BAB 3

7K 532 5
                                    

"buat kerja sekolah kitorang. Sekarang." Vio meletakkan buku buku tu di atas meja Zeva apabila gadis tu mahu pulang.

"Aku nak balik lah."

"Ada aku kesah? Kau buat sekarang depan aku." Zeva menghela nafas nya dan dibuat isyarat pada dua sepupunya supaya mereka balik dahulu.

Zeva duduk semula di kerusinya dan dibuka buku Vio. Ternaik kening nya melihat tulisan tu. Bibir dikemam.

"Kau gelak aku belasah kau." Zeva menganguk dan mencari buku teks sains dalam bagnya.

Lincah jari Zeva menulis. Vio mengintai melihat tulisan gadis ini. Cantik tulisannya seperti huruf huruf di komputer.

Setelah siap buku Zio, diambil buku Putra pula. Terbatuk dia bila buka saja buku tu ada tepung.

"Ni nak buat kek ke apa." Perlahan suara Zeya. Vio yang mendengar tu menyimpan senyuman.

"Fizik?" Berkerut dahi Zeva bila buku Izzian adalah subjek Fizik. Bagaimana dia mahu buat kerana di kelasnya tiada subjek ni.

"Buat." Arah Vio namun Zeva mengeleng. Vio mengengam kuat pengelangan tangan gadis tu.

"Aku suruh tu dengar." Zeva mengetap bibir menahan sakit.

"T.. tapi." Terhenti kata katanya bila mata kelabu tu tajam memandang dirinya.

"Now." Zeva mengeluarkan telefon nya dan google dibuka.

"Lemah. Itu pun kena Google?" Sindir Vio.

"Kelas aku tak ada fizik." Terdiam jejaka dihadapannya ini. Geram dia.

"ian" panggil Zeva.

"Yes?" Sahutnya dan mendekati meja Zeva.

"Aku tak tahu betul atau tak sebab aku tak pernah belajar fizik." Izzian tersenyum sambil menyambut huluran tu.

"Tak apalah Zeva. Thanks" ucapnya dan gadis tu menganguk sebelum bangun dari duduknya.

"Kalau buku aku ada salah siap kau besok." Ketiga jejaka tu melangkah pergi meninggalkan Zeva.

"Apalah nasib aku." Dia mengatur langkah untuk pulang juga.

VIO menelefon Zeva namun langsung tidak angkat. Dia mendengus kasar. Ditelefon lagi dan panggilan tu terjawab.

"Hm"

"Aku nak jumpa kau dekat mall pukul 4."

"Nantilahhhhh."  Rengeknya.

Berkerut dahi Vio. Dia melihat telefonnya. Betul lah Zeva tapi kenapa macam manja pula ni.

"Kau tidur ke hah?"

"Eishhh jangan bisinglah orang nak tidur pun tak boleh."

Kalini Vio tidak dapat menyimpan senyuman nya. Dia tergelak kecil.

"Letih eh?"

"Hurmm"

'shit! So cute sweetheart.' teringin dia mahu lihat gadis tu ketika tidur. Pasti comel.

Vio menepuk pipinya sendiri. Dah kenapa dengan aku ni. Angau ke apa?. Didehem perlahan.

Vio diam untuk mendengar dengkuran halus Zeva. Nyenyak saja gadis tu tidur. Mungkin letih. Kedengaran pintu bilik Zeva dibuka oleh seseorang.

"Lah Va tidur rupanya. Nak kejutkan ke?"

"Biarlah dia tidur. Kasihan aku tengok dia dari tadi tak makan lagi. Kita buat dia bubur jom."

Jelas Vio dengar suara Jeyya dan Irene. Zeva belum makan?. Memang nak kena budak ni.

Dibiarkan saja panggilan terus bersambung. Dengkuran halus Zeva mampu buatkan seorang Elvio Xarendra tenang.

PSYCHO HUSBAND [C]Where stories live. Discover now