BAB 29

5K 360 2
                                    

"Dengar kata sekolah kita nak buat kem dua minggu lagi." Tutur Jeyya.

"Wah best tu. Kau nak join tak Va?" Soal Irene ke arah gadis tu. Zeva mengangkat bahu.

"Aku kena tanya Vio dulu. Borang boleh ambil dah ke?" Jeyya menganguk kepalanya.

"Dah. Siapa cepat dia dapat. Nasib aku dah ambil tiga borang untuk kita." Sengih Jeyya.

"Laju betul kau eh. Diam diam pula tu." Irene tergelak bila Jeyya menjeling nya tajam.

"Sebab ni khas untuk tingkatkan 4 dan 5. Aku tengok ramai yang masuk jadi aku ambil cepat cepat. Eh Va tu suami kau." Jeyya menjuihkan bibirnya dan Zeva menoleh ke arah pintu cafe.

"Aku tengok Putra boleh tahan handsome." Jeyya dan Zeva berpandangan sebelum memandang Irene.

"Aii sis dah jatuh hati ke?" Jeyya menyiku lengan Irene. Gadis tu mengusap belakang tengkuknya.

"Ada lah sikit. Handsome kot mana tak gugur iman aku." Zeva dan Jeyya serentak melepaskan ketawa.

"Taknak confess ke? Kang melepas meraung kau tepi bucu katil."tutur Zeva.

"Taknak lah nanti kena reject buat malu ja." Memuncung mulutnya. Dua gadis tu hanya tergeleng perlahan.

"Va. Nah." Iskandar menyerahkan satu list ke arahnya dan Zeva menyambut huluran tu.

"Apa tu Va?" Soal Irene ingin tahu.

"Barang barang kena bawa pergi kem nanti. Balik nanti aku send dalam group." Irene dan Jeyya menganguk.

"Kau tak paham bahasa ke hah!" Mereka semua menoleh ke arah Devil boy yang sedang berhadapan dengan geng Fahrizal.

"Selagi aku tak dapat apa aku nak selagi tu aku akan ganggu dia!" Elvio mengepal penumbuknya erat. Marah dengan Fahrizal yang mahu mengambil isterinya juga.

"Dia bini aku! Kau nak aku ulang dekat telinga kau berapa kali. Even kau ambil dia sekalipun lafaz talak ada dekat aku!" Nafasnya memburu.

"Abang. Kenapa ni?" Vio menoleh ke arah isterinya. Tubuh kecil tu ditarik dekat dengannya.

"Sudah sudah lah Rizal. Yang kau nak dekat isteri orang kenapa? Banyak lagi perempuan dekat sekolah ni kau boleh tackle." Tutur Izzian dan dihela nafas perlahan.

"Perempuan dekat sekolah ni tak sama dengan Zeva. Bini kau lain dari perempuan yang aku pernah jumpa. Cara dia buat aku tertarik." Mata jejaka tu memandang tepat wajah Zeva yang berada dalam pelukan seseorang yang bergelar suami.

"Kau nak isteri aku sangat kan?" Zeva pandang suaminya dengan wajah tanda tanya. Apa Vio mahu buat.

"Langkah mayat aku dulu. Sampai bila bila pun aku takkan bagi isteri aku dekat orang lain. Dia nyawa aku! tanggungjawab aku! Kau! Berambus." Jelas suaranya seperti menahan amarah yang kian memuncak.

Dia tidak mahu marah di depan isterinya jika tidak pasti Zeva akan takut.

Fahrizal mendengus kasar dan melangkah pergi dari situ.

"Tak faham aku. Isteri orang jugaklah dia nak. Mungkin nak jadi penghancur rumah tangga orang lain." Tutur Irene dengan gelengan kecil.

"Biasalah tu sayang." Tersentak Irene bila Putra memanggil nya 'sayang'. Memerah nipis wajahnya.

Vio memeluk tubuh isterinya erat. Sayangnya terhadap Zeva tidak mampu dijelaskan secara lisan. Biarlah maha berkuasa saja yang tahu bertapa dalamnya kasih sayang nya terhadap seseorang yang bergelar isteri.

"Abang okeyh?"

"Abang selalu okeyh bila dengan sayang." Katanya dan dicium tepi dahi tu.

"I love you so much sweetheart" bisik Vio di tepi telinga isterinya.

PSYCHO HUSBAND [C]Where stories live. Discover now