali dengan Va." Jejaka tu duduk disebelah Zeva. Tangan kanannya mencubit peha gadis tu.
Zeva mengetap bibir nya menahan pedih. Tangan jejaka tu dipegang olehnya dan digengam agar Vio tidak lakukan hal tadi. Dia tahu Vio marah kerana dia melanggar arahannya.
"Bonda,ayahda. Kami dua nak pindah masuk dalam rumah baru tu malam ni boleh kan?" Kedua orang tua nya menganguk.
" Kenapa tak esok ja Vio?" Soal Ayahda Zion.
"Saja nak eratkan hubungan dengan Zeva kan sayang?" Zeva mengukir senyuman nipis dan menganguk mengiyakan.
"Baguslah kalau macam tu. Sejuk hati bonda dan ayahda bila tengok kamu berdua macam ni." Tutur Bonda Keyla. Mereka berdua hanya tersenyum.
YOU ARE READING
PSYCHO HUSBAND [C]
RomanceMacam mana rasanya bila dijadikan hamba dengan lelaki yang cepat panas? Pantang melawan pasti naik tangan. Dipukul, dibentak, diganggu sudah menjadi makanan harian nya bila bersama jejaka tu. Entah apa salahnya sehingga dihukum seperti itu.