BAB 18

7.8K 448 0
                                    

Elvio hanya melihat saja isterinya dibuli oleh kawan kawannya. Putra dan Izzian tidak tega melihat 4 kawan mereka membuli Zeva bahkan Elvio yang suami pada gadis tu saja tidak kesah.

Zeva mengetap gigi menahan sakit kerana disepak. Nafasnya memburu.

"CUKUP!" jerkah Zeva dan mengangkat muka nya. Mata yang selama ni biru keemasan menjadi merah darah. Terundur mereka berempat.

Zeva bangun dari duduknya. Wajahnya bengis tatkala tu. Dia tidak ubah seperti iblis.

"Kau ingat dengan cara belasah aku menunjukkan korang hebat. Never." Suara tu juga agak garau. Elvio turut terkejut melihat perubahan isterinya.

Mata merah tu tajam memandang Elvio yang memandang nya tidak percaya.

"Encik suami." Zeva menyenget kepalanya memandang Elvio. Kawan kawan jejaka tu menoleh memandang Vio.

"Suami?" Tanya Asyraf hairan.

"Orang macam kau tak layak dipanggil seorang suami!" Jari runcing nya menunjuk tepat ke arah Elvio.

"Kau suami Zeva dan kau arahkan kami untuk belasah dia? Aku tak sangka." Tutur Kamal.

"Zeva." Mereka menoleh ke arah Irene dan Jeyya. Mereka berdua terkejut melihat mata Zeva.

"Miss Keysha." Serentak Irene dan Jeyya menunduk hormat. Terpinga pinga yang lain.

"Miss keysha?" Pelik mereka.

"Setahu aku Miss Keysha orang yang terpengaruh di UK. Terkenal dengan kekejaman dan ketegasan. Siapa yang berani berurusan dengan nya tiada siapa boleh terlepas." Tutur Nizam yang tahu serba sedikit.

Elvio merenung mata merah tu dengan dalam.

"Dan selama ni miss Keysha adalah Zeva?" Mereka menoleh ke arah gadis tu yang berpeluk tubuh. Irene serta Jeyya setia disisi nya.

"Bagi isteri aku semula." Elvio mula membuka suara.

"Isteri? Layak ke kau jadi seorang suami?"Bidasnya dengan senyuman sinis nya.

"Miss keysha. Kami mohon bagi Zeva semula." Mohon Jeyya. Sisi kedua Zeva bukan calang calang. Dia lebih agresif dari Zeva.

Jika Ayahda Zeva ke luar negara untuk urusan kerja pasti dia akan membawa Zeva tapi bukan Zeva yang diperlukan tapi sisi keduanya. Miss Keysha.

Mata kemerahan tu perlahan lahan menghilang dan diganti dengan biru keemasan. Zeva memegang kepala nya dan digeleng beberapa kali.

"Va?" Gadis tu menoleh ke arah dua sepupunya.

"Ya?" Dia pandang mereka semua. Terkebil kebil mata nya.

"Kenapa pinggang aku sakit?"

"Jom kita pergi R&R." Ajak Jeyya dan Irene memimpin Zeva.

"Aku tak sangka Vio. Kau suami dia tapi kau suruh kitorang belasah dia? Kau tak layak jadi seorang suami." Marah Kamal.

"Va kau ada ingat apa apa?" Zeva mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Tak tapi aku hairan kenapa pinggang aku sakit." Irene dan Jeyya menghela nafas perlahan.

"Diorang buli kau Va. Suami kau hanya tengok ja. Sumpah aku macam nak bunuh diorang." Geram Irene. Zeva terdiam. Suaminya hanya melihat?. Sungguh tega.

PSYCHO HUSBAND [C]Where stories live. Discover now