"macam biasa. Siapkan kerja sekolah aku." Dilemparkan buku latihannya di meja Zeva. Gadis tu mengeluh perlahan.
"Tak payah nak mengeluh!" Zeva terhinjut bahu dan menganguk faham. Dibuka buku latihan Vio.
Vio menyelitkan rambut Zeva ke belakang telinga apabila menganggu dirinya untuk melihat wajah gadis ni.
"Cepat. Aku nak balik." Zeva menutup buku jejaka tu apabila sudah siap. Diserahkan kepada nya.
"Bagus tapi ingat kalau ada salah kau tahu apa akan jadi." Dia melangkah keluar dari kelas tersebut. Zeva bangun dari duduknya untuk pulang. Sudah menjadi rutin bila waktu pulang Vio akan datang ke kelas untuk siapkan kerja sekolah nya.
"Va muka kau nampak letih. Tak sihat ke?"tanya Jeyya prihatin.
"Letih sikit ja. Aku naik atas tidur dulu." Dia terus berlalu ke tingkat dua. Badan direbahkan di katil. Tangan naik memicit dahi.
"pengetua bagitahu aku yang kau kena handle untuk kawad esok bagi badan uniform polis dengan bomba." Tutur Irene dimuka pintu dan dibalas anggukan oleh Zeva.
"Aku kasihankan Zeva. Kenapa Vio layan sepupu kita macam tu sekali? Apa masalah dia?" Irene menghela nafas kasar.
"Aku tak tahu Rene. Kalau kita masuk campur mesti kita kena lagi teruk. Kau tahu kan prinsip DB macam mana. Kalau ada yang berani masuk campur akan lebih parah dari mangsa diorang." Panjang lebar Jeyya berkata. Mereka juga kasihan Zeva tapi apa boleh buat? Elvio bukan calang calang.
Telefon Zeva berdering nyaring. Mata yang berat dibuka juga. Dicapai telefonnya dan dijawab panggilan tu tanpa melihat pemanggil.
"Asal soalan 7 kau tak buat? Nak mati dengan aku hah?"
"Tak perasan tadi." Mata dilirikkan ke arah jam menunjukkan pukul 4 petang.
"Membuta kerja kau kan. Aku nak kau bagi jawapan untuk nombor tujuh sekarang!"
"Malam nanti tak boleh ke? Tak larat lah." Penat balik sekolah belum habis lagi ditambah dengan bala seorang lelaki ni.
" Jadi perempuan tak payah lemah sangat lah. Sebelum pukul 5 aku nak kau send jawapan nombor tujuh."
Panggilan terputus bergitu saja dan satu notification masuk di dalam whatsapp nya iaitu gambar soalan nombor tujuh.
Zeva melemparkan telefonnya ke tepi dan disambung tidur. Biarlah lelaki tu nak mengamuk sekalipun.
Elvio disana sudah mengamuk bila Zeva masih tidak mengirimkan jawapan apabila jam menunjukkan pukul 5:05.
"Kau memang nak kena Zeva." Diketap kuat giginya.
Pagi keesokannya, Elvio mencari bayangan Zeva masih tidak dijumpai. Jeyya mendekati jejaka tu.
"Zeva suruh bagi ni dekat kau." Vio menyambut huluran Jeyya dan dilihat kertas tu adalah jalan jawapan soalan semalam.
"Thanks" Dia berlalu pergi dari situ dan dia terlupa untuk bertanya kemana Zeva pergi.
"SENANG DIRI!"
Zeva menghela nafas perlahan apabila sudah selesai handle untuk persatuan kadet polis dan bomba.
Ini atas arahan pengetua untuk menyuruh nya handle dua persatuan kadet. Sebab? Dia juga tidak tahu kenapa.
"Kamu semua boleh bersurai dan besok pagi saya nak kamu semua duduk dalam keadaan macam ni juga. Faham?!" Tegas suara Zeva.
"Faham miss Zeva!"
"Bagus. Bersurai." Zeva mengatur langkah ke arah pengetua yang sedari tadi melihat mereka.
"Kenapa saya kena handle dua kadet pengetua?" Soal Va pelik.
"Sebab murid murid kadet bomba susah sangat nak dengar cakap. Ketua persatuan diorang pun dah banyak kali datang mengadu yang ahli dia susah nak ikut arahan itu yang saya suruh kamu handle. Tak apa kan?" Zeva terangguk-angguk.
"Tak apa ja pengetua. Saya balik kelas dulu." Diatur langkah ke kelas. Wajah diraup berkali kali kerana penat. Ikatan rambut di uraikan.
"Selesai?" Tanya jeyya dan Zeva menganguk kepalanya. Botol air diambil dan diteguk rakus.
YOU ARE READING
PSYCHO HUSBAND [C]
RomanceMacam mana rasanya bila dijadikan hamba dengan lelaki yang cepat panas? Pantang melawan pasti naik tangan. Dipukul, dibentak, diganggu sudah menjadi makanan harian nya bila bersama jejaka tu. Entah apa salahnya sehingga dihukum seperti itu.