BAB 1

16.7K 591 3
                                    

Diatur langkah cepat untuk ke kelas. Mata dilirik ke arah jam kerana dia sudah lewat.

Buk.

"Aduh." Bahu yang sakit diusap dan dianggkat muka memandang orang yang dia telah langgar. Mata sejuk jejaka tu memandang tajam akan dirinya.

"Buta?" Soalnya dan dia tidak pedulikan tu. Mata dilihat ke arah jam semula.

"Maaf" setelah berkata bergitu, dia terus berlari ke kelasnya semula. Ketiga jejaka tu hanya pandang pemergian si gadis.

"Tu Zeva kelas 5 Diomand?" Si leader menoleh ke arah sahabat nya.

"Kau kenal?" Izzian menganguk kepalanya.

"Mestilah aku kenal. Dia nak dikatakan seorang yang dingin. Ramai yang nak dekat dia tapi sorang pun dia tak layan." Jelas Izzian apa yang dia tahu tentang gadis tadi.

"Disebabkan dia dah langgar aku jadi dia mangsa aku seterusnya." Terkejut dua jejaka tu apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Elvio.

"Kau biar betul Vio? Lagipun dia dah minta maaf dekat kau tadi." Hairan Putra bila tiba tiba saja Vio mahu jadikan perempuan tu mangsanya.

"Cara dia tak ikhlas." Balasnya dingin dan dua sahabatnya hanya mengeleng perlahan.

"Kau pergi mana tadi Va?" Soal Irene. Zeva mengaturkan nafasnya terlebih dahulu.

"Aku pergi cafe tadi." Ternganga dua sepupunya. Mereka melihat jam.

"Kau tahukan sekarang bukan masa rehat. Mahu kena tangkap nanti." Tergeleng kepala Jeyya. Zeva mengangkat bahu nya tidak peduli.

"Aku haus ja." Katanya selamba.

SETELAH bunyi loceng rehat, mereka bingkas bangun untuk keluar.

"Kau Zeva kan?" Mereka bertiga yang berjalan mahu ke cafe menoleh ke belakang. Gadis tu mengangguk dengan wajah tidak emosi.

"Urusan kita belum selesai. Kau dah langgar aku jadi aku nak kau ikut arahan aku." Zeva berdecit dan membuat isyarat tangan agar dua sepupu nya pergi terlebih dahulu. Setelah Jeyya dan Irene pergi barulah Zeva membuka suara.

"Ogah." Vio mengepal penumbuk nya seketika.

"Ikut arahan aku atau kau terima akibat."

"Lagipun aku dah minta maaf tadi. Masih belum cukup encik Elvio?" Dijongket keningnya.

"Cara kau tak ikhlas. Aku taknak ada sebarang bantahan sekali pun faham?" Zeva mengangkat bahu nya.

"Terserah." Dia memusingkan badannya semula dan mengatur langkah ke cafe.

"Asal tadi tu? Kau ada masalah dengan Vio? Setahu aku siapa yang berurusan dengan dia tak ada seorang pun yang terlepas." Tutur Irene.

"Tak ada apa pun. Dah beli?" Soalnya dan dua gadis tu menganguk.

"Dah ni." Zeva mengambil satu pinggan nasi goreng.

"Jom kacau diorang." Ajak Vio diikuti dua sahabatnya. Mereka mendekati meja tiga gadis tu.

Zeva meneguk airnya dan tersedak bila ada yang menepuk belakang nya.

"Eh maaf tersengaja." Selamba Vio berkata dengan senyuman sinisnya. Zeva mengusap kerongkong nya.

"Va kau oke?" Soal Jeyya risau dan gadis tu menganguk saja. Disiku perut Vio. Jejaka tu meringis sakit.

"Eh maaf tersengaja lah pulak." Katanya tanpa riak. Vio mengetap bibir nya menahan sakit. Dikepal erat penumbuk tu.

"Kau memang saja kan." Zeva mengangguk saja.

"Yes. Jom blah" Ketiga gadis tu bangun dari duduk masing masing. Langkah diatur keluar.

PSYCHO HUSBAND [C]Where stories live. Discover now