~BAB 3~

117 13 0
                                    

Hellena menuruni anak tangga sambil matanya melilau kiri kanan. Tiada. Matanya menghala pula ke arah sliding door yang memperlihatkan garaj kereta. Tiada juga. Kereta milik Damien Karl juga sudah tiada.

Rasanya dia sudah bangun awal hari ini. Namun, tetap tidak dapat bertembung dengan abang angkatnya itu sebelum dia pergi ke kelasnya.

Hellena mengeluh panjang.

Sudah dua hari dia tidak bersua muka dengan lelaki itu. Takkan lah merajuk akibat perkara kecil begitu sahaja. Langkahnya diatur ke arah meja makan untuk mengisi perutnya sebelum pergi ke kelas.

Terkedek-kedek Mak Jah dan pembantu-pembantu yang lain menghampirinya.

"Selamat pagi, Cik Hellena." Ucap Mak Jah bersama senyuman di bibir.

"Uhmm," balas Hellena bersahaja.

Roti bakar disapu dengan sekaya itu diambil lalu menyuapkan ke dalam mulutnya. Dia mengunyahnya dengan laju sekali.

"Damien keluar awal ke pagi ni?" Soal Hellena setelah lama membisu.

"Sebenarnya, Tuan Damien tak balik semalam. Tuan kata dia tidur dekat kondo.

Dan Tuan suruh Mak Jah bagi tahu dekat Cik Hellena, yang Tuan Damien mungkin tak balik rumah selama 3 hari.

Cik Hellena tak payah risau. Mungkin Tuan sibuk dengan kerja dia. Itu yang sampai tak balik rumah," Jelas Mak Jah panjang lebar. Cuba menghilangkan kerisauan gadis itu.

Mak Jah yang sudah lama berkhidmat di dalam rumah itu amat mengetahui serta memahami keadaan Damien dan Hellena. Mereka berdua mana boleh berpisah. Perangai pun lebih kurang sama sahaja. Dua-dua ada mood swing. Selama ini, dialah yang menjaga makan minum Hellena dari kecil sehingga besar panjang sudah Hellana.

Jika Damien tiada di rumah, dialah yang akan menjadi 'mata-mata' buat Damien untuk sentiasa mengawasi gerak-geri Hellena. Mak Jah dapat melihat bahawa Damien amat menyayangi Hellena dan menjaganya dengan baik sekali.

Mendengar kata-kata Mak Jah, Hellena mengangguk kecil sahaja. Tetapi, dia sedikit hairan. Kenapa kene sampai tidur luar?

Boleh aje dia balik tidur dan berehat di rumah. Jarak antara rumah dengan syarikat D.H.R Holdings tidaklah terlalu jauh baginya.

Tanpa berfikir panjang, Hellena menghabiskan suapan terakhirnya.

Beg sandangnya dicapai. "Okaylah, Mak Jah. Saya gerak dulu. Takut nanti lewat pulak masuk kelas." Ujarnya lalu beredar.

Pintu utama dikuaknya. Dia menyarungkan high heels yang tingginya hanyalah 2 inci sahaja. Tiba-tiba, Hellena terhenti. Matanya mencari kelibat seseorang.

"Mana pulak si bahlol ni..." Gumamnya kasar. Mukanya sudah berkerut.

"Mak Jah! Ooo Mak Jah!" Panggil Hellena dari luar.

Pelik pula hatinya apabila tiada langsung kelibat Syafiq pada pagi itu.

Mak Jah tergesa-gesa mendapati Hellena. "Ya, Cik Hellena? Ada apa? Cik Hellena ada tertinggal barang ke?" Soal Mak Jah kehairanan.

"Bukan... Mana Syafiq? Tak akan dia lupa hari ini saya ada kelas. Dahlah lewat dah ni. Bayang-bayang dia pun saya tak nampak." Omel Hellena. Dia memandang jam di tangannya. Mmmm agak lewat juga.

Syafiq merupakan personal bodyguard Hellena. Tugasnya adalah mengikuti kemana sahaja Hellena pergi dan salah satunya, Syafiq akan menghantar dan mengambil Hellena ke kelas. Syafiq juga merupakan antara senarai anggota tertinggi D'Hell'Ra. Kiranya, dia juga orang bawahan setia Damien Karl, gituww...

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now