BAB 14

6.6K 448 15
                                    

"Aku nak kau tidur dekat lantai. Sofa dan mana mana bilik diharamkan untuk kau tidur terutama sekali katil ni. Sekali kau naik memang aku patahkan tulang belakang kau." Zeva menganguk sahaja.

Vio merebahkan badannya di atas tilam dan Zeva hanya tidur berlapikkan sebiji bantal.

Zeva hanya pandang ke arah pintu. Sejujurnya dia tidak boleh tidur. Sejuk lantai ni tanpa berlapik kan kain kerana Vio mengharamkan nya untuk tidak gunakan kain selimut atau kain untuk dilapikkan.

Dipejamkan matanya juga untuk tidur. Vio mengintai sedikit isterinya dari atas katil. Tak sejuk kah Zeva tidur bergitu?.

Rambut yang menutupi wajah tu diselak ke belakang telinga. Vio mencapai jaketnya dan diletakkan di atas badan gadis tu.

AWAL awal pagi lagi Zeva sudah menguruskan hal rumah. Memasak, membasuh baju semua sudah diuruskan. Dilihat jam menunjukkan pukul 6:10. Vio meminta nya untuk mengejutkan dia pada pukul 6.

Laju kaki melangkah ke bilik. Didekati ke arah Vio yang masih tidur.

"Vio. Bangun." Kejut Zeva dan jejaka tu mencelikkan matanya. Dicapai telefon untuk melihat jam.

"Aku suruh kau kejut pukul berapa?" Nadanya sudah kedengaran dingin.

"Enam"

"YANG KAU KEJUTKAN AKU PUKUL 6:10 KENAPA?!"jerkahnya kuat sehingga Zeva terhinjut bahu.

"Maaf." Vio mendengus kasar dan bangun dari baringannya. Dia melanggar bahu Zeva kasar.

Gadis tu mengeluh perlahan. Lewat 10 minit saja sudah dijerkah. Dia segera mengemas katil tersebut.

"Taknak makan dulu?" Soal Zeva bila Vio sudah memegang tombol pintu.

"Kau masak bukan sedap." Balasnya dan melangkah keluar bergitu saja untuk ke sekolah.

"zeva kamu okeyh? Kalau tak sihat boleh ke bilik R&R." Kata cikgu Zalina bila Zeva seakan tidak bermaya.

"Saya okeyh ja cikgu." Diukir senyuman nipisnya menandakan dia baik baik saja.

"Vio ada buat apa apa ke dekat kau?" Zeva mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Tak ada apa lah. Aku okeyh ja."

MEREKA bertiga melangkah masuk ke dalam cafe dan mata Zeva terpandang akan suaminya yang duduk disebelah seorang gadis.

Dibiarkan saja seakan tidak nampak apa apa. Jujur hatinya sakit melihat tu namun dia tidak mahu Vio tahu yang dia cemburu.

"Tu bukan Vio? Kenapa mesra semacam ja dengan perempuan tu?." Zeva mengangkat bahu nya tanda tidak tahu.

Dipakai earfhone nya dan dibuka lagu supaya dia tidak mengingati apa yang dia nampak sebentar tadi.

Elvio pandang ke arah isterinya yang mendengar lagu. Zeva tidak nampak kah apa dia buat sekarang? Atau gadis tu pura pura tidak nampak?.

"Hai sayangg." Dia duduk di sebelah Zeva. Gadis tu menoleh ke arah nya.

"Asal tetiba datang ni? Selama ni tak menegur aku pun." Zeva membuka earfhone nya. Zayyan tersengih.

"Alaa salah ke aku nak tegur sepupu aku ni?" Digosok kepala Zeva. Elvio yang melihat dari jauh sudah mengepal penumbuknya erat.

"By the way nak dengar jugak." Di ambil satu earfhone tu dan dipakai ke telinga nya. Semakin panas Vio yang melihat.

PSYCHO HUSBAND [C]Where stories live. Discover now