" Sedar tak sedar dah harini last exam SPM kan?" Irene menghirup air nya.
"Dan tiga hari lagi pernikahan korang berdua" Tersedak Irene dan Jeyya. Terlepas ketawa Zeva.
"Kau ni pun tengok lah timing dulu. Mau tersembur air ni dekat muka kau ha penuh semut japgi." Geram Jeyya dan Zeva hanya tergelak.
"Okeyh sorry sorry. Tak payah lah nak emosi." Ketiga jejaka tu hanya tergeleng melihat buah hati masing masing.
"Jom lah masuk dewan. Aku dah tak sabar dah ni." Teruja Irene sambil merenggangkan jari jemarinya.
"Goodluck sayang" Irene menunduk mengemam bibirnya bila Putra berkata bergitu.
"You too my future husband." Memerah telinga Putra. Dipandang bakal isterinya yang melangkah masuk ke dalam dewan bersama sepupunya.
"Jom" ajak Elvio dan ketiga jejaka tu turut masuk ke dalam dewan. Perempuan dibahagian depan dan lelaki di bahagian belakang.
TEPAT saja jam tamat menjawab Exam. Zeva pandang kiri dan kanan terlebih dahulu. Dipandang ke arah pengetua dengan anggukan sikit mampu pengetua faham.
Zeva memegang dahi nya dan pengetua segera melangkah keluar dari dewan. Zeva rebah ke lantai.
Mereka semua menoleh ke arah gadis tu. Elvio yang berada di belakang berlari ke arah isterinya.
"Sayang." Dipangku kepala nya. Pelajar lain sudah berkerumun.
"Va bangun Va." Jeyya menepuk wajah Zeva namun tiada reaksi.
"Sayang bangun sayang! Kenapa ni?" Risau hati Elvio ketiga ni. Ditepuk tepuk wajah tu.
"Vio kenapa ni? " Soal Cikgu jejaka tu mengeleng tidak tahu. Elvio pandang sekeliling.
"Aku bawa dia pergi bilik R&R." Dia sudah bersiap mahu mendukung isterinya tapi pintu dewan terbuka oleh seseorang buatkan mereka menoleh.
Berkerut dahi mereka semua melihat pengetua.
"Happy birthday abang!" Elvio memandang isterinya semula. Dia masih tidak faham sekarang. Gadis tu bangun dari baringannya.
"Sayang kenakan abang?" Zeva tergelak dan mengangguk.
"Selamat hari jadi Elvio. Ni isteri kamu yang rancang. Saya hanya ikutkan saja." Kata pengetua sambil memegang kek.
Elvio menekup muka nya. Pelajar lain menepuk tangan.
"Happy birthday bro." Izzian menepuk bahu jejaka tu. Elvio bangun dari duduknya dan melangkah ke arah isterinya.
"Tiup! Tiup! Tiup!" Pelajar di dalam dewan tu sudah bersorak. Elvio menundukkan sedikit badannya dan ditiup lilin tersebut. Tepukan memenuhi ruangan dewan.
"Thanks sayang." Dikucup sayang ubun ubun Zeva.
"Jey pergilah ambil kek satu lagi untuk diorang semua. Jangan lupa pinggan sekali" Sepupunya mengangguk sebelum keluar dari dewan.
"Untunglah ada bini boleh buat surprise" Izaril menyondol bahu Elvio. Jejaka tu hanya tersenyum saja. Happy mungkin bila isterinya buat bergini.
"Abang lupa harini birthday abang." Dicalit krim kek tu ke hidung mancung Zeva.
"Eee apa abang ni!" Dicapai tisu dan dilap hidungnya.
"Ni untuk korang!" Jeyya masuk ke dalam dewan dengan memegang kek. Pelajar sudah berkerumun ke arah Jeyya.
Zeva menyuap Elvio bila jejaka tu membuka mulutnya.
"Sini abang suapkan sayang pula." Zeva membuka mulutnya dan menerima suapan si suami.
Fahrizal yang berada di belakang dewan hanya jadi pemerhati. Dihela nafasnya. Mungkin dia tidak ada peluang untuk mendapatkan Zeva.
"Rizal." Jejaka tu tersentak dan mengangkat muka memandang Zeva. Gadis tu menghulurkan pinggan yang terdapat sepotong kek.
"Makan lah." Dia menyambut huluran tersebut.
"Terima kasih dan maaf."
"Maaf sebab ada niat nak hancurkan rumah tangga korang berdua." Sambungnya dan Zeva tersenyum nipis.
"It's okeyh Rizal. Aku dah maafkan dah." Zeva mengatur langkah ke arah suaminya semula.
YOU ARE READING
PSYCHO HUSBAND [C]
RomansaMacam mana rasanya bila dijadikan hamba dengan lelaki yang cepat panas? Pantang melawan pasti naik tangan. Dipukul, dibentak, diganggu sudah menjadi makanan harian nya bila bersama jejaka tu. Entah apa salahnya sehingga dihukum seperti itu.